Adrian mula rasa bingung mengapa tempat sebegini menjadi lokasi perbualan mereka?
“Adrian, izinkan aku untuk ceritakan segalanya. Sejujurnya, sudah lama aku ingin beritahu kau namun keadaan tidak mengizinkan. Dahulu semasa kau melangkah keluar dari kampung ini, Orked mula tidak rasa bahagia dengan aku. Dia mengalami tekanan jiwa. Hari-hari dia menyendiri dan berkeadaan seperti mayat hidup. Dia terpaksa akur dengan arahan bapanya untuk menikah dengan aku. Setelah lima tahun usia perkahwinan kami dikurniakan tiga cahaya mata. Tiba kelahiran hakim anak bongsu ku, Orked bermati-matian mempertaruhkan nyawanya. Orked telah pergi meninggalkan kami. Kini, anak-anakku menghiasi pelangi tidak berwarna dalam hidup ku. Di sinilah jasadnya di semadikan.”Adrian terus mengalirkan air matanya. Nama kekasihnya terukir di batu nisan. Hatinya retak seribu. Ternyata doanya untuk tidak berjumpa dengan Orked termakbul.
“Orked, aku menyesal. Sumpah aku menyesal. Allahuakbar sakitnya hati aku ya Allah.” Adrian teriak sambil mengenggam batu nisan milik kekasihnya. Dia tidak sepatutnya lari meninggalkan Orked sewaktu dahulu. Dia tidak akan memaafkan kesalahannya itu.“sayang, maafkan aku. Aku benar-benar sesal akan tindakan bodoh yang aku lakukan. Maafkan aku. Sebenarnya aku lah pengkhianat yang sebenar dalam kisah percintaan kita. Tenanglah kau di sana, aku di sini sentiasa mendoakan kesejahteraan mu.” kata Adrian.
“Walau hatiku kau guris tidak pernah sekali untuk aku berdendam, kau telah bawa separuh jiwa ku bersama mu. Biarlah mimpi semalam menjadi sebuah kenangan. Selamat tinggal sayang.” bisik hati kecil Adrian sambil mengucup batu nisan milik arwah kekasihnya.
Dia mula sedar bahawa sang pencipta sekalian alam menurunkan ujian sebegini hanyalah untuk menilai tahap keimanan hambaNya.
Saat itu, Adrian berazam untuk memulakan hidup yang baru. Kehidupan yang tidak lagi memberi kesengsaraan ke atas jiwanya. Kisah dirinya bersama Orked tersemat dalam sanubari buat selamanya. Kita tetap dua jiwa satu hati.
-T. A. M. A. T-