EPISODE 20

11 2 2
                                    

Di rumah Boyoung...

"Kenapa aku macam ni?" Soal Boyoung.

"Kenapa aku berdebar bila dia peluk aku tadi? Kenapa aku rasa bahagia ni.. huhuhu,"

"Mesti aku dah gila,"

"Dah sah aku gila. Macam mana aku boleh suka kawan aku? Cinta kawan aku sendiri?"

"Ish Jungkook ni. Luar nampak baik. Dalam.. jahat giler! Kenapa kau curi hati aku, hah?!"

"Aku benci kau!"

"Tapi.. kalau aku benci dia, aku tak boleh nak rapat dengan dia,"

"Ke.. aku patut cuba tarik perhatian dia?"

"Tapi, memalukan la.. Macam mana kalau dia tak suka aku?"

"Ye la.. Jungkook tu hensem, cute.. nak ke kat aku yang... macam ni,"

"Tapi.. tak salah cuba? Kan?"

Kata Boyoung kepada dirinya.

Keesokannya...

Usai Boyoung bersiap, dia duduk di meja soleknya.

"Erm.. aku patut pakai pemerah pipi ke? Lipstik?" Boyoung mencapai pemerah pipi lalu disapu sedikit di pipinya. Lipstik berwarna pink pula dipakai nipis di bibirnya.

"Ermm.. boleh la,"

Dalam hatinya terdetik sedikit rasa berdebar kerana dia tidak pernah memakai mekap. Kalau pakai pun, hanya untuk ke majlis rasmi.

"Tak nampak sangat, kan?"

"Huhu.."

Boyoung mencapai begnya lalu turun ke dapur.

"Omma!" Panggil Boyoung.

"Dah siap pun.. mari makan," kata Puan Park. Boyoung akur. Dia duduk di meja makan.

Usai makan, dia meminta izin untuk ke sekolah.

"Omma, annyeong!" Kata Boyoung lalu keluar.

"Boyoung,"

"Eh, Jungkook? Jom la ke sekolah," kata Boyoung. Jungkook menghampirinya lalu mencapai tangan Boyoung.

"Aik.. oppa buat apa ni?" Soal Boyoung.

"Pergi sekolah la," jawab Jungkook. Boyoung terpaksa akur.

Eh.. bukan terpaksa. Tapi, rela.

Tiba di sekolah, seperti biasa, Yoobi pasti menunggunya.

"Boyoung!" Sapa Yoobi. Boyoung membalasnya dengan lambaian. Dia menghampiri Yoobi.

"Eh, Boyoung. Kau nampak lain hari ni," kata Yoobi.

"Lain?"

"Ha'ah. Muka kau... macam... berseri sikit," kata Yoobi.

"Sikit je?"

"Haish.. lebih berseri dari kebiasaannya," jelas Yoobi.

"Ye ke?"

"Ye la.." jawab Yoobi.

"Kau... pakai apa sebelum datang sekolah?" Soal Yoobi.

"Mana pakai apa-apa," jawab Boyoung.

"Ehemm ehemm," Jungkook berdehem.

"Eh, sunbae. Annyeonghaseyo," sapa Yoobi.

"Dah lupa ada orang kat sini?" Soal Jungkook. Yoobi tersengih.

"Kook!" Panggil seseorang dari belakang.

"Hyung!" Balas Jungkook.

"Boyoung, Yoobi!" Sapa Hoseok. Mereka berdua tunduk hormat.

Beberapa minit kemudian, seorang demi seorang member BTS tiba di sekolah.

"Jom jom. Dah lewat ke kelas," kata Seokjin. Yang lain akur.


Waktu rehat...

"Boyoung, kau nampak lain," kata Jungkook. Ketika itu, member BTS, Yoobi dan Boyoung duduk semeja.

Like always.

"La..lain?" Soal Boyoung.

'Dia perasan ke?' Bisik hati Boyoung.

"Kau..... pakai mekap?" Soal Jungkook.

"Hahh??" Melopong mulut Yoobi, Jimin, Yoongi, Hoseok, Namjoon, Taehyung dan Seokjin. Mereka berhenti makan. Sekarang mereka tumpukan perhatian pada Boyoung.

"Ak..ak..apa? Jangan pandang aku macam tu! Aku.. aku mana pakai mekap," nafi Boyoung.

"Sure?" Soal Jungkook. Boyoung angguk laju.

Tiba-tiba, ibu jari Jungkook merayap pada bibir Boyoung.

"Huhh?" Boyoung kaget.

Jelas kelihatan warna pink di jari Jungkook.

"Tak pakai? Sure?" Soal Jungkook lagi.

Boyoung tertunduk malu. Pipinya kemerahan. Tak sangka Jungkook mengetahuinya.

"Kau pakai mekap?" Soal Yoobi.

"Kau nak ngorat siapa, Boyoung?" Soal Hoseok.

"Kau nak ngorat aku?" Soal Jimin. Member lain memandang Jimin sinis.

"Mwo?" Balas Jimin.

Boyoung tidak menjawab. Sebaliknya, dia cepat-cepat makan. Dia ingin segera beredar.

"Makan pelan-pelan," bisik Jungkook. Wajah Boyoung semakin merah.




Di rumah Boyoung...

"Huhu.. macam mana boleh kantoi ni?" Kata Boyoung perlahan. Mukanya merah sebaik sahaja memikirkan perkara tadi.

"Taknak lah mekap. Benci!" Marah Boyoung.

"Mungkin aku patut jadi diri aku je,"

"Lagipun, omma pernah kata, jadi diri sendiri adalah yang terbaik. Biar orang benci pun, kan. Manusia tak sempurna," kata Boyoung menyedapkan hatinya.

Dia nekad untuk jadi diri sendiri. Walaupun Jungkook tak sukakannya, at least, dia jadi dirinya. Tak payah nak tipu-tipu.












🌸🌸🌸

감사합니다. 사랑합니다 💖💖

Pendek yg ni.. Sorry😅😢😅😢

Spring Day🌸  #봄날Where stories live. Discover now