Zetty melelapkan matanya setelah diberikan ubat oleh doktor. Jiwa dan fikiranya beransur tenang malam itu. Keesokanya, doktor datang berjumpa dan mula bertanyakan perihal perasaan Zetty. Dia menerangkan kepada doktor yang dia masih menyimpan niat untuk membunuh diri. Dengan kerisauan doktor mengatakan yang Zetty perlu dipindahkan ke hospital psikiatrik. Zetty cuma mengangguk tanda setuju dan memahami yang dia bakal dirawat di hospital mental...hospital gila..hospital sakit jiwa..Perasaan bersalah dan kesedihan yang masih membelengu dirinya dia akur jika itu adalah prosedur yang patut dia lalui. Sementara menunggu jururawat menyediakan perihal pertukaran hospital Zetty hanya duduk diam di atas katil. Memandang ke luar tingkap dan mula mengenang kembali kata-kata kecaman dari kawan sekerjanya. Bukan hanya kecaman itu sahaja yang terlintas dibenaknya malahan banyak lagi masalah yang bertimpa-timpa hadir dalam fikiranya membuatkan dia dalam dilema, berperasaan bersalah yang tiada berpenghujung. Air matanya berjuraian mengenangkan sikapnya sendiri.
Tengahari itu, suaminya Zarul dan anak mereka Adam datang ke hospital. Jiwa Zetty masih dalam rasa bersalah. Tambahan pula kasihan melihat suaminya yang terpaksa menguruskan anak sementara dia di hospital. Zetty menangis lagi dan memikirkan apakah yang terjadi kepada anak dan suaminya semasa ketiadaanya. Belum pernah lagi Zetty membiarkan tanggungjawab mengurus dan menjaga anak diserahkan kepada suaminya sendirian. Zetty menyuapkan makanan hospital yang tidak berjamah ke mulut Adam sebab Zetty tahu yang Adam belum lagi makan selepas pulang dari sekolah. Kerana kebiasaanya waktu tengahari sebegini selepas pulang dari sekolah Zetty akan memberi Adam makan. Sayu hatinya melihat ke wajah Adam yang bakal ditinggalkanya lagi. Dia tidak pasti berapa lama lagi dia perlu berada di hospital psikiatrik untuk mendapatkan rawatan.
Duduk tenang di dalam ambulans yang membawanya ke hospital psikiatrik. Sesekali air matanya mengalir lagi mengenangkan kejadian-kejadian yang dia lalui. Zetty sedar yang dia bukanya seorang yang suka berbuat jahat kepada orang lain. Sikapnya bukan sebegitu tetapi tanpa sedar dia memang melakukan kesalahan yang tidak boleh dimaafkan. Rasa bersalah sentiasa hadir difikiranya. Mengimbas kembali tulisan-tulisan sindiranya di dalam posting FBnya yang telah memakan dirinya sendiri.
YOU ARE READING
Mental Disoder
Non-FictionMental disoder ataupun ganggguan mental lebih senang difahamkan mengunakan bahasa kasar adalah GILA adalah penyakit yang merubah proses pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang. Tidak seoraang pun mahu dikaitkan dengan penyakit gila ini. Banya...