Listen through earphone for different vibes
"Bang Yoon"
Yoongi memandang Jungkook yang memanggilnya tadi
"Hm? kenapa?"
"Mana Jim dengan Tae?"
"Diorang kata dekat aku, diorang pergi rumah kawan jap. Katanya balik petang ni"
"Oooh, em ustaz datang tak harini?"
Yoongi mengangkat bahunya tanda tidak tahu
"Taktaulah, tapi setau aku harini hari last dia mengajar korang kan?"
Jungkook mengangguk
"Tapi..aku macam terfikirlah, kenapa cepat sangat dia habis mengajar korang? tak sampai 2 minggu kot"
Jungkook menunduk
"Korang ada buat apa apa ke dekat ustaz tu?"
Tanya Yoongi hanya inginkan kepastian
Jungkook memandang Yoongi dan menggelengkan kepalanya
"Ta-tak, takdelah"
Yoongi memandang Jungkook dengan pandangan musykil
"Yekeee?"
Yoongi mengecilkan matanya yang asalnya memang dah kecil
"Yelah, ish kau ni"
Jungkook mula berpeluh
"Hm, okaylah"
Jungkook menghembus nafas lega perlahan lahan
"Weh bang, aku baru sedar sesuatu"
"Apa yang kau sedar tu?"
"Aku banyak buat salah dekat kau dengan abang Joon, aku minta maaf sangat sangat. Kitorang memang tak patut buat korang macam tu dulu. Korang dah susah payah jaga kitorang, tapi kitorang tak kenang budi. Aku minta maaf, aku belajar semua ni daripada ustaz Seokjin. Di-dia pandai mengajar"
Yoongi tersenyum
"Baguslah tu kalau kau dah sedar, lega sikit hati aku ni. Fikir senang nak jaga korang?! AHAHAHAHAHAH takdelah. Korang dah membesar dengan baik ni pun buat aku bersyukur. Korang bertiga baik je di mata aku, dah jangan nakal nakal lagi."
Yoongi berjalan menuju ke arah Jungkook dan memeluknya
Jungkook memandang Yoongi dengan pandangan terharu dan dia menganggukkan kepalanya
Jungkook membalas pelukan Yoongi
Inilah dia ingin rasakan
Kasih sayang
Kasih sayang keluarga yang dia impikan selama ni
Akhirnya dia rasa juga
Jungkook tersenyum
"Aku nak ambil telefon dekat bilik. Nak call abang Joon kau tu, daripada semalam tak balik balik "
"Okay" jawab Jungkook perlahan
Yoongi berlalu pergi masuk ke dalam biliknya
Dia menggapai telefon pintarnya yang berada di atas meja
"Bagi Jungkook jelah call"
Bukan apa, kalau Namjoon dengar suara Yoongi dalam talian. Nanti tak habis-habis dia membahan Yoongi
Maklumlah, bukan selalu diorang borak dalam telefon
Dah selalu jumpa depan-depan. Kalau call setiap hari, nanti muak dengar suara orang yang sama je
Dia membawa telefon pintarnya sekali untuk pergi semula ke Jungkook
Baru sahaja dia ingin melangkah pergi
Telefonnya berdering
"Baru mention dah call"
Yoongi melihat skrin telefonnya
Yoongi pun menekan punat hijau yang terpapar di skrin itu
"Hello Joon, asal kau call aku ni? aku baru nak call kau, lawaklah kau ni"
Yoongi tergelak
"Ni, ahli keluarga Encik Namjoon ke?"
Yoongi pelik
Kenapa suara Namjoon bertukar jadi suara perempuan pulak ni?
"Haah, ye. Saya abang dia, cik ni siapa? girlfriend adik saya ke?"
"Bukan, tapi-"
"Tapi?"
Yoongi mula rasa tidak sedap hati
Gadis di dalam talian itu menarik nafas dalam
"Encik Namjoon baru sahaja terlibat dalam kemalangan malam tadi, saya yang bawa dia ke hospital. Bila saya jumpa telefon ni, saya terus call encik. Mohon encik datang dengan segera, saya rasa keadaan Encik Namjoon makin kritikal"
Yoongi terkejut
Matanya terbuntang luas
Telefonnya yang elok pada genggamannya terlepas
Masa seakan berhenti
Yoongi berdiri kaku
Terkejut dengan apa yang didengarinya
"Encik Namjoon makin kritikal"
"Terlibat dalam kemalangan"
"Hospital"
Yoongi terus berlari keluar daripada biliknya
Dia menjerit memanggil Jungkook
"Koo! nanti bagitau Jim dengan Tae kita pergi hospital! JOM!"
Mereka bergegas menaiki kereta dan terus memecut pergi ke lokasi yang dituju
Adakah sejarah hitam mereka akan berulang kembali?
TBC-
![](https://img.wattpad.com/cover/217676019-288-k928406.jpg)
YOU ARE READING
HANTU USTAZ JIN!!
Fanfic[ season 1 = completed ] [ season 2 = coming soon ] "mimpi itu mainan syaitan." -buku ini direka ketika saya masih bersifat kebudak-budakkan lagi, jadi kemungkinan mempunyai ayat yang bercelaru dan memeningkan, maaf dipinta awal-awal, terima kasih ♡...