Permulaan hari yang indah untuk Adrian walau hatinya terguris kerana peristiwa semalam. Dia bersiap-siap untuk membeli sarapan di gerai yang terletak tidak jauh dari rumah ibunya.
“kak, nasi lemak telur bilis enam bungkus ya.” minta Adrian kepada makcik yang menjual makanan itu.
Kelihatan seorang lelaki bersama tiga orang kanak-kanak sedang menuju ke arah gerai nasi lemak itu. Adrian cuba memerhatikan lelaki itu dari jarak jauh walaupun pandangannya agak kabur. Firasat hatinya mengatakan bahawa susuk tubuh itu adalah Ikmal.“kak Jah.. Tolong bungkuskan nasi lemak macam biasa ya. Kali ni sepuluh bungkus.” pinta Ikmal dengan riak wajah yang ceria.
“wahh... Banyak sungguh kau makan ya Ikmal.” usik kak Jah penjual nasi lemak itu.Sedang Adrian menunggu nasi lemaknya untuk di bungkus, dia muka membuka langkah berani untuk menegur Ikmal.
“Assalamualaikum, masih kau ingat wajah ini dulu?” sapa Adrian kepada Ikmal sambil menyuakan tangannya.
“waalaikumsalam.” Ikmal berjabat tangan dengan Adrian. Walaupun dia sedang keliru gerangan siapakah yang menegur dirinya. Tiba-tiba Ikmal merasakan hatinya tidak tenang. Dia tersentak apabila melihat wajah Adrian. Dirinya diselebungi rasa bersalah dengan peristiwa pahit sewaktu dia merampas kekasihnya, Orked.“jadi bagaimana kehidupan kau bersama Orked? Untung kau dapat menagih kasih sayang dari dia.” tanya Adrian dengan bersahaja. Riak wajah Ikmal yang ceria bertukar suram. Soalan Adrian di hiraukan. Ikmal mengajaknya untuk pergi ke suatu tempat di mana semua persoalan yang bermain dalam benak fikirannya akan terjawab.
