"Ya Allah, Ya tuhanku. Kau peliharalah keluarga kami dari azab pedih neraka Mu. Kau hindarilah kami daripada melakukan perkara keji, Ya Allah kau buangkan lah perasaan cinta dan sayang ku ini terhadap Orked. Aku tidak mahu berjumpa dengannya. Sesungguhnya, tiada kebahagiaan yang benar melainkan mencintaimu wahai tuhan kami. Aamiin Ya Rabal'alamin."
Air mata yang mengalir di pipi, diusap. Tanpa melengahkan masa, Adrian meneruskan perjalanannya.Kelihatan seorang warga emas sedang menyapu halaman rumahnya. Adrian sebak melihat susuk tubuh ibunya yang susut. Sebaik sahaja keluar daripada kenderaannya, Adrian terus meluru ke arah ibunya. Dia terus memeluk dan mengucup dahi ibunya.
"syukur Ya Allah, kau telah makbulkan doaku." bisik hati kecil ibunya.
"Mak, Adrian minta ampun kerana sudah lama tidak menjenguk mak. Adrian sedar atas kesalahan yang Adrian lakukan." teresak-esak Adrian memohon ampun kepada ibunya.
"Tidak mengapa wahai anakku, syukur saja pada tuhan kerana masih memberi peluang kepada mak untuk melihat kau sebelum mak pergi." Adrian terdiam seketika. Segala beban rindu terhadap ibunya kini sudah terbalas.