Di kelas 5-A-2...
Kelas itu agak sunyi kerana masih awal. Hanya member BTS datang awal kerana mereka berjanji dengan Boyoung dan Yoobi untuk datang awal. Akhirnya, hanya mereka berada dalam kelas itu.
Beberapa minit kemudian, ada beberapa pelajar tiba. Tetapi, Shinhye dan gengnya masih belum tiba. Anak pengetua lah katakan...
"Weh," panggil Yoongi.
"Kau rasa aku kasar sangat tak dengan Shinhye?" Soal Yoongi.
"Kalau dibandingkan dengan apa yang dia buat, masih belum cukup," kata Namjoon.
"Aku tanya betul-betul ni!" Suara Yoongi meninggi.
"Okey okey.." Namjoon diam.
"Hyung rasa, tak. Kau tak nampak ke apa yang dia buat?" Soal Seokjin.
"Kalau tak buat macam tu, dia takkan berubah," kata Seokjin lagi.
"Dia yang nak cara kasar. Dah tahu perempuan, dengar la kata orang," kata Hoseok perlahan.
"Yaah!" Marah Yoongi.
"Hyung ni kenapa? Asyik nak marah je bila sebut pasal Shinhye," Soal Taehyung. Dia perasan, Yoongi hyung macam bela Shinhye. Dia marah apabila orang lain kutuk Shinhye.
"Hyung suka dia ke?" Soal Taehyung.
"Suka? Huhh.. mustahil," balas Yoongi.
"Dah tu? Kenapa marah bila kitorang kutuk Shinhye? Dulu, hyung jugak yang benci dia. Kutuk-kutuk dia," kata Hoseok.
"Hahh! Aku ingat. Bak kata Boyoung, kalau benci sangat, boleh jadi sayang. Tu la yang Yoongi hyung hadapi," kata Jimin.
"Aku tak percaya," kata Yoongi.
"Apa pun, Kook harap, hyung tak suka perempuan tu," kata Jungkook kepada Yoongi perlahan.
"Aku takkan," balas Yoongi.
"Hey, guys!" Jerit seseorang di dalam kelas itu.
"Shinhye?" Kata Yoongi tanpa sedar. Shinhye yang mendengarnya menjeling lalu duduk di mejanya.
"Jungkook!" Sapa Shinhye ceria. Jungkook membalas sapaan itu dengan jelingan tajam.
Shinhye tetap tersenyum. Dia berborak dengan Yeonseo dan Minah.
Yoongi berdebar apabila melihat Shinhye.
'Aku tak suka dia, kan?' Soal Yoongi pada dirinya sendiri dalam hati.
'Tak tak.. mustahil aku suka dia. Tak tak,' Nafi Yoongi.
"ANNYEONGHASEYO, YEOREOBUN!" Puan Goo melangkah masuk ke kelas dengan yakin untuk mengajar subjek Sejarah.
Di kantin...
"Aku akan buat Jungkook tu suka aku," kata Shinhye.
"Kau biar betul? Dia dah benci kau sekarang," kata Yeonseo.
"Ni lah masanya untuk aku curi hati dia balik," kata Shinhye. Dia tersenyum.
"Eh, jap. Tu bukan Yoongi ke?" Soal Minah.
"Yang kau mention nama dia sekarang kenapa? Mati selera aku," marah Shinhye.
"Tak.. dia..dia tengok kau," kata Minah.
"Hahh? Dah buang tebiat ke dia tu nak tengok aku?" Soal Shinhye. Dia berpaling.
Memang sah Yoongi sedang tengok dia. Sebaik matanya bertemu dengan mata Yoongi, Yoongi segera memalingkan wajahnya.
"Apahal dia tu? Takde angin takde ribut, tiba-tiba tengok aku?" Soal Shinhye.
"Dia suka kau kot?" Kata Yeonseo.
"Hahh?"
Di kelas 3-A-2...
"Weh, Boyoung. Kau taknak rehat ke?" Soal Yoobi. Boyoung menggeleng.
"Kenapa?" Soal Yoobi.
"Aku.. tak lapar," jawab Boyoung.
"Kau biar betul?" Soal Yoobi. Boyoung angguk.
"Kau kenapa? Masam je aku tengok," soal Yoobi. Boyoung menggeleng.
"Angguk, geleng, angguk, geleng. Haihh," keluh Yoobi.
"Kalau macam tu, aku belikan kau makanan, nak?" Soal Yoobi. Boyoung angguk.
"Aku pergi kantin dulu, tau? Tunggu sini," pesan Yoobi. Boyoung angguk.
15 minit menunggu, Yoobi tiba dengan makanan. Roti dan air susu.
"Nah Boyoung. Yang kau," Yoobi menghulurkan roti bun dan sekotak air susu.
"Gomawo," ucap Boyoung perlahan.
"Kau kenapa Boyoung? Ada yang tak kena ke? Cer cite kat aku," kata Yoobi.
"Yoobi.. kau tahu tak.. X1.. Kim Yohan, Hyeongjun aku, Dongpyo aku, Eunsang priki dan semua-semua tu... diorang... diorang... nak bubar!" Kata Boyoung lalu memeluk Yoobi sambil menangis.
"X1 dah takde!" Kata Boyoung lagi.
"Baru beberapa bulan debut, dah kena bubar..."
"Macam mana aku nak tengok funny moments diorang lagi...?"
"Aku rindu diorang.." kata Boyoung diselangi esakan.
"Weh, Boyoung! Punyalah aku risau tengok keadaan kau, kau sedihkan pasal tu je?!" Kata Yoobi lalu meleraikan pelukan mereka.
"Kau tak sedih ke?" Soal Boyoung. Yoobi tepuk dahi.
"Kau ni.. dah la. Makan cepat. Ingatkan apa lah tadi," Yoobi membebel.
"Kau ni takde perasaan la.." kata Boyoung.
"Aku ingatkan kau sakit. Punyalah masam wajah kau. Aku pulak pergi kantin sorang-sorang. Sebab nak beli makanan untuk kau. Last-last? Kau sedih sebab tu je? Huhh!" Bebel Yoobi.
"Alaa.. sedih kot," kata Boyoung lalu menyeka air matanya.
"Whatever..." Yoobi sudah menyampah.
"Makan cepat," kata Yoobi. Boyoung akur. Beberapa minit lagi, sudah habis waktu rehat.
🌸🌸🌸
YOU ARE READING
Spring Day🌸 #봄날
De Todo읽지마세요 Terukss😕😕 Sebab first time. Lain kali, InsyaALLAH, cite makin better.. 💖🌸💖🌸💖🌸