Mawar mengikuti langkah Lawrence dari belakang. Ditangannya ada buku catatan dan beberapa fail yg diperlukan ketika perjumpaan client nanti. "Kita lunch sekali dengan diorang." kata Lawrence seusai mereka berdua masuk kedalam kereta. Humaira hanya diam mendengar.
"Mawar." panggil Lawrence yg sedang memandu. "Ye boss." sahut Mawar seraya memandang Lawrence disebelahnya. "Maaflaa kalau boleh saya nak tanya sesuatu." Lawrence meminta izin sebelum bertanya. Mawar hanya mengangkat kening sahaja tanda membenarkan Lawrence bertanya.
"Sejak bila awak pakai rantai tu?" soal Lawrence seraya memuncungkan bibirnya kearah leher Mawar. "kenapa boss tanya? Boss berkenan ke dengan rantai saya ni?" soalan Lawrence dibalas dengan soalan.
"saje nak tahu. Sebab nampak antik. Jawab laa." jawab Lawrence. "Hmm.. arwah mama yg bagi. Saya jumpa rantai ni waktu kemas ii kan barang mama." jawab Mawar sambil menundukkan kepalanya kebawah. Riak sedih di wajah Mawar dilihat oleh Lawrence.
"Oo.. maaflaa kalau saya dah buat awak teringatkan arwah mama awak." mohon Lawrence cepat ii. "Ehh tak pelaa.. lagipon mama meninggal dah lama dh." jawab Mawar sambil tersenyum memandang Lawrence disebelahnya.
Secara tidak sengaja, mereka bertentang mata sementara. Cepat ii mereka memandang kehadapan semula. Lawrence yg memiliki kuasa untuk mendengar detak jantung pemilik permata mawar merah itu mula tersenyum. Detak jantung mereka bergerak seiring.
___Lawrence berdiri apabila clientnya juga turut ingin meminta diri. "Saya harap Encik Anderson dapat bekerjasama dalam projek ini." kata Lawrence sambil berjabat tangan dengan Encik Anderson. Mawar juga berdiri disisi Lawrence sambil membalas senyuman Anderson.
"Ok baiklah. Kita jumpa nanti." kata Anderson yg sudah fasih bahasa melayu. Anderson dan lawrence hanya mengangguk. Setelah client itu pergi Mawar mula duduk kembali ditempatnya. Dia terus menyambung makan makanan yg terbaki itu.
"Kata dah kenyang?" soal Lawrence seraya duduk kembali. "Membazir laa kalau tak habis." jawab Mawar. "Kalau sedap, lain kali kita datang lagi. Okay?" Mawar hanya mengangguk senang. Lawrence yg berada disisinya hanya tersenyum melihat Mawar menikmati makanan itu.
Setelah selesai makan tengahari mereka mula bertolak kembali ke pejabat milik Lawrence. Lawrence membuka pintu pejabatnya manakala Mawar ke tempat meja kerjanya.
"Bro." sergah Afrench didalam bilik pejabat Lawrence. "Ishh kau. Terkejut aku." kata Lawrence seraya memegang dadanya. "Kau buat apa kat sini?" tanya Lawrence apabila melihat Afrench sudah duduk di sofa.
"Raja Lozhua nak jumpa kau malam ni." Afrench menyampaikan pesanan dari ayahanda Lawrence. Lawrence hanya mengangguk. Terus sahaja Afrench menghilangkan diri dari situ. Lawrence yg baru sahaja ingin menyemak beberapa dokumen diatas mejanya terhenti apabila teringat akan janji nya kepada ayahandanya.
"Asal aku boleh lupa erh?" Tergaru garu Lawrence belakang kepalanya. "susahnya jadi putera mahkota ni." Lawrence segera menyiapkan kerja ii yg tertangguh itu.
___
Jam dipergelangan tangan Mawar sudah berganjak pukul 6 petang. Dia sudah dimaklumkan bahawa dia akan pulang apabila urusan kerja boss Lawrence siap. "Takkan dia tak nak balik?" soal Mawar dengan sendirinya. Mawar mula melangkah masuk apabila ketukan pintu darinya tidak disahut oleh Lawrence.
"Boss?" panggil Mawar sambil melihat Lawrence masih lagi tekun menyemak beberapa fail. Lawrence mengangkat kepalanya memandang Mawar di pintu bilik pejabatnya. "Ya?" soal Lawrence. "Dah pukul 6. Boss taknak balik lg ke?" soal Mawar.
"Oo.. maafla.. saya ralit siapkan kerja sampai lupa tengok jam. Awak balik laa dulu. Saya nk kemas ii kan meja sekejap." kata Lawrence yg mula mengemas fail ii yg bersepah diatas mejanya. Mawar hanya mengangguk dan keluar dari ruangan itu.
Mawar mula melangkah kearah lift untuk pekerja. Lift untuk majikan pula bertentangan dengan lift pekerja. "Kenapa tak guna lift saya je?" soal Lawrence yg tiba ii muncul di belakang Mawar. Mawar yg terkejut terus memandang kebelakangnya.
Jantung mereka berdua berdetak seiring lagi. Boleh dikatakan agak laju. Lawrence yg merasakan perubahan itu tersenyum. "Erm. Tu ka lift untuk boss je. Saya pekerja boss je." jawab Mawar sambil membuang pandangannye ke arah lain. Takkan laa nak tenung je anak mata boss. Nanti tak pasal ii jatuh hati pulak.
"Takpe. Kalau awak dengan saya, awak masuk laa dengan saya. Awak kan PA saya." terang Lawrence seraya menarik lengan Mawar masuk kedalam liftnya. Mawar yg terkejut tidak sempat membalas apa ii. Dia hanya mengikuti langkah Lawrence masuk kedalam lift itu.
"Awak okay ke kalau balik lambat macam ni?" soal Lawrence. Dia risau kalau ii Mawar takut pulang larut petang. "oo.. saya okay je." jawab Mawar dalam senada. Lawrence hanya mengangguk. Setelah Mawar sampai di parking keretanya, Lawrence mula berbicara. "Jumpa esok Mawar." kata Lawrence seraya melambai tangan kearah Mawar dan perlahan lahan melangkah ke arah keretanya.
Mawar yg dipandang dengan riaksi aneh dibiarkan begitu sahaja. Cepat ii Mawar masuk kedalam keretanya. "seram pulak dapat boss yg baik and handsome macam tu." kata Mawar dengan sendirinya. Mawar mula memandu keluar dari basement itu diikuti kereta Lawrence dari belakang.
Dari jauh kereta Lawrence mengikuti kereta Mawar dari belakang tanpa disedari oleh Mawar sehinggalaa Mawar tiba di rumah. Lawrence sudah tersenyum senget apabila rumah Mawar sudah dia ketahui. Laju sahaja kereta Lawrence pergi dari halaman perumahan itu.
Kau tetap akan aku jadikan milik aku sebentar lagi.
Takde idea nk sambung. Kadang ii terfikir nk delete je crita ni.🥴
Bersambung..
YOU ARE READING
Aku Milik VAMPIRE
RomanceSherz Lawrence × Mawar Qistina Pertemuan antara vampire dan manusia sudah ditakdirkan sejak dahulu kala. Begitu juga dengan hubungan antara Lawrence dengan Mawar. Sherz Lawrence merupakan putera mahkota The Vampire Sherz manakala Mawar hanya manusia...