Monyet! Hantu! Keliwon! Patutlah aku ajak teman aku study hari ni dia kata tak boleh. Rupanya dia pergi keluar dengan perempuan tu! Nasib baik hari ni aku keluar lambat sikit. Dah Tuhan nak tunjuk, masa aku jalan nak turun bawah, nampak pulak dia ambik perempuan tu kat tempat parking! Mesti dia ingat aku dah ada kat library masa tu. Tak guna betul!
"Yo. Apahal lu?" Oh opah kau meletup! Cisss...terkejut aku. Bila masa pulak lah si Ben ni tiba-tiba muncul?
"Kau ni buat aku terkejut ajelah. Kau dari mana?"
"Aku dari bilik. Asyik membuta aje..aku datanglah sini cari kau. Aku tau kau mesti ada kat sini punya. hehehe."
"Cis. Kau ni sehari tak mengacau aku study tak boleh ke? Semak lah!"
"Oo sampai hati cakap aku semak eh..yelah aku ni semak." Ek eleh...merajuk pulak mamat ni!
"Hehe..aku gurau ajelah. Kau ni sejak bila jadi sensitif? Aku belasah kang."
"Ah sudah kau. Nak pujuk aku kena belanja roti nan 3 keping. Kalau tak, boleh jalan!"
"Tak habis-habis dengan roti nan. Kalau macam ni kau kena cari anak mami lah buat bini! hahaha." seronok tengok si Ben ni memuncung. Nak tergelak aku dibuatnya. Tengah marah pun boleh jadi tak marah. Ben..Ben..taktau lah macam mana kalau kau takde dalam hidup aku.********************
Petang tu, aku ke mapley dengan Ben macam biasa. Dah jadi rutin dah. Kalau tak pergi mapley tu makan roti nan memang tak sah. Aku bukannya suka sangat pun. Memandangkan si Ben ni suka sangat, aku temankan ajelah. Boleh jugak pekena teh tarik satu gelas besar. Entah apa mamak ni bubuh dalam teh tu aku taktaulah. Sedap sangat!
"Beb..aku nak tanya sikit boleh tak?" pertanyaan Ben secara tak langsung mengganggu konsentrasi aku menikmati kesedapan teh tarik mamak. Bikin spoil...
"Apa hal?"
"Aku tengok kat library tadi muka kau macam singa mati bini. Kau naik angin pasal apa ha?" macam biasa Ben akan bertanya straight to the point. Takde tapis-tapis langsung.
"Kau sibuk nak tau apasal?"
"Saja je. Aku kan busy body. Cakap lah beb..apahal kau? Stephen lari tinggalkan kau ke??"
Muka aku tiba-tiba berubah bila dengar nama tu. Terus merona merah macam udang kena bakar! Kenapa lah tiba-tiba si Ben ni pergi sebut nama mamat tu masa mood aku tengah baik. Arrrghhhhhh tekanan sungguh!
"Kau jangan sebut nama dia boleh tak? Aku tak suka!" mood aku tiba-tiba berubah menjadi buruk seburuk-buruknya. Takde yang lebih buruk daripada mood aku sekarang ni!
"Kenapa pulak ni? Kau gaduh dengan Stephen ke? Aku tengok elok je korang semalam.."
"Okay, that's enough! Aku taknak dengar apa-apa lagi, okay? Dahlah aku nak balik. Kau bayar dulu.Esok aku bayar balik!"
Aku terus meninggalkan Ben terpinga-pinga kat situ. Saja aku buat macam tu biar dia tau aku tengah bad mood. Lagipun aku taknak bergaduh dengan Ben semata-mata disebabkan Stephen. Boyfriend yang kononnya baik sangat tu. Depan aku punyalah baik macam pijak semut tak mati tapi kat belakang... Damn it!
**********************
Malam yang sungguh boring. Perut aku lapar nak mampus. Nak keluar makan macam malas sebab tengok kat luar macam nak hujan. Nak call Ben tapi aku macam segan pulak. Dah lah petang tadi aku blah macam tu aje tinggalkan dia kat mapley tu. Mesti dia tengah marah kat aku..
Tiba-tiba handphone aku menjerit. Aku mengerling ke arah skrin handphone. Dah agak dah sapa yang call. Malas aku nak angkat! Sampailah bunyi tu akhirnya terhenti sendiri.
Tak lama selepas tu sekali lagi handphone aku berbunyi. Apa lagilah mamat ni nak. Dah aku tak angkat tu faham-fahamlah yang aku taknak cakap dengan kau! Heeeeeeee...
Tiba-tiba bunyi mesej whatsapp pula masuk. Dah agak dah mesti dari dia!
