EPISODE 17

12 1 4
                                    

Di bilik Shinhye...

"Jungkook tak minat coklat? Terpaksalah aku cari cara lain," kata Shinhye.

"Aku nak guna cara apa lagi?" Soal Shinhye.

"Bunga? Kad? Atau kek lagi?"

"Ermm.. aku cuba buat kek perisa strawberi pulak," kata Shinhye. Dia segera ke dapur.

Segala bahan yang diperlukan diletakkan di atas meja. Dia mula mengayak tepung.

Beberapa jam kemudian, sebiji kek perisa strawberi siap. Shinhye meletakkan kek itu di dalam peti sejuk.

Keesokannya...

Seperti kelmarin, Shinhye meletakkan sebekas kek di atas meja Jungkook. Dia segera menyorok di sebalik dinding.

Dia melihat member BTS menghampiri kelas.

"Wah! Rezeki lagi hari ni," kata Hoseok sebaik sahaja melihat bekas di atas meja Jungkook.

"Hmm.. orang sama la ni. Hyung nak ke?" Soal Jungkook. Hoseok angguk.

"Hyung ambil la," kata Jungkook lalu memberikan kek itu kepada Hoseok.

"Gomawo, Kook!" Ucap Hoseok.

"Hmph! Gagal lagi. Kena guna cara lain," kata Shinhye di sebalik dinding lalu beredar.



"Shinhye! Kau pergi mana?" Soal Minah.

"Aku pergi tandas jap,"

"Jom ke kelas," ajak Yeonseo. Shinhye akur. Dia merapikan diri sebelum masuk kelas. Dia juga menghembus dan menarik nafas berkali-kali. Ingin membuang rasa gugup supaya member BTS tu tidak syak apa-apa.

Tiba di kelas, dia perasan Jimin seakan memandangnya.

"Shinhye, kau tau tak siapa yang letak kek ni kat sini?" Soal Jimin.

"Hah? Aku..aku tak tau," balas Shinhye. Dia mengutuk dirinya kerana gagap semasa menjawab.

"Ouh," balas Jimin.

"Weh, ada lagi secret admire Jungkook selain kau, Shinhye," kata Minah.

"Ha'ah, siap bawak kek lagi," kata Yeonseo.

"Tapi, padan muka perempuan tu. Jungkook bagi Hoseok kek dia. Patutnya, kau yang buat kek tu, kan? Shinhye? Baru Jungkook terima," Kata Yeonseo.

"Hehh," balas Shinhye. Sakit hati apabila kawannya sendiri yang kata begitu. Tapi, salah dia jugak kerana tak bagitahu kawan-kawannya. Tapi, biarlah rahsia. Biar dia sorang je yang tahu pasal rancangannya.

"Yoongi hyung dan Seokjin hyung nak? Jimin? Namjoon? Tae?" Pelawa Hoseok. Tapi, hanya Jimin dan Taehyung sahaja yang menjamahnya. Yang lain hanya memandang.

"Rezeki ni. Takkan nak tolak, kan?" Kata Hoseok.

"Ha'ah. Walaupun rasa dia K.O sikit, tapi.. boleh la telan," komen Jimin. Taehyung angguk.

"Rasa dia lebih kurang je dengan perisa coklat sebelum ni," kata Hoseok kepada Jimin dan Taehyung.

"Ye ke? Aku tak rasa yang coklat sebelum ni, hyung," kata Jimin.

"Tak perlu rasa. Sama je," balas Hoseok.

"Orang yang hantar kek ni kena belajar masak lebih sikit. Ehh.. tak. Belajar lebih banyak. Baru sedap..."

".....kot," kata Hoseok.

"Agak-agak, esok ada tak lagi?" Soal Taehyung yang sibuk mencuit krim kek itu.

Spring Day🌸  #봄날Where stories live. Discover now