no one’s pov
“ Goodnight, Jiyeonnie. Sweet dream. ”
Chanhee mematikan panggilan telefon setelah memastikan Jiyeon dah tidur. Dia tersenyum sendiri. Sebaik sahaja dia menoleh ke belakang, ada beberapa ekor manusia sedang memerhatikannya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Mati terus senyuman Chanhee.
“ Kejap— dah berapa lama korang berdiri dekat situ? ”
“ Dari mula kau berbual sampailah tadi. We heard EVERYTHING, bro. ” Kevin mencelah. Perkataan everything itu sengaja ditekankan lebih kuat, membuatkan Chanhee tunjuk muka masam. Pasang telinga eh, tak guna.
“ Uyoo, Chanhee hyung nyanyikan lagu untuk girlfriend dia lah! Shoo sweet, auch! ”
“ Dah, dah diam. Aku mana ada girlfriend. ” Chanhee cuba menafikan, sedangkan telinganya dah mula memerah. Rakan-rakannya mula mengusik, hanya Changmin kekal berdiam diri.
Selepas semuanya beredar dari bilik Chanhee, Changmin masuk ke dalam, “ Kau dah bagitahu Jiyeon ke tentang ni? ” Tiada balasan daripada Chanhee. Lelaki itu hanya membuang pandangan ke tempat lain.
“ Chanhee— ”
“ Kalau dah tiba masanya nanti. Aku bagitahu. Semuanya. A–aku cuma tak sedia lagi sekarang. ” Changmin mengangguk faham, terus mengatur langkah keluar dari situ.
“ Oh, hampir lupa. Pagi esok kita tak boleh pergi kafe Jiyeon. ” Sempat lagi Changmin berpesan. Mata Chanhee membulat.
“ A–apa? Tapi, aku dah bagitahu— haih, okay. ”
Memahami maksud yang tersirat daripada ayat Changmin, dia hanya mengangguk pasrah. Buat sekian kalinya, Chanhee mengeluh.
━━━━━━━━━━━
jiyeon’s pov
— 9:45 a.m.
“ Aku dah lambat! ”
Terkejar-kejar. Ya, itulah yang aku rasai sekarang ni. Tak pernah pun aku jadi kelam kabut macam ni. Apapun, semuanya salah aku juga. Aku lupa nak set alarm dan, si Yewon tu pun bukannya nak kejutkan aku. And, of course. Disebabkan nyanyian Chanhee semalam aku boleh tidur nyenyak ahaks!
Hampir jam 10 pagi, aku berdiri tepat di hadapan pintu kafe. Teruknya perangai kau, Jiyeon. Kau tu dahlah ketua, kau pula yang datang lambat. Tak patut dicontohi.
“ Eh, Jiyeon! Lambat kau hari ni. ”
“ Eunseo? Bukan ke kau shift petang? Mana Chanhee? ”
Aku memandang pelik ke arah Eunseo yang sedang menyapu, salah seorang staff aku. Eunseo meletakkan penyapu ke tepi, menyeluk apron yang dipakai untuk mengambil phone, “ Diorang tak bagitahu eh? Rasanya diorang dah mesej kau tadi. Chanhee minta aku ganti dia pagi ni. Dia ada hal lain. ” Eunseo tunjuk aku mesej yang dihantar Chanhee.
Lantas, aku geladah beg tangan. Aku dah terlajak tidur jadi, nak tengok phone pun tak sempat. Ada. Chanhee ada mesej aku.
from : chanheeeee!
jiyeon, sorry. aku tak dapat datang kerja pagi ni. ada hal. changmin pun sama. aku dah mesej eunseo and sinb suruh ganti kami berdua. mianhae ! :(
“ Kejap— Changmin pun tak ada ke? ”
“ Tu, dia suruh SinB gantikan. Petang nanti kalau diorang boleh datang, diorang datang. Tapi, tak janji. ”
“ O–oh, okay. ”
Selepas mendengar jawapan aku, Eunseo menyambung kerja yang tergendala tadi. Aku kekal berdiri di situ, meneliti sekali lagi mesej yang dihantar oleh Chanhee 2 jam yang lepas.
Hilang semangat lah aku pagi ni.
━━━━━━━━━━━
YOU ARE READING
part timer. chanhee
Fanfiction⌈ complete ! ⌋ in love with your own part-time worker. ft. choi chanhee. #O1. theboyz's malay fanfiction series © -sarahee :: 2020