» 17 «

197 21 1
                                    

Beberapa bulan kemudian

Hospital Queen Werine

"Waniey, dapat tak info yang aku bagi kau tu?" Amy menyoal tanpa melirik kearah Waniey. Matanya tajam ke beberapa helaian kertas bercetak tentang pesakitnya.

"Dah dapat. Thank you." Dia tersengih sambil matanya meliar ke seluruh kafeteria pekerja. Cantik dan minimalist, aesthetically white dengan perabot emas yang menyerlah.

"Yoo." Suara Athiyah muncul seraya mengambil kerusi diantara Waniey dan Amy. Kot putih yang menutup baju biru menandakan dia baru saja siap menjalankan pembedahan.

"Aku tak faham dengan senior Dina yang sibuk cakap aku tak pandai dalam bilik pembedahan. Dia fikir aku tak dapat jadi ketuai pembedahan ke?" Athiyah meluah lalu menghempas penutup mulut yang berwarna biru.

"Laa, aku fikir aku sorang je yang rasa." Waniey mengangguk, mengiyakan memandangkan dia pun turut terjebak dalam masalah dengan Dr. Dina.

"Dia dengan aku okey je."

Waniey dan Athiyah mencebik, menyampah pulak.

Ni tak lain dan tak bukan, mesti nak bangga diri sebab dia dah jadi fellow kelas keempat.

"Sebab kau senior dia."

Amy tersenyum bangga seraya menghirup tin nescafe lalu mengangkat sebelah keningnya.

Amy awal bekerja di situ berbanding Athiyah dan Waniey. Jadi, tak mustahil Amy faham perangai doktor atasan di situ.

** Ni mesti terkena virus Romantic Doctor, Teacher Kim **

"Eh dahlah, aku ada temu janji dengan pesakit aku. Apa-apa, roger ek?" Waniey terkonco-konco menghabiskan airnya lalu berlari anak, meninggalkan Amy dan Athiyah di situ.

Ting! Ting!

Amy melirik kearah telefonnya lalu berdiri, "Aku kena roger dulu." Pamitnya dan meninggalkan Athiyah yang memahami situasi rakannya.

Rasanya tahun depan akan menjadi tahun paling sibuk sebagai fellow tahun ketiga.

"Dr. Athiyah."

Athiyah mencebik saat mendengar suara tersebut. Huh, kalau figura ini nak mengapi-apikan perasaannya, senang je penumbuk ni masuk ke muka.

"Awak buat apa sini? Tak tengok pesakit awak ke?" Dr. Dina menyindir sambil memeluk tubuh.

"Maafkan saya doktor, dia bukan pesakit saya. Dia pesakit doktor dan saya cuma pembantu pertama. Jadi, bukannya doktor ke yang sepatutnya pergi situ?" Athiyah membalas lalu menjungkit kening.

"Ehh, awak yang menyebabkan saya buat silap dalam pembedahan dan awak cuba menyalahkan saya ke?" Dia menaikkan nada suaranya, geram melihat reaksi juniornya yang selamba.

"Doktor, jangan salahkan saya kalau doktor kena bebel dengan general. Doktor sendiri yang pilih live surgeon dan saya cuma membantu berhentikan pendarahan. Jangan guna skalpel kalau tak mahir surgeon." Athiyah mengejek kemudian beredar dari situ.

Heh, salah sendiri sebab terburu-buru dapatkan nama dengan cara yang salah. Tak pasal-pasal peluang terjatuh kearah Athiyah.

» 6G : Queen's Love 💐 «

Evs' Fairy Holdings

"Good morning, ma'am."

[S3] QUEEN'S LOVE ✓Where stories live. Discover now