。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。
°°
°
°
°
"Belum jumpa lagi perempuan tu?! Tae! Takkan korang tak kenal muka dia?!" soal Tuan Kim, dia memandang anak lelakinya yang bongsu.
"Appa, dekat Korea ni. Ada ramai orang nama Hyunjae.. Macam mana kitaorang nak tau muka dia.. " balas Taehyung selamba.
"Majlis persaraan dah tamat! Ke mana duit saham tu pergi aku dah tak tahu!"
"Appa, duit appa dah banyak kot.. Yang appa nak sangat duit saham tu dah kenapa? Tae tak fahamlah.. Gaji appa lagi tinggi dari saham tu kot.. Lagipun.. Tuan President nak bagi duit tu dekat cucu dia sebab cucu dia hidup susah.. Appa tak kesian ke dekat perempuan tu? Dia hidup gelandangan.. " Taehyung mula mereka cerita, bapanya tak jahat. Cuma termakan dengan kata-kata pembantu peribadinya sahaja.
"Betul ke dia hidup gelandangan?" soal Tuan Kim, mula berasa kasihan.
"Betul.. Appa buang je lah hasrat nak ambil duit saham perempuan tu.. Kesian dia.. "
"Yalah.. Tae, panggil PA appa.. Appa ada mesyuarat sekejap lagi..--"
"Apa kata Tae yang teman appa pergi mesyuarat.. PA appa kata dia ada hal.. Dia tak boleh nak datang.. " mampuslah kalau pembantu appanya datang dan menghasut appanya lagi.
Namjoon sedang berurusan dengan pembantu appanya supaya wanita itu dipecat. Dia tidak mahu appanya tersilap langkah.
Seokjin awal-awal lagi tidak mahu terlibat dalam hal itu, baginya perkara itu membebankan.
⚛⚛⚛
"Hyunjae! Baik kau berhenti minum sekarang! Kau dah mabuk teruk ni!" kata Hamin.
Hyunjae menggeleng perlahan, dia menuang soju ke dalam cawannya sebelum diteguk laju.
Hari itu merupakan malam terakhir mereka di Jeju-do sebelum pulang ke Seoul esok hari. Mereka mengadakan makan malam di belakang homestay, Jungkook, Seokjin dan Lya sudah pulang ke bilik mereka.
YOU ARE READING
{OG}eternal love ; jeon jungkook
Fanfiction[JEON JUNGKOOK FANFICTION] {re-edit from 'Crush Mangkuk Ayun'} 𝒷𝒶𝒷𝓎 𝓌𝒶𝓃𝓉 𝓉𝑜 𝓀𝓃𝑜𝓌 𝓈𝑜𝓂𝑒𝓉𝒽𝒾𝓃𝑔? 𝒾 𝓁𝑜𝓋𝑒 𝓎𝑜𝓊♥ -jeonjungkook- «Crush Mangkuk Ayun?» ✖ «Eternal; Love?» ✔ ▶Start: 6/1/2020 (re-edit: 2/4/2020) ▶End: