c1🌹

1.1K 49 2
                                    

    Ridzuan mula memunggah beberapa barang yg telah diletakkan dihadapan pintu rumah kedalam bahagian belakang kereta.

"Sayang cepat sikit!." laung Ridzuan untuk memanggil isterinya turun. "Iyaa, saya datang ni." Wajah Qirana muncul didepan pintu itu. Qirana mengunci pintu setelah keluar dari rumah.

Ketika dalam perjalanan, Qirana hanya berdiam diri tidak seperti selalu.Ridzuan memandang hairan dengan sikap Qirana. Biasanya, Qirana akan ajak dia berbual walaupon ketika dia memandu, katanya dapat hilangkan bosan.

Ridzuan meletakan belakang telapak tangannya kedahi isterinya.tak panas. Isterinya yg hanya menutup mata mula membuka mata apabila terasa sesuatu didahinya. "Kenapa bang?" soal Qirana dengan sayu.

"Awak okay tak ni? Abang tengok muka awak tu pucat je. Kalau tak sihat, kita pergi klinik." cadang Ridzuan. "Saya okay je, cuma rasa pening sikit. Mungkin dah lama kot tak jalan ii jauh macam ni." Takkan laa dia nak batalkan hasratnya berkhemah. Sudahlaa suaminya sukar untuk dapat cuti.

"Betul ni?" tanya Ridzuan bagi kepastian. "Betul. Nanti hilang laa ni." kata Qirana seraya menutup kembali matanya.

***

Lawrence mula melangkah longlai ke bilik ayahandanya. Dia masih lagi terasa penat akibat latihan pertahan diri serta kuasa yg dilakukan semalam. Lawrence meminta izin sebelum masuk kedalam bilik itu.

"Malam ni datang awal. Jangan sampai ayahanda yg kena tunggu anakanda. Faham?" Tegas sahaja bicara raja Lozhua dengan puteranya.

"Faham ayahanda." Setelah selesai berbicara dengan ayahandanya, Lawrence segera menyambung tidur di biliknya.

"Kanda ni pon, ringankan laa sikit tugasan tu. Dua tiga hari ni, dinda tengok Lawrence tak cukup tenaga dalam badan." ujar permaisuri Citra.
"Masa ni laa kalau kita nak didik dia supaya jadi vampire yg kuat. Nanti apa vampire ii lain kata? Anak raja Lozhua lemah." jelas suami Citra.

"Betul, tapi masih panjang lagi perjalanan Lawrence, dia baru je masuk 7tahun." ujar Citra supaya suaminya dapat mempertimbangkan tugasan ii yg diberi kepada Lawrence.

***

Lawrence mula membuka langkah menuju kearah bondanya yg berada didapur. "Bonda, Lawrence nak cuba bloody ice." minta Lawrence. "Nak mixed dengan apa?"soal bonda Citra. Walaupon Lawrence sudah berumur 7tahun, dia masih tidak dapat minum darah original. Kalau darah itu dicampurkan dalam masakan atau dalam jniz air lain, dia mampu minum.

"Tak nak. Nak yg original." kata putus dari Lawrence. Citra mengambil gelas dan menuang sedikit darah haiwan dan disuakan kepada Lawrence. Lawrence masih teragak agak untuk meminumnya. Biasanya, anak vampire sudah dilataih untuk minum darah sejak berumur 3tahun lagi. Itu untuk menambahkan kesaktian dalam badan vampire.

Sedikit demi sedikit Lawrence menelannya. Berbau. Lawrence segera memuntahkan kembali darah itu kedalam singki. "Jangan dipaksa kalau masih tidak boleh. Nanti bonda buatkan yg mixed dengan jus anggur okay?" pujuk Citra. Lawrence hanya mengangguk. Pelbagai jenis darah sudah diberi kepada Lawrence, termasuk laa darah Vampire yg lain tapi hasilnya tetap sama.

