BAB 6

27 1 0
                                    


Sekejap sangat dah hari Jumaat. Rasa macam masa makin pantas pulak berlalu. Padahal satu minggu masih lagi tujuh hari. Satu hari masih lagi 24 jam! Entahlah..mungkin perasaan aku aje kot. Lagipun tahun ni tahun sibuk bagi aku. Maklum lah dah final year. Sibuk itu wajib!

Aku lunch kat bilik aje hari ni. Tak pergi mapley macam biasa. Setiap hari Jumaat macam ni lah rutin aku. Nak pergi kafe aku memang malas. Lauk tak sedap! Lagipun tekak aku dah terbiasa makan lauk mamak kat mapley tu. Ni semua Ben punya pasal. Hari-hari ajak aku makan situ. Entah apa yang sedapnya roti nan tu entah! Aku rasa biasa aje. Yelah, tekak masing-masing. Selera setiap orang bukannya sama. Nasib baik lah lauk-pauk kat situ sedap. Cuma hari Jumaat aje tak pergi lunch kat situ sebab Ben sibuk bersiap nak pergi solat Jumaat. Jadi dia makan kat kafe kolej dia aje. Aku pulak, memang malas nak makan kat kafe kolej aku ni sebab lauk tak sedap. Tekak aku tak lalu nak telan. Bukan sebab apa..aku ni tang makanan memang memilih sikit. Kalau dah tekak aku rasa tak sedap sekali, gamaknya memang aku takkan pergi makan kat situ dah lah lain kali.

Jadi, demi mengisi perut yang bunyinya dah macam bunyi kompang ni, aku makan ajelah mee megi. Kalau tak megi, bihun PAMA pun jadi. Dua benda ni jelah yang aku makan setiap hari Jumaat waktu lunch. Kalau nak dikutkan boleh aje aku start skuter pink aku tu pergi makan kat kedai makan area Fasa 1 tu. Tapi aku malas. Bosan keluar sorang-sorang. Pastu makan sorang-sorang kat kedai. Memang lah paling aku tak suka. Paling tidak pun aku akan makan dengan Ben. Takpun dengan Stephen. Tapi sejak dah putus dengan Stephen ni aku selalu makan dengan Ben jelah. Aduhai...dah naik muak pulak aku makan megi kari ni. Kan best kalau dapat balik rumah. Boleh suruh mak masak apa aku nak makan. Boleh suruh mak masak sambal udang. Makan dengan nasi dan ikan pekasam. Memang sedap! Tapi sayangnya aku tak dapat balik jugak minggu ni. Nak kena siapkan bab 4 tesis aku. Dah janji dengan Dr Alifi nak hantar Selasa depan! Huwaaaaaaaa mak..Ja nak balik!

********************

Petang tu Ben ajak aku tengok orang main ragbi kat padang ragbi sebelah kolej aku. Aku tak pergi pun sebab takde mood. Lagipun aku kena cari bahan rujukan tambahan untuk siapkan Bab 4 tesis aku kat library. Kalau boleh Ahad ni aku nak siapkan terus bab 4 tu. Malaslah nak tangguh-tangguh kerja. Lagipun aku bukannya jenis 'burung hantu'. Aku tak reti nak berjaga sampai lewat malam untuk siapkan kerja-kerja aku. Apatah lagi nak bersengkang mata sampai ke pagi! Memang aku tak pandai. Aku lebih suka siapkan kerja di waktu siang. Kecualilah kalau aku ada kelas pada waktu tu. Memang terpaksalah buat kerja pada waktu malam. Itu pun paling lewat sampai pukul 11.00 aje! Lewat dari tu memang aku tak mampu..Silap haribulan aku tertidur atas meja studi! Mata aku ni manja sikit. Dah terbiasa tidur awal. Tapi bangun pada esoknya takdelah awal pulak. Paling awal pun 6.30 pagi!

Aduh! Tiba-tiba aku terasa kaki kananku dipijak. Aku terjerit kecil. Gila sakit!

"Err sorry! Saya tak sengaja." aku menoleh ke arah suara itu. Mak oi..tinggi gila mamat ni. Tegap pulak tu. Patutlah sakit kaki aku dipijaknya!

"It's okay." kataku lalu mengalihkan semula pandangan ke arah buku-buku yang tersusun di rak tersebut. Tak lama selepas tu mamat tu pun berlalu dari situ.

Sedang aku leka membelek-belek buku rujukan di rak tersebut, tiba-tiba aku terpandang satu dompet kulit berwarna hitam. Betul-betul tepi buku yang baru hendak kucapai. Entah-entah mamat tadi tu yang punya! Aku terus mencapai dompet hitam itu. Aku bukak. Kelihatan kad matriks yang terpapar wajah mamat tadi. Sah memang dia punya! Aku letak semula dompet tersebut di atas rak. Tiba-tiba aku buntu tak tahu nak buat apa. Nak buat-buat tak nampak dan biarkan saja dompet tu kat situ tak baik lah pulak. Karang kalau orang tak bertangungjawab yang jumpa, tak pasal-pasal kena kebas pulak dompet mamat tu. Rasa serba salah jugak aku! Baik aku ambik dompet tu dan bagi kat kaunter. Biar librarian tu announce suruh tuan punya dompet ambik balik dompet dia.

Baru aku nak ambik balik dompet tu, tiba-tiba terasa macam satu kelibat berdiri di sebelah aku. Mamat tadi!

"Do you mind?" dia bersuara lalu terus mencapai dompetnya yang tertinggal di rak buku tersebut. Aku hanya tersenyum lalu berganjak ke tepi sedikit.

"Nasib baik tak hilang. Cuai betul saya." katanya lagi sambil tersenyum padaku.

Huh..tak tanya pun!

"By the way, saya Mukhriz. Syed Mukhriz." katanya sambil tersenyum lagi. Kali ini senyumannya lebih lebar dari tadi. Mak oi sweetnya!

Aku turut membalas dengan senyuman. Sedikit hambar. Tapi tak kisahlah..asalkan aku senyum lah jugak. Aku ni bukanlah sombong sangat..

"Nama awak?" dia bertanya lagi.

Belum sempat aku menjawab, tiba-tiba handphone aku berbunyi. Agak kuat jugak. Nasib baiklah aku cepat-cepat menekan button silence. Kalau tidak, tak pasal-pasal aku kena sound tak reti nak silent handphone dalam library. Aku bukannya sengaja pun. Aku betul-betul terlupa! Cepat-cepat aku berlalu ke luar dari perkarangan aras 4 tersebut dan menuju ke arah tangga. Secara tidak langsung terpaksa meninggalkan Syed Mukhriz!

Aku melihat ke skrin handphone. Terpapar satu nombor yang tidak dikenali..Aku terus menekan button answer..

"Hello?"

"Stupid! Stay away from Steve!"

Aku tergamam serta-merta!

Nostalgia Cinta GilaWhere stories live. Discover now