EPISODE 1

53 4 1
                                    

 Seorang gadis berjalan kaki menuju ke sekolah sambil mendengar lagu melalui earphone. Rambut lurus paras bahu itu dibiarkan lepas ditiup angin.

   15 minit berjalan, di hadapannya terdapat sebuah sekolah iaitu Seoul High School. SHS merupakan sebuah sekolah yang popular di daerah itu. Terdapat beberapa orang idol yang belajar di sana.

   Gadis itu mencabut earphonenya lalu dimasukkan ke dalam beg. Begitu juga dengan telefonnya. Dia menyegerakan langkahnya menuju ke sekolah.

   Sebaik sahaja masuk ke dalam kawasan sekolah, beberapa orang telah merosakkan pemandangan indahnya.

"Boyoung, annyeong!" Sapa Shinhye.

Meskipun nadanya mesra, macamlah gadis itu tak tahu bahawa sapaan Shinhye itu hanyalah ejekan kepadanya.

"Apa yang kau nak?" Tanya Boyoung malas. Dia sempat menjeling Shinhye.

"Nothing.." jawab Shinhye sambil tersenyum sinis. Boyoung mengeluh.

"Habis, kenapa ganggu aku?" Soal Boyoung, menahan marah.

"Alololo... marah ye?" Minah mencubit kedua belah pipi Boyoung.

"Tak payah laa.." Boyoung menepis kasar tangan Minah. Minah ketawa sinis.

"Tak payah la, Minah. Just.. let her go," arah Shinhye. Minah akur.

Boyoung hairan. 'Kenapa baik pulak diorang hari ni? Ahh, biarlah. Asalkan diorang lepaskan aku,'

"Go.. gomawo," ucap Boyoung. Shinhye, Minah dan Yeonseo senyum jahat.

   Sebaik sahaja Boyoung hendak melangkah, Yeonseo menyekat kaki Boyoung dengan kakinya.

"Aahhh!!" Boyoung jatuh tersembam. Mujur dia sempat menahan mukanya daripada terkena jalan berbatu itu menggunakan tangan.

"Hahahah!!" Minah dan Yeonseo ketawa kuat.

"Hahahah.. apayo?" Soal Shinhye lalu meninggalkan Boyoung. Minah dan Yeonseo mengikuti Shinhye dari belakang.

'Like always..' Boyoung mengeluh. Air mata yang hampir mengalir segera dilap. Ketika hendak bangun, dia merasa sakit di bahagian lutut.

"Darah..." Boyoung berlari ke tandas.

"Eo? Boyoung, kenapa dengan kaki awak?" Soal Yoobi.

"Aaa... Nothing. Gogjonghajima," Balas Boyoung sambil tersenyum.

"Eo.. okey," Yoobi turut tersenyum. Dia serba salah melihat keadaan Boyoung. Rasanya.. dia tahu kenapa kaki Boyoung berbalut.

'Boyoung, mianhae. Saya tak dapat tolong awak..' ucap Yoobi dalam hati.

Dia memandang kosong wajah Boyoung yang sedang termenung di tempat duduknya.

                     🌸🌸🌸

"Omma, Boyoung dah pulang!"

"Eo... Boyoung," sambut Puan Park sambil tersenyum.

"Mari masuk," ajak Puan Park.

"Nae, omma," Boyoung meletakkan kasutnya di rak kasut.

Puan Park memerhatikan Boyoung. Tiba-tiba, dia perasan sesuatu.

"Boyoung, kenapa lutut berbalut ni?" Soal Puan Park.

"Eo? Igeo.. Bo..Boyoung jatuh tadi.." Jawab Boyoung.

"Jinjja?"

"Eo.. jinjja," tegas Boyoung.

   Puan Park tetap memandang Boyoung. Seakan tidak percaya.

"Aaa.. omma. Jinjjayo," kata Boyoung lagi untuk meyakinkan ommanya.

"Hmm, yela. Lain kali hati-hati jalan," pesan Puan Park.

"Nae, omma," balas Boyoung.

"Dah, mari makan,"

"Nae.."

                   * * * * * *

Pada malam itu..

Eonni!

Bunyi nada Whatsapp menandakan ada pesanan masuk.

"Eo?" Boyoung segera membuka telefonnya.

"Yoobi?" Boyoung membaca pesanan itu.

Yoobi : Annyeong, Boyoung.
Boyoung : Annyeong, Yoobi. Wae?
Yoobi : Ani.. Boyoung, mianhae pasal tadi.
Boyoung : Tadi? Kenapa? Pasal apa?
Yoobi : Lutut awak..
Boyoung : Eo.. aniya. Saya okey.
Yoobi : Tak.. saya tahu.
Boyoung : Tahu apa?
Yoobi : Penyebab lutut awak luka.
Boyoung : Apa maksud awak?
Yoobi : Saya tahu. Mesti sebab Shinhye dengan kawan-kawan dia, kan?
Boyoung : Mana ada.. Bukan la.
Yoobi : Awak jangan nak tipu.
Boyoung : Betul.. bukan diorang.
Yoobi : Boyoung, tak guna awak nak tipu lagi. Saya tahu.
Boyoung : Mwoya.. saya tak tipu.
Yoobi : Mengaku la.. Boyoung. Saya tahu. Tak guna awak nak nafikannya..
Boyoung : Jinjjayo?
Yoobi : Keureom.. Awak boleh percayakan saya.. Shinhye and the gang yang lakukannya, kan?
Boyoung : Ha'ah.. tapi awak, tolong sangat sangat.. jangan beritahu orang lain.. saya kongsi dengan awak je..
Yoobi : You can trust me. Dan saya nak minta tolong dengan awak supaya luah pada saya.. kalau awak stress sebab Shinhye, awak boleh cerita pada saya.. anggap saya sebagai kawan awak..
Boyoung : Hmm..
Yoobi : Jumpa esok, chingu.
Boyoung : okey..

"Huhh.." keluh Boyoung. Meja belajar dikemaskan sebelum ke katil. Boyoung berbaring.

"Chingu.." sebut Boyoung lalu tersenyum nipis.

Akhirnya dia tertidur...









🌸🌸🌸

어때요?😅

Apa pun, jgn lupa vote!😅

감사합니다. 사랑합니다🌸

Spring Day🌸  #봄날Where stories live. Discover now