Seminggu berlalu macam biasa. Tidak ada apa yang berubah. Bangun pagi sediakan breakfast untul si mamat sengal, pergi kerja dan tunggu dia sampai habis makan then buat kerja pejabat.
Hari ni Isnin, Mikhael cakap dia akan masuk waktu petang. How i know? Sebab setiap malam dia akan bercerita dekat Nayla. Nayla pun melayan saja boss dia.
One more thing Mikhael menyuruh Nayla untuk teman dia pergi lunch. Katanya dia mahu berjumpa dengan client dia. Nak tak nak Nayla terpaksa ikut sebab ada didalam syarat yang Mikhael berikan dulu.
Macam biasa, Nayla mengenakan baju skirt hitam dengan bunga rose and legging ketat. Simple but nice! Rambut dibiarkan lepas. Nasib baik suhu di Korea sudah naik. Kalau tak mahu dia menggigil kesejukan.
"Hanna, harini kau lunch dengan jesse okay. Aku nak kena teman bos kau lunch dengan client dia. Boleh kan? "Soal Nayla sambil tangan laju menyiapkan kerja.
"Boleh ja. Amboi sejak kebelakangan ni kemain hang sweet-sweet dengan si kerek tu. Ada apa² ka yang aku tak tau? "Ujar Hanna dengan pelat utara sambil tersenyum lebar. Nayla tersengih memandang Hanna sambil mengangkat kening.
"Hahahahahaha.. Ada-ada ja hang ni. Siap cepat kerja tu. Lagi cepat hang siap,lagi cepat jumpa buah hati pengarang jantung hati hang"gelak Hanna. Nayla mengeleng sambil tersenyum lalu kembali fokus menyiapkan kerja. Tangannya lincah menari di atas kertas.
Selepas 15 minit berlalu, jam menunjukkan pukul 12 tngahari. Nayla pantas mencapai beg sandang lalu mengaturkan langkah menuju ke ruangan dobi.
Ting! Satu pesanan mesej masuk ke handphone Nayla.
Sengal💕
Tunggu saya dekat luar pejabat. Saya dah nak sampai😉Nayla membaca sekilas mesej yang dikirim Mikhael lalu dia masukkan kembali ke dalam begnya. Kaki dilangkah menuju ruangan depan pejabat.
'Alamakk. Sudahlaa dia tak bagi tahu kereta dia warna apa, jenama apa'desis Nayla menggaru belakang leher.
Tak lama selepas itu, satu kereta hitam berhenti dihadapan Nayla. Kening Nayla dijongketkan melihat kereta yang berada di depannya.
'Siapa pula ni?' Hati Nayla berbicara
Pemandu berkenaan menurunkan cermin tingkap. Seorang lelaki yang memakai spek hitam melihat Nayla. Nayla tidak nampak sepenuhnya wajah itu kerana cermin tingkap betul² diturunkan pada paras hidung lelaki tersebut.
"Come in"ujar Mikhael. Dia melihat Nayla terpinga-pinga lantas terus diturunkan penuh cermin tingkapnya.
"Awak rupanya. Ingat siapa tadi. "Kata Nayla setelah masuk kedalam kereta. Mikhael memandang Nayla yang cantik dimatanya.
"Kenapa? Awak ingat lelaki handsome mana yang suruh awak masuk kereta. Gitu?" Sakat Mikhael angkat bakul. Nayla menjeling Mikhael yang sedang tersenyum suka.
"Taklah. Ingat lelaki kerek mana yang tetiba suruh saya masuk kereta."balas Nayla membuatkan senyuman Mikhael mati dan terus memandang dia.
"Awak cakap saya kerek"rajuk Mikhael tak puas hati. Muka hensem macam mat salih dia cakap kerek. Haishh
"Tengok depan"Nayla menolak wajah Mikhael supaya terus memandang jalan raya.
"Awak cakap saya kerek?ulang Mikhael lagi.
"Saya cakap dekat lelaki tadi"
"Tapi lelaki tadi saya. So maksudnya awak cakap dekat saya la"
"Tadi saya tak kenal"bidas Nayla.
"Sekarang dah kenal kan? "Lawan Mikhael lagi.
Nayla merengus geram. Ada-ada ja jawapan dia. Kalau tak menjawab tak sah! Terus dia mendiamkan diri sepanjang perjalanan.
Mikhael sedar akan hal itu lantas dia mendaat satu idea. Tangannya menyelongkar dashboard kereta lalu menarik satu cd lagu.
Nasib baik ada koleksi lagu melayu+indonesia dalam dasboardnya.
