Desiran laut dan deruan angin menemani malam Adrian dalam mengamit kenangan bersama Orked.
"Masih ingatkah dikau kita bercanda.. Di malam itu hanya kita berdua.. Masih ingatkah dikau kita berdansa di temani pelangi indah.." lagu yang di nyanyikan oleh Adrian menambahkan lagi rasa rindu terhadap kekasihnya. Adrian merenung jauh ke atas langit melihat bulan dan bintang yang sewaktu dahulu pernah menjadi saksi cinta mereka."Malam bulan dipagar bintang.. Langit indah jika di pandang bagai gadis beri senyuman pada jejaka idaman.." kelunakan suara seorang gadis menyanyikan lagu ciptaan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Saloma membuatkan hati Adrian cair. Adrian mula merasakan degupan jantungnya semakin kencang.
Kelihatan seorang gadis berbaju kurung dan berambut ikal mayang. Tiba-tiba gadis itu bersuara.
"kanda, kau tak ingat lagu kita? Bukankah kau sering mendendangkan lagu itu buat aku? Kanda tak rindukan dinda?" gadis itu mendesak Adrian dengan beberapa soalan. Adrian terdiam dan terkaku. Dia seolah-olah hendak menjawab
semua pertanyaan gadis itu. Namun, Adrian tidak mampu bersuara.
" kanda, sudah lama dinda nantikan kepulangan kanda. Akhirnya kita kembali bersua.. Ayuh kanda kita berdansa seperti dahulu." gadis itu memaut tangan Adrian.Adrian masih terpaku dengan tindakan gadis itu. Pandangan Adrian kepada gadis itu tidak ubah seperti malam di mana kali pertama mereka beradu kasih pada 10 tahun yang lalu.
Mereka pun berdansa di bawah cahaya bulan tanpa ada rasa segan silu. Fikiran Adrian bercelaru. Dia masih tidak percaya bahawa kekasihnya kembali semula."kanda, cuba teka jikalau dinda sekuntum bunga kanda jadi apa?" tanya gadis itu. “Ah kanda ni, mengapa berdiam diri? Jawablah.. Jikalau begini layanan kanda terhadap dinda, dinda akan pergi." lalu gadis itu melepaskan pelukan ketika mereka berdansa."
Adrian semakin buntu, dia mempersoalkan mengapa gurauan itu seakan-akan sama seperti 10 tahun yang lalu?
"jangan pergi Orked!" menjerit Adrian sekuat hati. Rupanya dia tersedar dari mimpi. Sekali lagi, air matanya jatuh ke pipi dek kerana pertemuan palsu antara mereka berdua.
Hati Adrian benar-benar sakit, jiwanya meronta-ronta, fikirannya di kawal dengan emosi yang bercampur baur. Mimpi indah itu membuatkan jiwanya bertambah terluka. Dia tidak ingin lagi bersua dengan gadis yang di cintainya dahulu.