🌼14''nightmare

58 6 10
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.










Jeera bernafas secara kasar . debaran didada kerana jungkook hampir membiarkannya lemas semula. Jeera terdiam apabila dia baru perasan yang jarak mereka terlalu rapat . Dia dapat merasakan nafas jungkook dibibirnya. Jantung jungkook berdegup laju,tapi dia tidak pasti sama ada itu degupan jungkook,atau dia sendiri.






Jungkook mengalihkan tangan jeera daripada lehernya. Air liur ditelan. Hampir hampir dia tak boleh kawal nafsu yang satu itu. Pinggang jeera dipeluk erat dan membawa gadis itu ke tepi.





Badan jeera diangkat sedikit supaya gadis itu boleh duduk ditepi kolam. Damn.
Baju tshirt putih itu melekap badan jeera sehingga menampakkan bentuk tubuhnya.




Jeera yang masih belum perasan dengan hal itu hanya mencapai tangan jungkook dan menarik dia keatas. Pergh berat nya. Makan batu ke apa arnab ni.



Towel yang diberikan oleh ahjumma dihulurkan pada jungkook. Baju kemeja hitamnya yang basah dilap sedikit . jeera mengeringkan rambut dan tangannya. Baru sahaja dia nak berlalu,jungkook menahannya.





"Wae wae?" Mata bulatnya kelihatan terkejut.




"I like that one" ucapnya dan menunjukkan jari kearah dada jeera . Dia mengenyitkan mata dan pantas berlari kedalam. Mengikut penilaian nya,jeera akan mengamuk dalam masa
Satu...
Dua...
Tiga...





"JEON JUNGKOOOOK"

suara jeera bergema sehingga kedalam rumah. Tangannya sudah meng'cover' bahagian dada dengan tuala. Dia mengejar jungkook yang berlari ke atas. Tunggu Kau jungkook,jeera mengetap bibir geram.




Ada ke patut jungkook tak tegur pasal bra nya. Dahla warna merah darah. Dan ya,sudah tentu berlace. Ergh malu malu. Hanat punya jebon !

_
_
_
_
_

Jungkook membuka pintu. Ruang tamu yang gelap menandakan orang didalam rumah dah tidur. Jungkook memicit tengkuknya,lenguh rasanya menghadap komputer seharian.




Kaki dibawa kebilik. Pintu dibuka dan ditutup perlahan. Jeera yang sudah berbungkus itu dipandang sebelum dia melangkah ke bilik air. Dah macam hantu bungkus dan rupanya.







Jungkook keluar dari bilik air sambil mengelap rambut nya yang basah. Setelah kering,tuala disidai semula ditempat asal. Badan direbahkan keatas katil. Baru sahaja dia ingin melelapkan mata,dia dikejutkan dengan suara halus jeera.






Jungkook berpusing Dan menongkat dagu. Jeera yang menggeleng geleng dan meracau seperti orang tak betul dipandang sahaja. Dalam diam jungkook ketawa. apelah dah besar panjang pun mengigau lagi





Jungkook mendekatkan diri tetapi selimut yang dicampak oleh jeera menutup kepalanya. Dia mengalihkan selimut dan








Pak







"Adoiiiii" jungkook mengaduh Dan memegang kepalanya yang disepak oleh jeera. Berdenyut denyut rasanya. Jeera terkejut kerana suara jungkook yang memetir secara tiba tiba.






Jeera duduk dan menghadap jungkook yang sedang menggosok kepalanya itu.







"Awak dah kenapa menjerit jerit? saya nak tidur pun susah " bebelnya. Jungkook memandangnya tajam






"Eh kau ni. Yang kau tu tidur buatlah cara tidur, ini tak, kaki kau tu sesedap roti gardenia je sepak aku" jungkook mendengus. Jujur,kepalanya masih berdenyut. Kuat kut sepakan jeera tadi.





Jeera membulatkan mata. Lah yeke? Rasanya dia mimpi dia tengah main bola tadi. Tapi taktaulah kalau dia terbawa bawa dan tersepak si jeon jebon ni.







"Er..Sakit sangat ke?" Perasaan bersalah menyerang diri. Jungkook yang mendiamkan diri ditenung lama.






Tanpa mempedulikan soalan jeera,jungkook membaringkan badan membelakanginya. Selimut dirampas daripada jeera dan ditarik sehingga paras pinggang.







Jeera menggigit bibir bawahnya. Jungkook marah sangat dengannya ke,sampai taknak cakap apa apa? Tapi kalau diingatkan balik memang patut pun dia marah, pagi tadi dah diketuk dengan senduk Berasap..malam pulak kene penyepak free olehnya.






Jeera melepaskan keluhan sebelum mengensot kekanan. Badan dibongkokkan untuk menjenguk jungkook. Mata jungkook yang terpejam menandakan yang dia dah tidur.







"Jungkook,saya mintak maaf.. Saya tak ganas ganas dah. Takpe saya tidur jauh jauh. I promise I'll behave"






kemudian jeera menjarakkan badannya semula. Dia tidur betul betul di bahagian tepi. Takut jugak kalau dia buat hal lagi masa tidur nanti. Elok elok jungkook bagi silent treatment,tak pasal pasal dia dihalau tidur disofa pulak nanti kalau dia tak behave.





_
_
_
_



ƪ(˘⌣˘)┐

Question of the day;

1. Suka chapter panjang (900-1500) atau pendek (600-800)?

[OG] LET IT BE ME •^^• [jeonjungkook]Where stories live. Discover now