Salji putih halus turun perlahan menyelimuti setiap ceruk kawasan di bumi Korea ini. Aku mendongak kelangit yang maha luas memerhati burung² berterbangan pulang ke sarang masing- masing.
Hatiku terdetik rasa simpati tatkala manusia yang mempunyai badan yang besar daripada mereka menjadikan baju sejuk sebagai medium untuk kekal hangat, inikan pula mereka yang bertubuh kecil..
Tidakkan mereka kegigilan menahan kesejukkan?
Bagaimana dengan anak² mereka?
Aku menggali ingin mencari jawapan tetapi hampa.
Pandanganku teralih kedepan memandang tasik yang sudahpun beku sepenuhnya..
Sedang aku ralit menikmati kehebatan sang pencipta ,pipiku terasa sejuk.. Aku melihat salji bertaburan di bajuku.
"Hoi"gertak satu suara ,hampir² lemah jantungku.
Aku berpaling ke sisi..
"Ya Allah.. Hang duk mengelamun apa dari tadi.. Sat pandang ke atas, sat pandang ke depan, aku perati jaa dari jauh." Ujar Hanna kawan baik aku lalu melabuhkan punggungnya disebelahku.
Aku tergelak kecil pabila makcik nie membebel tak ingat dunia.. Haishh orang baru nak feel lonely sorang².
"Mana ada apa.. Aku tengah fikir tadi, aipppp" jariku mengahala kemulutnya.. Tau sangat dia nak bertanya aku fikir apa.
"Jangan tanya aku duk fikir apa"ujar aku.
"Alaa hang nie baru nak korek rahsia, heheheh"kata hanna.
"Tak da, tak da.. No secret between me and you okayy"ujar aku. Hanna berpaling melihat aku sambil mengecilkan mata.
"Ya kaaa"ucapnya dalam keraguaan.
"Ya betulla tak ada rahsia..
"Habistu kenapa kau menetap dekat sini sampai nak dekat sebulan" potong hanna memandang aku dgn penuh tanda tanya.
Aku termangu sekejap lantas aku menjawab kembali dengan nada yang sedih.
"Habis hang nak halau aku balik la ni.. Kesian aku dah laa datang sini nak spend time dengan hang.. Tapi ada orang halau balik Malaysia pula"
Aku bangun dari tempat duduk dan ingin berlalu pergi sambil mengira detik 1,2,3,4, and 5 bahuku dipeluk dari belakang.
"Alaa hang nie, janganlah merajuk dengan aku,gurau jaa tadi tu.. Alalalala muka cantik nie no masam² okay" ujar hanna sambil menarik kedua belah pipiku.
Aku tergelak bahagia sambil memeluk pinggang hanna.. Kami berdua jalan beriringan pulang kerumah hanna memandangkan salji yang turun semakin lebat.
Inilah sahabat aku yang berasal dari pulau pinang tetapi sudah 2 tahun menetap di korea akibat tugasan kerja dari company di Malaysia.
🌹🌹🌹
Sampai sahaja dirumah, aku membuka baju sejuk yang berwarna merah meninggalkan baju yang agak tebal yang selalu kupakai di rumah..
Hanna berjalan terus ke dapur mencari sesuatu untuk dimakan.
"Nay! Hang nak hot chocolate sekali tak"jerit hanna dari dapur.
"Boleh juga kalau hang rajin nak buat untuk aku"aku menjerit kembali kepadanya..
Remote control di atas coffee table dicapai olehku. Segera dibuka tv terpadam sebentar tadi.
Aku membiarkan sahaja siaran di kaca televisyen berbunyi.. Handphone di dalam poket diambil lalu ruagan ig discroll olehku..
Puas mengscroll ruangan ig aku beralih pula ke aplikasi whatsapp.. Sedang aku melihat stories rakanku yang lain hanna datang dengan membawa dua biji mug..
Aku melihat hanna meletakkan mug diatas coffee table dan berpatah balik ke dapur untuk mengambil balang roti..
Hanna duduk sambil memandang aku.. Aku menunjukkan barisan gigi yang tersusun cantik..
