c2🌹

559 48 0
                                    

   23 tahun kemudian...

Sarapan pagi siap terhidang. Roti bakar, sandwich, tea panas serta susu juga terhidang elok. "mana laa mawar ni, tak turun turun lagi." monolong sesorang wanita yg berusia 50an.

Apabila sampai di pintu bilik Mawar, wanita itu mengetuk pintu. "Mawar.. oo Mawar, kamu dah bangun ke?" Tiada sahutan dari penghuni bilik itu.

Dia membuka pintu dan melihat Mawar masih terbungkam dalam selimut diatas katil. "Ya Allah budak ni. Mawar, bagun Mawar dah pagi ni." kata wanita itu sambil menggoyangkan badan Mawar.

"Hrhmmmm." tidur Mawar diganggu. Mawar dengan keadaan mamai menggosok matanya. "Papa?" soal Mawar tentang keberadaan papanya. "Papa kamu tu kan ada flight malam ni, awal ii lagi dia dah bertolak." jawab wanita itu sambil memperbetulkan tempat tidur Mawar.

"Mak Mah masak apa sarapan pagi ni? soal Mawar yang masih merasa mengatuk. "Hari ni Mak Mah masak simple ii je. Banyak barang dapur dah habis." terang Mak Mah. Baru sahaja Mawar ingin memeluk Mak Mah tetapi dihalang oleh Mak Mah sendiri "pergi basuh muka, gosok gigi." sambil menolak dengan lembut badan Mawar.. "Hehehehe. Elehh, tau laa dia dah wangi." kata Mawar sambil menggeletek Mak Mah dan terus berlari masuk kedalam bilik mandi.

***

Mawar sudah siap menyarungkan pakaian sukan pada badannya. Sejak pulang dari bercuti minggu lepas, Mawar tidak sempat membuat senanam menyebabkan berat badannya naik stengah kilo. "Disebabkan setengah kilo tu larr aku kena joging." kata Mawar sambil merapikan diri dihadapan cermin.

"Mak Mah, Mawar pergi taman jap." minta Mawar apabila lalu dibahagian tamu. "Haa yelah, jangan balik lambat. Nanti ada 'benda' ikut balik." Pesan Mak Mah yg masih lagi menonton televisyen.

Mawar hanya meunggang basikal memandangkan jarak antara rumahnya dengan taman tidak jauh.
Terlihat beberapa orang kanak ii sedang bersuka ria bermain disitu. Pelbagai jenis permainan kanak ii disediakan. Ada juga sesetengah keluarga beriadah dikawasan tasik disitu. Ada juga yg datang berpasangan ditaman itu. Mawar? Hanya seorang diri.

Sebelum berjoging, Mawar mengelilingi taman itu dengan menunggang basikal.

___

Lawrence yg perasan akan kawannya masih berada dibelakang terus dipanggil. "Boleh tak kau tolong fokus?" tegur Lawrence. "Yang masalahnya, hanya putera Mahkota je yg mampu merasai kehadiran permata air mawar merah. Kalau aku terserempak pon, aku tak rasa apa ii." Afrench sengaja menekankan dengan jelas perkataan putera Mahkota itu.

"Betul jugak tapi kau jalan laa tepi aku." kata Lawrence lagi. Afrench sudah kepenatan. Sejak berada ditaman dia masih belum merasai sebarang jenis air. "Kita stop dulu laa, cari air. Dahaga laa." kata Afrench seraya duduk disalah satu bangku disitu.

Lawrence yg baru sahaja melabuh punggungnya disisi Afrench segera bangun. "kau nak pergi mana pulak tu?" tegur Afrench apabila melihat Lawrence tetiba bangun dari bangku. "Dah kau dahaga, nak cari air laa. Aku pun haus ni." kata Lawrence dan terus pergi dari situ.

Lawrence berjalan sambil membebel tentang Afrench kawannya itu. "Sikit ii penat. Bila laa aku boleh jumpa dengan permata tu. Dah seminggu lebih aku cari kat rata ii tempat." sungut Lawrence. Secara kebetulan, Mawar berjoging ditepi Lawrence dan berlalu pergi dari sisi Lawrence.

Secara langsung, permata air mawar merah bercahaya secara berkelipan di leher Mawar. Lawrence yg merasai perubahan pada irisnya, segera memandang kehadapan dan mencari kelibat permata itu disetiap manusia berada ditaman. 'Kalau tak silap aku. Tu mesti permata air mawar merah.' Lawrence segera berlari kehadapan mencari gerangan yg memiliki permata itu.

Setelah selesai berjoging, Mawar segera mengambil basikalnya yg telah diletakkan di pintu masuk taman itu. "Haish macam mana boleh terlonggar rantai ni." Mawar cuba mencari ranting untuk memperbetulkan rantai basikal itu. Ketika dia berusaha membaiki rantai basikal itu, secara tidak langsung dia terciciran seutas gelang disitu.

Lawrence yang sudah hampir dengan pintu masuk taman itu merasakan permata itu hampir dengannya. Lawrence melilau mencari gerangan itu. Lawrence terhenti memandang pada seorang gadis yg sedang menunggang basikal itu. "Tunggu!" Laung Lawrence. Mawar yg tidak dapat mendengar panggilan itu kerana memakai earphone hanya terus menunggang kehadapan.

Lawrence yg baru sahaja tiba ditempat Mawar letak basikal itu hanya memandang kosong kearah Mawar. 'Confirm. Memang dia.' Lawrence tersenyum senget. Baharu sahaja Lawrence ingin berpaling kearah taman, dia terpandang sesuatu diatas tanah. Lawrence mengambil seutas gelang tangan yg tertulis 'MAWAR'. Lawrence memasukkan gelang itu kedalam koceknya.

Dia segera kembali ke taman.

'Aku akan cari kau sampai dapat.. Kau milik aku.'








Please support AMV.. jangan lupa tekan bintang kat bawah ni lepas baca..😉 Tunggu tauu.

Aku Milik VAMPIRE Where stories live. Discover now