02

1.3K 184 14
                                    

jiyeon’s pov

— 10:00 p.m.

Kertas kerja dan laptop di hadapan mata aku tenung dengan pandangan kosong. Tiada perasaan. Fikiran aku melayang ke tempat lain. Fokus aku seakan terganggu sedangkan aku tak pasti apa sebenarnya yang aku tengah fikirkan. Badan juga terasa penat, tapi masih berdegil nak terus buat kerja. Mata dah mengantuk, tapi tak boleh tidur.

“ Cik garang kita ni asyik termenung jauh je sejak akhir-akhir ni. Ada apa-apa ke? ” Yewon menyiku lengan aku, menyedarkan aku daripada lamunan. Aku pandang ke arahnya, tunjuk muka blur, “ Kau cakap apa tadi? ”

Haih, kau ni. Aku tengok kau ni lain lah. Lagi-lagi lepas kau dah ambil budak lelaki tu jadi pekerja kau. Siapa namanya? Chanhee, kan? ”

“ Apa yang lainnya? Sama saja. ” Aku cuba berdalih. Ada sahaja cubaan Yewon untuk korek rahsia aku. No, no. Aku tak akan benarkan. Kau tahu rahsia aku bukannya pandai nak simpan. Kau pergi sebarkan pula.

Yewon tersenyum simpul, “ Eh, kalau sama tak adanya aku bertanya macam ni. Kenapa? Kau dah terfall in love dengan dia ke? ”

“ Mengarut, Kim Yewon. ” Bantal peluk di atas katil aku baling ke arah Yewon. Sempat mengelak, terkekeh-kekeh dia ketawa.

Yewon menepuk bahu aku, “ Dalam soal cinta, tak ada yang mengarut. Jiyeon, mengaku je lah. Kau suka Chanhee, kan? Kau rasa jantung kau jadi dugeun dugeun bila nampak dia. Kau rasa pipi kau memerah, kau jadi gagap bila bercakap dengan dia. Kau asyik fikirkan fasal dia walaupun kau tengah buat kerja lain, betul tak? ”

Aku diam, tak nak cakap apa-apa. Bukan sebab aku dah muak dengar ayat Yewon. Bukan juga sebab aku dah kehilangan kata-kata untuk membalas. Tapi, semuanya sebab aku tak mampu nak menafikan kenyataan Yewon.

Yewon melambaikan tangannya di hadapan wajah aku. “ Hello? Jiyeon anak Kim! Diam tandanya betul, kan? Aku dah dapat agak, Jiyeon. ”

“ T–tapi, dia cuma pekerja aku— ”

“ Buat apa peduli siapa dia, yang penting perasaan kau. Eh, dah macam doktor cinta aku ni. Meh sini phone kau. ” Yewon terus merampas Iphone  Ceh, tadi kata suruh aku bagi lastnya dia yang ambil dulu tanpa izin.

“ Kau nak buat apa? ”

Aku memerhati sahaja Yewon yang seakan cuba menjahanamkan phone aku— okay, sebenarnya dia cari contact number seseorang. Entah siapalah dia nak call malam-malam macam ni.

“ Yewon— ”

“ Nah. Promise me, kau kena cakap dengan dia. Jangan letak! ” Phone tadi dihulurkan kepada aku semula. Aku pandang Yewon sekilas sebelum meneliti nama yang tertera pada skrin. Mata aku membulat.

“ YAH, KIM YEWON! Kenapa kau pergi call Chanhee?! Paboya! ”

“ HAHAHAHA aip! Jangan letak! Tunggu dia angkat. ”

Aku dah berura-ura untuk letak panggilan tersebut, namun dah terlambat. Di hujung talian, suara lembut lelaki itu kedengaran.

Annyeong, Jiyeon?

━━━━━━━━━━━

part timer. chanheeWhere stories live. Discover now