Mulai Detik Itu.

36 0 0
                                    

Setiap pasangan mengimpikan sebuah perhubungan yang tiada penghujungya. Cinta dan pengorbanan mengukuhkan lagi jalinan kemesraan bersama. Sama juga seperti insan yang bernama Engku Adrian Khalif. Dia sanggup berkorban apa saja demi kebahagiaan buah hatinya. Sehingga satu saat, si teruna terluka, menderita dan kecewa akibat cinta yang di khianati. Namun, apakan daya si teruna hanya mampu mengamit  kenangan manis bersama buah hatinya iaitu seorang gadis berambut ikal mayang, hitam manis kulitnya dan berlesung pipit, bernama Orked.

Masakan Adrian mampu melupakan seorang gadis yang berjaya menambat hatinya. Sejak akhir minggu yang lalu, keadaan mengubah kisah cinta mereka. Kepulangan kekasih lama Orked ternyata ada tujuannya. Kekasih lamanya itu ingin membina kebahagiaan buat selamanya dengan mengikat tali pertunangan. Perkhabaran ini membuatkan penduduk kampung tidak senang. Adrian dan Orked umpama merpati dua sejoli. Jadi tidak hairanlah kisah mereka ini sering menjadi bahan bualan orang kampung.

Fikirannya bercelaru memikirkan jalan penyelesaian bagi menyelamatkan perhubungan mereka ini. Namun kesedihan yang terdalam telah mendorongnya untuk bertindak pergi. Adrian tidak sanggup untuk melihat buah hatinya dimiliki oleh orang lain. Lalu, dia membuat keputusan untuk membawa diri tanpa pengetahuan Orked.

DUA JIWAWhere stories live. Discover now