c6🌹

411 34 0
                                    

   Mawar melangkah masuk dengan menahan geram. Di tangannya terdapat beberapa plastik makanan yg dibeli tadi. Mawar menuju ke arah meja pejabat milik Lawrence. Lawrence yg perasan akan kehadiran Mawar mengangkat muka memandang perempuan itu.

"Jom." Lawrence merembat beg ii plastik di tangan Mawar dan menuju ke arah sofa yg berada di ruang pejabatnya. Mawar berjalan dengan lemah ke arah Lawrence. Mana taknya, sudah tiga kali dia pergi beli makanan untuk Lawrence. Itu takde, ini takde. Hish.

"Duduk la. Buat apa tercegat kat situ." Lawrence menepuk nepuk tempat duduk di sisinya. Mawar melangkah dan duduk berhadapan dengan Lawrence. "Nah." Mawar menyambut huluran dari Lawrence.

Baharu sahaja Mawar ingin bangun, Lawrence bersuara. "Nak pergi mana?" Mawar yg tidak jadi untuk bangun duduk kembali. "Takkan saya nk bermalam kat sini." Kini Mawar sudah bangun berdiri. Lawrence berfikir sejenak.

"Haa aa kan. Nanti staff ii lain nampak." Lawrence memandang ke arah cermin dinding pejabatnya itu. Kini Lawrence juga turut berdiri sambil mengemaskan makanan ii dan dimasukkan ke dalam beg plastik kembali. Mawar yg berada di hadapan Lawrence tika itu hanya mampu memandang dengan riak keanehan.

"Jom." Lawrence sudah melangkah ke pintu sambil menjinjing beg plastik. Mawar masih lg berdiri statik di sisi sofa. "Boss nak pergi mana?" soal Mawar seraya mengerutkan kening. Lawrence memulas tombol pintu.

"Makan." Mawar hanya diam dan melangkah mendekati Lawrence di pintu. Lawrence mendekatkan mukanya ke sisi muka Mawar. "Bilik Mawar." Lawrence menjarakkan mukanya jauh sedikit dari wajah Mawar. Wajah Mawar kini sudah kemerahan. Lawrence yg galak kenakan Mawar terus mengenyitkan mata kanannya kepada Mawar.

Cepat ii dia melepasi Lawrence yg berada didepan pintu. Lawrence belakangnya sudah tersenyum. "Boss nak pergi mana ni?" sapa Kak Melly tika melihat Lawrence menjinjing beg plastik makanan. Ini pertama kali dirinya melihat Lawrence membawa makanan tghari ke pejabat.

"Saya ada hal nak bincang dengan Mawar." Mawar sudah pon masuk kedalam bilik pejabat. Kak Melly hanya mengangguk faham. Lawrence membuka langkah menuju ke arah bilik Mawar.

Tanpa diketuk pintu, Lawrence meluru masuk. "Auchhh." adu Mawar yg berada di sebalik pintu pejabat. Lawrence terkejut apabila Mawar terhantuk pada pintu tika dia membuka pintu. "Laa asal awak berdiri kat sini?" soal Lawrence seraya menge'check dahi Mawar yg terhantuk itu.

Badannya ditundukkan sedikit supaya wajahnya sama ketinggian dengan wajah Mawar. Mawar yg terkejut itu cepat ii menolak dada bidang milik Lawrence menjauhinya. "Takpe. Sikit je ni." Mawar melurut sedikit dahi yg kemerahan sedikit itu.

"Kalau bengkak lagi, kita pergi klinik." cepat ii Lawrence mengalih pandangan dari Mawar. Tiba ii sahaja matanya bertukar warna unggu gelap.  Dia juga menahan diri dari bertukar menjadi vampire di situ. Titik peluh mula muncul di sekitar wajah Lawrence.

"Boss okay?" soal Mawar tika melihat tangan Lawrence mula menggigil. "Okay. Saya keluar dulu." Lawrence segera keluar dari bilik pejabat itu tanpa memandang ke arah Mawar. Mawar yg melihat perubahan pada bossnya segera mengikuti dari belakang Lawrence.

"Betul ke boss tak apa apa?" soal Mawar lagi. Mawar terus menghalangi Lawrence dari terus pergi. Mata mereka bertentangan. "Mata boss ....." Mawar terus pengsan. Nasib baik sempat dipegang oleh Lawrence.

"Kenapa dengan Mawar ni boss?" tanya Kak Melly apabila ternampak Mawar dibawa oleh Lawrence. "Dia pengsan, saya bawa dia pergi dulu." Lawrence cepat cepat masuk kedalam lift dan hilang begitu sahaja sebaik pintu lift tertutup.
___

Mawar mula membuka mata perlahan lahan. Dilihat sekeliling agak asing bagi dirinya tika ini. Warna persekitaran hanya berwarna hitam dan merah sahaja. "Macam mana aku boleh sampai kat sini?" Tiba tiba dia mula teringat kembali kejadian sebelum dia pengsan.

Aku Milik VAMPIRE Where stories live. Discover now