HUJ 1

645 87 63
                                    

Kelihatan seorang lelaki separuh baya laju berlari keluar daripada rumah dengan mencuba memegang kain pelikatnya yang hampir terlondeh kebawah

"Ustaz Jat!, kenapa ustaz berlari ni?"

"Diorang bukan manusia!"

"Siapa yang bukan manusia ni?setahu saya makhluk yang ada dalam rumah saya tu hanyalah makhluk yang bernama manusia, kalau yang lain tu belakang ceritalah"

"Tak bukan! diorang bukan manusia! manusia tak macam tu!"

"Apa benda ustaz ni? apa yang bukan manusia ni? ke ustaz yang bukan manusia?"

Daripada tadi ustaz itu berkata bukan manusia bukan manusia, apa yang dia ingin sampaikan pun tidak tahulah

"Dah dah aku taknak mengajar adik-adik kau lagi!"

Ustaz itu terus berlari meninggalkan Yoongi yang sedang cuba memproses apa yang berlaku sebentar tadi

"Apa benda ni? otak aku ni lama sangat nak proses, sumpah aku tak faham"

Yoongi menggelengkan kepalanya

Seseorang mencuit bahu Yoongi lembut

"Bang, kau kenapa? nampak pening je"

Soal lelaki yang mempunyai ketinggian yang lebih tinggi berbanding Yoongi

"Ustaz lari"

"Lari? agak-agaklah, ni ustaz yang keberapa dah ni, aku rasa yang ke dua puluh kot"

"Entahlah joon, penat aku nak fikir, otak nak fikir itu ini, peninglah"

Lelaki tinggi lampai yang bernama Namjoon itu hanya mampu menepuk bahu abangnya lembut

"Sabarlah, kita usaha cari ustaz lain, mana tahu ada lagi ke promote diri sendiri nak jadi ustaz kan?"

Yoongi mengangguk perlahan

"Yelah, dah jomlah masuk"

Namjoon menurut arahan Yoongi

--

"Kau tengok muka dia tadi? geli auch! AHAHAHAHAH"

"Ye weh, macam ni"

"Gelak sakan nampak?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Gelak sakan nampak?"

Mereka bertiga menoleh serentak ke arah gerangan suara yang mencelah kebahagiaan mereka

"Habistu? tak kan nak menangis?"

Jungkook bertanya dengan tenang

"Kau kan, kalau binatang warna pink tu ada instagram, kau boleh jadi close friend dia tau"

Kata Namjoon geram

Mereka hanya mendiamkan diri

"Apa yang abang joon nak sebenarnya ni? kitorang tak kacau abang joon pun"

"Eh eh kau! memanglah kau tak kacau aku, tapi kau kacau ustaz tu! kau tahu tak, aku dengan abang yoon dah ambil berapa ustaz untuk ajar korang mengaji? tahu tak?"

Mereka bertiga menggelengkan kepala

"Ha! korang tak tahu! nak dekat dua puluh orang ustaz tahu tak! aku dengan abang yoon bayar dengan duit bukan dengan air liur,

hargailah perjuangan kitorang ni!"

"Tapi, kitorang tak minta pun korang ambil ustaz untuk ajar kitorang mengaji"

Namjoon meraup wajahnya kasar

"Dey! korang bertiga ni kalau lancar baca Al-Quran tak apalah juga, ni Iqra' pun tak lepas lagi tahu, tak teringin ke nak khatam?"

Mereka bertiga mengangkat kedua belah bahu tanda tidak tahu

"Ya Allah! apa benda korang ni? semua budak teringin nak khatam, kenapa korang tak nak?"

"Tak tahu"

"Yang tak nak tu jenis tak nak dekat dengan Allah, teringin nak pergi jauh daripada tuhan"

Yoongi menyelit

"Mana ada kitorang kata tak nak, kitorang kata tak tahu"

"Sama jelah tu, aku ambil ayat tu sebagai tak nak"

"Tak tak! tak tahu tu tak tahulah, bukan tak nak!"

"Sama jelah!"

"Tak sama!"

"Yelah sama! ambillah semua! korang menang! ambil semua bawak masuk kubur!"

"Alah, tenanglah, janganlah koyak"

"Awal sangat nak koyak tu abang yoon"

Sindir mereka

"Kau koyak koyakkan aku, malam ni pergi makan makanan anjing jiran sebelah, jangan makan masakan aku"

Yoongi berlalu pergi menuju ke dapur

"Mana boleh makan makanan anjing! nanti kena samak!"

"Korang memang patut kena samak pun!"

"Kitorang halal bukan haram!"

"Dah diam! korang anak haram!"

"Weh! macam ni kan perangai abang?! tiada ciri-ciri abang yang baik!"

"Diamlah lahabau! tak ada kena mengena dengan ciri-ciri! pergi siap solat sekarang!"

Huru hara sungguh keluarga ini, tetapi harap sahajalah kekal hingga ke akhir hayat, jangan gelabah, mereka semua masih membujang, mahu mencuba nasib? doalah jawapannya

TBC

HANTU USTAZ JIN!! Where stories live. Discover now