Di bilik Boyoung...
Entah kenapa, dia mengalirkan air mata apabila terfikirkan tentang apa yang dia lihat petang tadi. Terlalu menyakitkan. Tapi, apa sebabnya?
'Kenapa..' detik hati Boyoung.
Dia terasa inginkan perhatian dari lelaki itu. Dia rasa sakit apabila melihat lelaki itu bergurau dengan perempuan lain.
'Aku suka Jungkook?' Fikir Boyoung.
'Atau aku memang macam ni?'
Tapi, dia akui. Sejak akhir-akhir ni, dia selalu berdebar apabila Jungkook berada di sekitarnya.
Tapi, dia cuba abaikan perasaan tu. Tak mungkin dia jatuh cinta. Jungkook tu kawan dia, mustahil cinta boleh terjalin antara kawan, kan?
Tetapi, kenapa dia sakit hati melihat adegan tadi. Sampai dia bersikap biadap dengan sunbaenya.
"Tak tak.. aku tak jatuh cinta. Aku cuma rasa.. yang Jungkook tak patut bercumbu dengan Shinhye. Bukan ke dia kata yang dia benci perempuan tu? Jadi, memang patut la aku marah, kan?" Kata Boyoung pada dirinya.
"Tak... aku tak jatuh cinta. Hmm, betul. Tak. Aku tak," kata Boyoung ingin menafikan perasaannya.
Keesokannya...
"Omma, Boyoung ke sekolah dulu," kata Boyoung lalu keluar.
Sebaik keluar, dia mendapati Jungkook berada di halaman rumahnya. Fikirannya pantas memutarkan kembali kejadian semalam.
Dan hal itu membuatkan dia emosional. Hatinya terasa sedih. Dia berjalan meninggalkan Jungkook.
"Bo..Boyoung!" Panggil Jungkook lalu mengejar langkah Boyoung.
"Boyoung, kau kenapa?" Soal Jungkook.
Boyoung diam.
"Kau okey tak? Kenapa kau macam marah aku je?" Soal Jungkook.
Boyoung diam juga.
Jungkook menarik tangan Boyoung sekaligus menyebabkan Boyoung berhenti berjalan dan berpaling menghadap Jungkook.
"Kau dah kena...."
" 'Oppa'! Panggil aku 'oppa'!" Kata Jungkook tegas. Boyoung menjeling.
"Oppa dah kenapa?!" Soal Boyoung marah.
"Aku cakap dengan kau tadi. Jawab aku. Kenapa dengan kau?" Soal Jungkook lagi.
"Aku tak apa-apa la. Aku okey," jawab Boyoung.
"Habis tu, kenapa dingin je dengan aku?" Soal Jungkook. Boyoung memandang mata Jungkook sinis.
"Oppa fikirlah apa salah oppa," kata Boyoung lalu beredar.
'Tentang semalam ke?' Bisik hati Jungkook. Namun, selepas melihat perubahan Boyoung, dia yakin ini kerana kes dia dengan Shinhye semalam.
"Memang sah!" Kata Jungkook perlahan lalu mengejar Boyoung.
Di sekolah...
"Boyoung!" Laung Yoobi ceria. Hari ini, dia tak berseorangan. Member BTS turut bersama dengannya untuk menunggu Boyoung dan Jungkook.
"Kook!" Laung Hoseok.
Namun, mereka hairan apabila melihat mereka berdua tidak berborak seperti biasa. Mereka juga tidak berjalan seiringan seperti sebelum ni. Seorang di depan. Seorang lagi di belakang.
"Kenapa dengan diorang tu?" Soal Namjoon. Yang lain angkat bahu.
Sebaik Boyoung dan Jungkook tiba, diorang dikerumuni oleh Yoobi dan yang lain.
"Boyoung, kau kenapa?" Soal Yoobi.
"Kenapa apa?"
"Muka kau masam je. Kau demam?" Soal Yoobi lalu meletakkan tangannya di dahi, leher dan pipi Boyoung.
"Aikk.. tak panas," kata Yoobi.
"Memang la tak panas. Aku tak demam," jawab Boyoung.
"Habis...."
"Dah la! Aku nak ke kelas. Kau nak ikut tak?" Soal Boyoung kepada Yoobi. Malas nak berlama-lama kat situ.
"Hah? Eo, aku ikut," jawab Yoobi. Dia sempat tunduk hormat kepada sunbae-sunbaenya sebelum mengatur langkah ke kelas.
"Kenapa dengan Boyoung, Kook?" Soal Taehyung.
"Kau buli dia ke?" Soal Jimin.
"Tak.. aku tak tahu. Dari semalam dia macam tu. Sejak kes dia jumpa aku dengan Shinhye di belakang blok semalam, dia macam marah dengan aku," kata Jungkook.
"Kau dengan Shinhye di belakang blok? Korang buat apa?!" Soal Seokjin.
"Ak..aku bercumbu. Tapi! Dia datang dulu. Shinhye tu tiba-tiba datang peluk aku. Ak..aku...."
"Kau bercumbu dengan Shinhye?!!" Soal Yoongi.
"Ak..aku..."
"Memang patut Boyoung tu marah. Kau kata kau benci Shinhye. Kau kata kat aku jangan sesekali bagi muka dekat dia. Tapi, kau..? Siap bercumbu lagi.. siapa je yang tak marah?" Kata Yoongi panjang lebar.
"Masa tu aku tak sedar! Aku rasa macam.... aku...."
"Kalau kau nak kawan dengan Boyoung lagi, kau kena pandai ambil hati dia," pesan Seokjin selaku member paling tua. Jungkook angguk.
Dia mengikuti kawan-kawannya menuju ke kelas.
Di kelas 5-A-2...
Shinhye masuk ke kelas sambil tersenyum simpul.
"Aik? Kau dah kenapa Shinhye? Senyum je," soal Minah.
"Eo? Aniyo," jawab Shinhye.
"Ye ke? Macam terlebih dos happy je," kata Yeonseo pula. Shinhye menggeleng.
"Ke.. kau mimpikan Jungkook semalam? Kau mimpi yang kau berciuman dengan Jungkook. Hahahah!" Tiba-tiba Minah dan Yeonseo ketawa.
"Aku tak dapat bayangkan," kata Yeonseo lalu mereka kembali ketawa.
Namun, hakikatnya, hanya Shinhye yang tahu segala-galanya.
🌸🌸🌸
Thanks baca..😢
YOU ARE READING
Spring Day🌸 #봄날
Nezařaditelné읽지마세요 Terukss😕😕 Sebab first time. Lain kali, InsyaALLAH, cite makin better.. 💖🌸💖🌸💖🌸