08

874 164 12
                                    

❛ only our love remains in the light that guides us ❜

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

only our love remains in the light that guides us

━━━━━━━━━━━

jiyeon’s pov

2 years later.

Bloom Bloom Pow neowa kkochi pieona , muldeuryeo wawa wow naegero wa wow ! ”

Aku pandang kecik besar kecik besar je dekat tiga ekor staff aku ni. Pagi-pagi lagi dah memekak, menyanyi sampai nak terkeluar anak tekak! Kerja tak buat pun. Mentang-mentang tak ada pelanggan lagi sekarang ni, diorang selamba jadikan kafe aku macam tempat karaoke peribadi.

Ssodajyeo naerineun biche Dance Dance Dance Dance!

Sekali lagi, suara mereka bertiga bergema di setiap sudut kafe. Silap hari bulan, aku boleh pekak dengar mereka melalak. Staff aku kali ini ialah Chaerin, Eunjung dan Suyun.

Tidak seperti staff aku sebelum ini, diorang punya energy lain macam. Terlebih energetic! Mungkin sebab mereka bertiga masih lagi pelajar sekolah dan, aku pula yang terasa tua. Pejam celik dah hampir 3 tahun aku mengusahakan kafe ni.

Okay, aku bangga dengan diri sendiri ehe.

“ Dah, dah lah tu. Pergi buat kerja. Aku sekeh kepala korang sekejap lagi nanti. ” Aku menggelengkan kepala, sambung mengira hasil jualan semalam.

Alo, Jiyeon unnie. Bagi kitorang berfangirling sekejap. Unnie juga patut join kami! ” Chaerin tersengih, melambai-lambai tangan ke arah aku. Aku menggeleng, tidak berminat.

“ Tak apa, aku tak berminat. Lagipun mereka semua sama sahaja. Tiada yang beza. Semuanya idol group.

Eunjung mencebik, menggeleng tidak setuju dengan pendapat aku, “ Aish, mana ada sama. Setiap group ada keistimewaan masing-masing. Ke sinilah, Jiyeon unnie. Biar kami kenalkan unnie dengan satu group ni. Mana tahu unnie boleh jadi Deobi? ”

Aku mengerdipkan mata beberapa kali selepas mendengar satu perkataan pelik dalam ayat Eunjung, “ Jadi apa? Dobi? ”

“ Bukan Dobi, tapi Deobi lah! Itu nama fandom. ”

Terkekeh-kekeh budak bertiga itu ketawakan aku. Ceh, mana lah aku tahu. Aku fikir Eunjung suruh aku buka dobi pula tadi.

“ Eunjung, Chaerin! Tengok tu, tengok tu! ”

Walaupun Suyun hanya panggil budak dua orang itu, namun secara automatik kepala aku turut menoleh. Hm, patutlah. Pantang nampak budak lelaki kacak, mereka bertiga terus terkinja-kinja macam kera dapat bunga.

Sekumpulan remaja lelaki sedang berjalan di luar kawasan kafe, dan menuju ke sini. Semuanya bertopeng. Kenapa eh? Mereka ni artis ke sampai kena bertopeng bagai? Takut kena kejar dengan peminat?

Ah, apa-apa sajalah. Janji kafe aku untung banyak kali ni.

━━━━━━━━━━━

part timer. chanheeWhere stories live. Discover now