Dia terus memasang cd berkenaan dan mulakan nyanyiannya.
🎶Ketika kau marah dan cemburu
Kau kelihatan begitu cantik
Walau kadang mengesalkan
Kau selalu bertanya, dan penuh curiga
Kutahu kau takut kehilanganku
Begitupun aku, maafkan yang s'lalu kasar marah padamu
Meski tak lagi ada kata cinta terucap, sekadar basa-basi
Tapi hatiku masih milikmu, milikmu🎶Mata helang Mikhael redup menikam mata Nayla. Seketika mereka diam terkutik saling melawan pandangan.
🎶Cemburu tanda cinta
Marah tandanya sayang
Kalau curiga, itu karena kutakut kehilangan
Kalau dekat bertengkar, kalau jauh kurindu
Jadi serba salah, buatku dilema
Tapi aku s'lalu aishiteru💕Nayla menghayati setiap bait lirik yang dinyanyikan Mikhael. Dia merasakan ketulusan nyanyian Mikhael tepat mengena hatinya.
Mikhael senyum melihat Nayla blushing. Pipi Nayla yang merah tampak begitu comel pada padangan Mikhael. Mikhael berharap yang Nayla dapat tangkap maksud disebalik nyanyiannya.
Perlahan tangan Mikhael menjalar mencari tapak tangan Nayla. Nayla sedikit tekejut saat tangannya digenggam oleh tangan Mikhael lalu membiarkan sahaja.
"Nayla. What i've done to you before this i'm really really sorry. Saya nak awak tahu yang lagu ini saya nyanyikan khas untuk awak. Awak faham bukan maksud lirik lagu ini"ujar Mikhael memandang wajah Nayla. Tangannya sebelah lagi masih mengawal stereng kereta.
Nayla terkejut dengan pengakuan Mikhael " Tapi awak, saya ini pekerja dan awak boss saya. Mungkin---
Mulut Nayla terkunci pabila jari Mikhael berada di mulutnya "Kenapa awak nak kesahkan tentang darjat awak pada saya. You know what, itu semua tak penting. Yang penting saya betul² cintakan awak Nayla. I'm really mean it so much" akhirnya isi hati Mikhael terluah jua. Dia melepaskan rasa gementar yang tandang.
Nayla diam terkutik ditempatnya. Dia tidak tahu apa yang hendak dia balas. Dia takut, takut saat Mikhael tahu kebenarannya. Tapi dia juga tidak berjaya menyembunyikan perasaanya
Mikhael melepaskan keluhan pabila melihat Nayla yang termangu. Dia kembali melihat jalan yang lengang.
Nayla meramas jarinya lalu memandang sisi wajah Mikhael yang jelas kelihatan hampa. Dia bersuata gagap memanggil Mikhael
"Mikhael...
Mikhael memandang sekilas. Seketika mata helang Mikhael menangkap mata cantik Nayla yang ingin mengatakan sesuatu.
"Ermmm.. Kalau awak nak tahu.. Ermm.. Saya.. Saya pun sukakan awak. Sejak dari kita jumpa saya acap kali rasa berdebar.. Tetapi saya sengaja sembuyikan perasaan saya pada awak. Saya takut pabila awak tahu kebenarannya awak akan tinggalkan saya... "Setitis air mata Nayla tumpah jua. Dia mengelap perlahan tubir matanya.
"Sebab itu saya buang jauh-jauh perasaan cinta dan sayang saya pada awak. Tapi hati saya sukar menerima hakikat yang saya betul-betul jatuh cinta pada awak"luah Nayla terhadap Mikhael. Dia tak sanggup untuk menyimpan perasaan itu lagi. Kerana itu, hari ini segalanya terluah.
Biarlah rintangan apa yang bakal berlaku, Nayla tidak kesah. Yang penting dia ingin Mikhael tahu tentang perasaanya.
🌹🌹🌹
Yeayyyy dua-dua dah meluahkan perasaan nampak. Nak bagi diorang bercinta tak😍💞
Nantikan bab yang akan datang okay. Kisah percintaan antara Nayla dan Mikhael.L. O. V. E you all so much💕
YOU ARE READING
Kau pelindungku
Mystery / Thriller(COMPLETE) Dendam seorang Adam kepada keluarga Nayla memakan diri setelah dirinya dikawal oleh hawa nafsunya sendiri. Kerana keluarganya, Nayla menjadi mangsa nafsu Adam. Dirinya pergi membawa diri untuk mengubati hatinya. Ditemukan dengan boss rak...