***

Pemandangan yg cantik dikawasan pergunungan disitu menarik perhatian sepasang suami isteri itu untuk menangkap gambar. "cantiknya bang." Kata Qirana. "Jom, kita cari tempat yg sesuai untuk pasang khemah." Ridzuan memegang tangan Qirana. Takut ii ketinggalan.

Apabila sampai dikawasan yg paling sesuai untuk dirikan khemah, Qirana mula membantu suaminya melakukan itu ini.

Semakin lama, hari semakin mula menggelap. Waktu maghrib mula tiba. Sepasang suami isteri itu mula menunaikan solat ditapak perkhemahan itu.

"Abang, saya nak minta sesuatu boleh? Tetiba teringin pula nak makan." kata Qirana dengan rasa serba salah. "Tadi kan kita dah makan. Saya tengok awak berselera je makan." kata Ridzuan, pelik dengan isterinya ini. "Alaa, Qirana nak makan buah. Ikutlaa buah apa asalkan buah."

"Yelaa, nanti abang carikan dalam hutan ni."Qirana sudah tersenyum. Qirana tidak dibenarkan untuk ikut sekali bersama Ridzuan ketika mencari buah.

Tetiba Qirana terdengar sesuatu dari bahagian belakang khemahnya. Dia mengambil sepotong kayu dan melangkah kearah itu. Dalam berwaspada Qirana pergi melihat apa yg dia dengar itu.

Semakin lama, semakin dekat dekat dengan suara itu kedengaran. "Tolongg!" suara manusia meminta tolong. Qirana segera menuju kearah budak itu. "Adik, pegang kayu ni." Qirana menghulurkan sebatang kayu yg dibawanya tadi untuk membantu budak lelaki itu daripada terjatuh curam itu.

Apabila budak lelaki itu akhirnya selamat,Qirana pula pengsan disitu. "Lawrence?" panggil bonda Citra. Citra terkejut melihat keadaan itu. "Lawrence buat apa kat manusia ni?" soal Citra. "Manusia ni tolong anakanda dari jatuh tadi tapi sekarang dia pengsan. Tapi manusia ni mengandung bonda, bayi perempuan." jawab Lawrence dengan bijak. Ini juga salah satu kelebihan vampire. Lagi ii putera raja mestilah memiliki kelebihan kuasa.

"Biar bonda tengok." Citra menggunakan kuasa vampirenya. "Kandungan manusia ni lemah, masih awal bulan. sebab nak selamat kan Lawrence dia terpaksa guna semua tenaga." Jelas Citra lagi.

"Bonda, benda ni pon boleh selamatkan manusia ni kan?" Lawrence menunjuk seutas rantai miliknya, permata air bunga mawar merah. "Inikan milik Lawrence. Takpe ke kita guna? Lawrence tak kesah." soal Citra.

"Takpe laa, lagipon kesian kat baby ni. Manusia ni baik. Jadi tak salahkan guna rantai ni?" kata Lawrence lagi.
"Bijaknya anakanda." Citra membelai rambut anaknya itu.

Lawrence segera meletakkan rantai itu diatas badan Qirana. Dengan menggunakan kuasa milik Lawrence, bayi dalam kandungan Qirana mula berkeadaan stabil. Lawrence memasukkan rantai itu kedalam poket baju milik Qirana. "Rantai itu secara langsung menjadi milik kepada bayi tu" kata Citra kepada Lawrence. Lawrence hanya mengangguk.

"Qirana! Sayang! Sayang!" bunyi laungan dari manusia. "Jom, kita tidak boleh tonjol indentiti kita sebenar." kata Citra. Citra dan Lawrence mula guna kuasa telepot.

"Sayang!" akhirnya Ridzuan menemukan isterinya yg sudah pengsan disitu.




Chapter mula ii ni, author buat kisah parents diorang dan macam mana pertemuan pertama antara Lawrence dan Mawar.😬😂

Tunggu chapter kedua pulak yerr. Stay kay.. jangan lupa voted chapter ni. 😊

Aku Milik VAMPIRE Where stories live. Discover now