Dear, kenapa you tak angkat phone?Dear kepala hotak lu lah! Arrrghhhh geram betul aku dengan mamat pijak semut tak mati ni! Kau tak payah berlakon lagi boleh tak??
Aku tak balas pun mesej dia. Lantaklah!
Tak lama lepas tu dia call pulak lagi. Aku malas angkat! Sampai lah 10 missed calls. Aku biarkan aje. Hati aku ni tengah pedih! Sakit!
Dear, what happened? I call you tak angkat. I whatsapp pun u taknak balas. Why?
Aku terus matikan handphone! Tido lagi baik walaupun perut aku ni lapar Tuhan saja yang tau. Berbunyi-bunyi cacing kerawit dalam perut aku ni..Aduh...sungguh aku terseksa! Ben..apa lah yang kau makan malam ni eh? Menyesal lah bergaduh dengan kau! Huwaaaaaaaaaaaaa..
****************
"Ben, sorry lah pasal semalam. Mood aku tak berapa baiklah..Kau marah aku tak?" aku tak lepas peluang menegur Ben sebelum kuliah Dr Hafiz mula. Dari malam tadi hati aku rasa tak sedap. Lagipun Ben lah satu-satunya kawan aku kat kampus ni.. Kalau gaduh dengan dia aku nak kawan dengan siapa?
"Takpelah. Aku faham." jawab Ben bersahaja.
"Kau marah eh? I'm sorry..! Nanti aku belanja kau makan roti nan eh?" kataku sambil buat muka kesian dengan harapan Ben akan maafkan aku.
"Yelah..yelah. Kau tu memanglah. Pandai aje nak pujuk aku!" kata Ben sambil tersenyum. Lega sangat aku rasa!
Tiba-tiba satu mesej whatsapp masuk..daripada dia!
Meet me at the library at twelve. I'll wait for u there.
Aku terus tekan delete. Biarkan. Malas aku nak layan! Dia ingat aku apa? Bodoh? Ingat aku taktau dia curang dengan aku? Cuma aku belum kantoikan dia aje. Takpe..kau tunggu nanti!
Habis je kuliah Dr Hafiz, aku terus keluar dari Dewan Kuliah 1 tu. Ingatkan nak ke library tetapi memandangkan mamat tu tunggu aku kat sana, malas aku nak pergi! Biarlah..petang sikit baru pergi. Ingat nak ajak Ben pergi lunch tapi dia ada hal lah pulak.. So, aku pergi sendiri ajelah nampaknya..
"Kate!" sedang aku berjalan, tiba-tiba dengar satu suara. Aku tersentak mendengar suara tu.. Siapa lagi yang memanggil aku Kate kalau bukan dia! Woi nama aku Siti Khatijah lah bukan Kate! Macam mana lah mamat ni boleh muncul kat luar dewan kuliah pulak ni! Bukan kata nak tunggu kat library ke tadi?
Aku menghayunkan kaki lebih laju tanpa menghiraukan dia. Tapi dia lebih pantas mengejar aku. Dia tarik tangan aku..
"Kate..wait. Where are you going?"
"Somewhere. I nak cepat ni, i ada hal."
"Hal apa? kan i asked you to meet me at the library at this time?You nak kemana pulak?"
"Somewhere lah."
"Yelah. Somewhere tu mana? Bukan time macam ni you hanya akan ke library cari buku aje ke?" katanya sambil tersengih. Nak melawak dengan aku konon. Pigidah...
"Hari ni i ada hal."
"Okay fine. At least tell me about it. Where are you going, actually? Cakaplah. I boleh temankan you as usual."
"No thanks. I boleh pergi sendiri."
"Kate..What's going on? I ada buat salah kat you ke? You macam mengelak dari i. Malam tadi i call pun you tak angkat. mesej i pun you tak balas. Why? Did i do something wrong?"
Tengok..mula dah sandiwara...Kau ingat aku ni bodoh sangat ke ha apek? Kau fikir aku ni budak noob ke kau boleh main kelentong ikut sukahati kau?
Aku terus angkat kaki dari situ. Meninggalkan dia yang bermuka blur terus blur kat situ. Padan dengan muka kau! Ingat aku apa?
"Kate!" dia terus memanggil tapi aku terus-terusan tak menghiraukan!
YOU ARE READING
Nostalgia Cinta Gila
Romance*Ini cubaan pertama aku menulis 10 tahun yang lalu. Cerita berkisarkan cinta budak universiti. Terberhenti sekejap atas sebab-sebab tertentu. Akan disambung balik sampai habis, inshaAllah. Ada beberapa istilah dan perkara atau tempat-tempat yang te...