Perampas

15 0 0
                                    

Penghijrahan Adrian ke Kuala Lumpur, memberi impak yang sangat baik. Dia semakin matang dan berjaya dalam bidang yang di ceburinya iaitu dalam dunia perniagaan. Hari demi hari, Adrian gigih dalam mencari rezeki demi sesuap nasi untuk menampung diri.

Rindu yang tiada kesudahan terhadap ibunya telah mengubah fikirannya. Hampir 4 tahun dia tidak pulang untuk menjenguk ibunya di Besut, Terengganu. Jadi dia membuat keputusan untuk pulang ke kampung.
Keesokannya, Adrian mempersiapkan diri dan barang keperluannya. Hatinya tak tertahan rindu akan raut wajah ibunya.

Tepat jam 4, Adrian tiba di sebuah kawasan kampung yang tidak jauh dari rumah ibunya. Dia berhenti sebentar untuk menunaikan solat asar. Suara anak kecil yang bermain di perkarangan surau itu mengimbau kembali memori silamya sewaktu kecil. Adrian tersenyum melihat telatah anak-anak itu bermain.

“Haikal, Haris, Hakim... Sudah mari pulang hari nak senja.” Teriak seorang lelaki dari arah pondok surau. Adrian seolah-olah mengenali suara lelaki itu. Tanpa membuang masa, Adrian menoleh kebelakang untuk membenarkan sangkaan yang di buatnya. Ternyata, ramalan Adrian benar. Ikmal dengan mengenakan pakaian baju Melayu bewarna biru memanggil anak-anaknya pulang.

Dendam yang menjadi beban terhadap Ikmal semakin membara. Jiwa yang diselebungi amarah terhadap si perampas itu hampir ke kemuncak. Ikut kan nafsu, sudah lama si perampas itu makan penumbuk. Ikmal, si perampas yang tidak punya hati perut. Tidak ada rasa setitik kesedaran langsung untuk meminta maaf kepada Adrian. Namun, Adrian tidak mebiarkan ego menguasai dirinya. Dia terus bergerak untuk menunaikan solat.

DUA JIWAWhere stories live. Discover now