🌼2'' meet him

78 6 1
                                    

Jeera memegang kepalanya. Kepalanya berdenyut denyut dan pening. Dia membuka matanya perlahan lahan. Jeera mencapai jam yang berada di meja kecil di sebelah katilnya.

6:30 pm

Matanya membulat.

"Dah petang?!" serta merta dia memegang tekaknya yang terasa pedih. Dia takq sangka yang dia terlajak.Suhu badan jeera sangat panas. Dia cuba juga untuk berdiri menukar pakaiannya. Jeera tetap ingin pergi ke tempat kerjanya.

Mesti yeon unnie risau. Desisnya.

Suasana yang semakin gelap itu menyukarkannya. Kepalanya terasa seperti dicucuk cucuk. Begitu juga badannya. Keadaan sekeliling nya kabur. Dia ingin melintas untuk menyeberangi jalan yang dipenuhi kereta itu.

Jeera tak sedar, ada sebuah kereta yang bergerak laju. Kereta tersebut menekan brek dan akibat keadaan badannya yang leamah,dia pengsan. Badannya yang terhentak itu mengakibatkan bahagian perutnya terasa sangat sakit . perlahan lahan matanya terpejam rapat.

Kereta Mercedes berwarna hitam itu berhenti mengejut. Seorang lelaki tua berketinggian 170cm itu bergegas ke arah jeera. Dia menepuk nepuk pipinya.

"cik..cik" panggilnya. Dia dapat merasakan suhu badan yang sangat Panas.

Seorang lagi lelaki yang keluar daripada bahagian penumpang. Hujan sudah mula turun setitik demi setitik.

"Ahjussi, wae?" Tanya nya.

"Tuan,saya rasa dia pengsan. Baik kita call ambulans" sarannya

"Aniya! Nanti appa marah kalau dapat tau ahjussi terlanggar orang. Kita bawak dia balik rumah. Saya boleh call doctor Kim" jungkook pantas menggeleng. Dia risau pemandunya dibuang kerja. Lagipun jika pergi ke hospital pasti sahaja para media dan wartawan akan mengetahui hal ini.

Pakcik Ha pantas mengangguk. Dia cuba mengangkat gadis dihadapannya tetapi tidak berdaya. Hujan yang semakin lebat menyukarkannya. Dia menarik semula tangannya daripadan badan jeera.

"T-tuan..darah" dia terkejut. Mata jungkook membulat. Pantas dia menunduk mendekati jeera. Darah yang berada dikawasan peha gadis itu mengejutkannya.

"Ahjussi palli, masuk kereta" arahnya. Jungkook pantas mengangkat badan jeera. Dapat dirasakan haba panas dari tubuh wanita itu. Pakcik Ha membuka pintu kereta untuk jungkook meletakkan jeera.

Jungkook pantas memasuki ruang kereta dan pakcik ha berlari ke arah pemandu. Dalam perjalanan ke rumah. Jungkook mendail nombor telefon rakannya.

"Hyung,boleh datang rumah jungkook tak? Err ha ye jungkook sakit. Boleh? Okey datang cepat sikit ye hyung" pesannya sebelum meletakkan panggilan. Matanya memandang sekilas kearah jeera. Gadis itu kelihatan pucat.

Dia menyuruh pak cik Ha untuk memandu lebih cepat.

_
_
_

🌸🌸🌸🌸

Jeera mengerang. Bahagian bawahnya sakit. Tiba tiba ada suara asing singgah ditelinganya.

"Tuan, dia dah sedar" pakcik Ha memberitahu jungkook. Jungkook pantas memandang kearahnya.

"K-korang siapa?" tanya jeera. Lemah sungguh intonasinya.

"Kau..pengsan tadi,dekat tengah jalan" jungkook memandang ke tempat lain. Tidak sanggup rasanya ingin menyampaikan berita yang diberitahu oleh Doctor Kim petang tadi.

"Saya kat mana ni? Ni bukan hospital" jeera memandang sekeliling. Dekorasi rumah yang kemas dan mewah itu tidak menarik perhatiannya.Tekaknya yang perit itu membuatkannya batuk.

[OG] LET IT BE ME •^^• [jeonjungkook]Where stories live. Discover now