🌼26''what's wrong with you?

60 5 0
                                    

___________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


___________

Jeera terjaga. Badannya diregangkan sedikit dan mulut yang menguap ditutup.


Jeera memandang ke kanan, melihat jungkook yang masih tertidur lena sebelum matanya beralih pada tangan jungkook yang masih melingkar di pinggangnya.

Tangan jungkook diangkat, dia berniat ingin mandi dan masak sarapan pagi tetapi jungkook makin tariknya mendekat.

"Nak pergi mana?" Tanya jungkook dengan suara yang serak.

"Masak la..nanti awak nak masuk office,takkan tak breakfast dulu" jawab jeera. Tangannya cuba mengalihkan tangan jungkook sekali lagi tetapi jungkook menggeleng.

"Aku tak nak kerja harini" jawab jungkook malas,matanya kembali tertutup. Sungguh, penat membuat kerjanya masih tidak hilang.

Tapi jungkook tak kesah, sekurang kurangnya dia ada sebab untuk bermanja berdua duaan dengan jeera.

Gedik kan?










"Eh awak ni, kalau penat sangat ambik la half day lepastu masuk la kerja. Jangan tinggal je kerja separuh jalan..tak elok" jeera memujuk jungkook.

Walaupun dia tahu jungkook penat tapi jungkook tak patut tinggalkan kerja macam tu je.

"Kau tak kesah kalau aku pergi kerja harini?" Tanya jungkook. Membuka mata, memandang jeera tepat dimata.

"Tak..pergi je lah" jawabnya serentak menggeleng.

"Kalau aku jumpa perempuan semalam pun kau tak kesah?" tanya jungkook lagi.

Jeera terdiam sesaat, namun dia pantas menggeleng.

"Tak"

"Kalau dia goda aku,Kau kesah tak?"

"Tak"

"Kalau aku kiss dia? Kau kesah?"

"Tak" jawabnya sambil mengembungkan pipi. Cuba membuang imej jungkook dan wanita itu bermesra berdua didalam pejabat.

"Kalau aku--"

"Tak jungkook tak! Awak nak kiss ke nak peluk ke nak apa ke awak buatlah saya tak kesah" jeera memotong soalan jungkook.
Matanya memandang jungkook tajam sebelum menarik tangan jungkook menjauhinya.

Jeera melangkah turun daripada katil dan berlalu keluar. Panas pula hatinya bila terbayangkan jungkook bermesra dengan perempuan tu semalam.

Tahulah perempuan tu sexy Nak mam-- okey bulan puasa tak elok mencarut.

Rambut diikat secara messy bun dan dia mula memasak. Lagi cepat dia masak, lagi cepat jungkook boleh pergi ke pejabat. Jumpa buah hati kesayangannya yang sexy tu.

"Hey....." Suara jungkook menegur cuping telingannya. Jeera mengabaikan sapaan jungkook dan kehadiran dibuat macam tidak wujud.

"Kau marah aku ke?" Jungkook menyapa lagi, bukan dia tak sedar yang muka jeera sudah mencuka semacam.

Jeera hanya menggeleng. Menandakan tidak. Tetapi jungkook mengeluh.

Badan jeera dipeluk dari belakang, menghentikan perbuatan gadis itu serta merta. Mukanya disorok diceruk leher gadis tersebut.

"Aku gurau je lah" bisik jungkook.

"Awak gurau atau tak, saya memang tak kesah. Macam yang saya cakap malam tadi,tak lama lagi kita akan berpisah. Jadi awak boleh cari sesiapa je yang awak nak--"

Jeera berhenti bercakap apabila tubuhnya dipusingkan. Kini dia menghadap jungkook, jungkook memandangnya tajam.

"Boleh tak kau berhenti cakap pasal tu?" Akhirnya Jungkook membuka mulut. Mengejutkan jeera dengan suara yang meninggi secara tiba tiba.

"Tapi...awak jugak yang nak cerai--"

"Stop lah jeera, stop. Jangan cakap pasal benda tu lagi. Kau memang suka kan kalau aku jauh dari kau? Kau memang suka suruh aku pergi jauh dari kau. Fine then."
Jungkook berlalu pergi.

Meninggalkan jeera yang masih terkedu. Kenapa jungkook marah? Kenapa jungkook bersikap sebegini? Sikap jungkook makin membuatkan fikiran jeera bercelaru.

Tapi jeera cuba mengabaikan dan sambung memasak. Walaupun dia rasa tak sedap hati tapi..sedaya upaya cuba diabaikan perasaan tersebut.

Baru sahaja dia selesai memasak, jeera ingin berlari naik kebilik memanggil jungkook kerana dia pasti lelaki itu mesti ada disana.

Langkahnya terhenti sebaik sahaja matanya bertembung dengan iris coklat milik jungkook yang memandangnya kosong.

Jungkook menuruni tangga sambil memakai jam dipergelangan tangannya. Mengabaikan jeera yang berdiri dikaki tangga.

"Awak breakfast la dulu--" jeera mengetap bibir.

Jungkook hanya jalan melintasinya seperti dia itu tidak wujud. Tie diatas sofa diambil dan baru sahaja dia ingin memakai tie itu sendiri, jeera berdiri didepannya,ingin membantunya memakai tie.

Tangan jeera naik kekawasan tie tersebut tetapi jungkook pantas menepis tangan kecil tersebut.

"Awak kenapa ni?" Tanya jeera. cuba bersabar dengan perangai jungkook yang kejap baik dan lembut, kejap kasar dan dingin.

Jungkook tidak menjawab, malah dia keluar dari rumah tanpa bercakap apa apa dengan jeera. Makanan yang dimasak pun tak dijamah.

Jeera memandang pintu lama. Sebelum mengeluh. Air mata yang bertakung menitis setitik tetapi cepat cepat dilap dengan lengan bajunya.

Apa nak jadi ni jeera..? Semalam nangis..harini nangis..kenapa kau dah kembali lemah?

Dulu kau kuat sebab jungkook,
Sekarang kau lemah pun sebab jungkook.


_______
___________
________________

TBC-



Sapa tak vote aku sarung hoodie suga93 aku

Sapa tak vote aku sarung hoodie suga93 aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



(¬_¬)ノ

[OG] LET IT BE ME •^^• [jeonjungkook]Where stories live. Discover now