» 19 «

421 17 1
                                    

"pa, duduk lah dulu." Athiyah memujuk Tuan Beckham yang mundar-mandir di depan bilik perbedahan.

"Papa bukan apa, kalau apa-apa jadi kat dalam macam mana?" Beliau menjawab tergesa-gesa sambil meraut rambut depannya ke belakang.

Fuhh, usia dah tua pun masih hensem.

Usia Puan Sofea yang tidak selamat untuk melahirkan seorang bayi membuatkan beliau mengambil keputusan untuk pembedahan caesarean.

"Pa, pa, bayi lelaki ke perempuan?" Sempat Eva mengambil peluang untuk menyoal rahsia yang tidak ingin diketahui umum oleh kedua ibu bapanya.

"Urm, macam bayi lelaki. Mama cakap dia nampak burung merpati."

Jawapan Tuan Beckham yang kedengaran polos membuatkan 6G menahan gelak.

Wah, tak sangka burung merpati pun ikut lahir di dalam rahim Puan Sofea sekali.

"Wah, tahniah tahniah."

Tuan Beckham memandang anak-anak angkatnya beberapa saat sebelum duduk bersebelahan dengan Amy.

"Kamu semua ni—"

Satu persatu ditunjuk.

"—dah ada isi ke?"

"Uhuk!" Drastik keenam-enam wanita itu terbatuk dek terkejut mendengar soalan daripada ayahnya. Biarpun sebagai anak angkat, tak salah kalau cucu sama usia seperti anak sendiri.

Allen dan rakan-rakannya yang mendengar, berkerut curiga. Wajah isteri mereka ditenung lama.

Mana taulah betul, dapat jugak jadi ayah.

"Apa pulak?" Athiyah tergelak pura-pura sambil menampar lengan Allen yang tersandar di belakang kerusi milik isterinya.

Namun matanya langsung tidak bergerak naik demi membalas pandangan mata Allen ketika itu.

"Ohh, mana tau." Tuan Beckham kembali mengambil perhatian ke pintu bilik pembedahan. Tempoh 1 jam 30 minit terasa lama berlalu.

"Betul ke sayang?" Daniel menyoal, automatik mendekatkan telinganya ke perut Dayyan.

"Ish, tepi!" Kepala sang suami ditolak sebelum badannya teralih membelakangi tubuh suaminya yang terpinga-pinga pelik.

"Mummy?" Eva sekadar tersengih selepas mendengar panggilan Emir.

"Honey, are you hide a secret from me?" Rifqi menarik dagu Amy ke atas, mahu gadis itu berani membalas tatapannya seperti selalu.

Namun itu sebaliknya.

Aik, mana wajah para gadis yang berani membalas tatapan suami sendiri? Mana tatapan garang dan bengis si isteri?

Hilang hanya disebabkan satu soalan curious daripada Tuan Beckham sendiri!

Lain kali kena belajar teknik savage Tuan Beckham ni. Tak jugak kalah perdebatan dengan isteri.

"Kamu semua tak lapar ke?" Soalan Tuan Beckham laju dibalas dengan anggukan 6G seraya mereka berenam memegang perut masing-masing.

"Pergilah dulu, nanti kalau mama dah keluar, papa call."

» 6G : Queen's Love 💐 «

Athiyah terkonco-konco mengikut pergerakan Allen yang laju menarik tangannya menuju ke parking kereta bawah tanah.

Apabila kunci kereta dibuka, Allen membawa tubuh isterinya ke tempat duduk penumpang. Namun sebelum Athiyah diberi kesempatan untuk masuk, tiba-tiba laluannya dihalang.

[S3] QUEEN'S LOVE ✓Where stories live. Discover now