"Sorry tak tolong"kata aku.
"No hal laa.. Btw jom tengok movie nak,bolehla layan sambil cecah roti"cadang hanna memandangkan kami berdua tengah bosan.
"Hmm boleh juga.. Movie ap nak tengok?"tanya aku sambil memperbetulkan dudukku.
"Maleficent 2,rasanya aku ad nampak dekat channel dlm tv nie haritu..Jap mana ha" satu persatu channel ditekan hanna..
"Haa dah jumpa"ujar hanna girang. Kemudian dia membeli channel tersebut..
Kami berdua menikmati jalan cerita yang dimainkan oleh Angelina Jolie sebagai Maleficent dan Ella Fanning sebagai aurora.
Sejujurnya aku memang suka kalau Angelina Jolie berlakon,sampaikan cerita dia 10 kali ulang pun tak bosan..
Di pertengahan jalan cerita hanna mengajukan aku satu soalan.
"Weyhh Nayla hang tak rasa nak kahwin ka, kot boleh jadi macan aurora nie ka. Muka hang pon lawa macan dia juga"tanya hanna sambil mata tak lepas tengok tv.
Aku tersedak mendengar soalan hanna..
"Ehh hang okay nie.. Nak aku ambilkan masak"ujar hanna sambil menepuk belakang aku.
"Takk, takk.. Tak payah.. Okay dah nie"balas aku.
"Ishh hang ni.. Buat aku risau jaa. Aku tanya pasal kahwin ja"kata hanna sambil menghulurkan air coklat yang sudah suam kepadaku.
'Kalaula hang tahu yang tubuh aku sudah pon disentuh orang lain sebelum aku datang kesini,apa agaknya reaksi hang' kata aku dalam hati.
"Tak dak calon beb, hang kenankan laa dekat aku sorang,hang kan kerja pejabat. Mamat korea dekat situ tak ada yang single ka. Untung anak aku nanti ada mix korean"Kata aku mengangkat kening kepada hanna.
"Hmm apakata hang try goda bos aku, dia tu susah sikit nak melekat dgn perempuan.. Manatau lepas hang goda dia, terus jalan.. Dia pun handsome juga.. Haa amacam" hanna berkata nakal.
"Banyaklaa hang punya goda.. Dia pon aku tak pernah jumpa pastu hang nak suruh aku goda dia"balas aku lalu menampar lengan hanna.
Hanna ketawa sambil menekan perutnya sampai keluar air mata dia.
"Hahahahahahahaha.. Aku melawak jaa.. Tak da laa aku tengok hang lonely waktu aku pergi kerja"
"Dahlaa.. Malas nak layan hang.. Kerja nak sakat aku jaa, baik aku tngok movie nie dah sampai mana dah"ujar aku geram..
"Hahahahahahaha.. Apa kata hang goda macam nie nayla, tak pun macam ni" kata hanna sambil menyendol badanku dan membuat aksi menggentel rambut.
Aku ketawa sekali melihat gelagat hanna menyuruh aku menggoda bos di pejabatnya.. Haishh taknaklaa aku jadi penggoda.
Cukuplah ada si hanna ni pun dah bahagia hidup aku.. Hubungan kami seperti adik beradik, dialah kakak dialah abang aku dekat sini.. Walaupun kadang² perangai masuk air sikit tapi lantakla.
🌹🌹🌹
Hai semua.. Minta maaf tak update selalu.. Kepada readers teruskanlah membaca sebab cerita nie penuh dengan kejutan demi kejutan.. So i hope u enjoy reading.. Jangan lupa save dekat library korang.. Vote sekalk tau⭐
Lots of love isleann💕
YOU ARE READING
Kau pelindungku
Gizem / Gerilim(COMPLETE) Dendam seorang Adam kepada keluarga Nayla memakan diri setelah dirinya dikawal oleh hawa nafsunya sendiri. Kerana keluarganya, Nayla menjadi mangsa nafsu Adam. Dirinya pergi membawa diri untuk mengubati hatinya. Ditemukan dengan boss rak...