Amat sukar untuk percaya akan segala perkara yang dah terjadi dalam hidup aku. Semuanya berlaku begitu pantas! Pertama, aku akhirnya mempunyai seorang teman akrab seperti Ben. Kedua, bertemu secara tidak sengaja dengan Stephen dan jatuh cinta. Ketiga, putus cinta secara mengejut dan mengalami gangguan perasaan sehebat ini!
Kalaulah masa boleh diputar, sungguh aku tak ingin bertemu dengan Stephen! Kalau aku tak bertemu dengan dia, hati aku takkan terluka seteruk ini. Takkan ada sakit hati, takkan ada gangguan perasaan. Hidup aku pasti takde gangguan dari sesiapapun. Mesti aku akan gembira hanya berkawan dan menghabiskan sisa-sisa kehidupan di kampus dengan teman sejati macam Ben. Tak mungkin ada gangguan dari orang lain!
Perbualan dengan 'perempuan gila' tempoh hari masih terngiang-ngiang di telinga aku...
"Who is this?" aku bertanya secara baik.
"You know who i am! Stay away from him!" Klik!
What the hell? Tiba-tiba call aku suruh jauhkan diri dari Stephen! Tak pasal-pasal panggil aku bodoh pulak tu. Gila punya perempuan. Bila masa pulak lah aku ganggu si Stephen tu. Bukan aku terhegeh-hegeh pergi cari dia! Dia yang selalu datang cari aku!
Dalam kepala aku ni hanya ada satu nama - Sally! Memang tak syak lagi. Siapa lagi kalau bukan dia. Taktau lah kalau Stephen ada perempuan lain selain dia. Memang mencari nahas betul perempuan ni. Kau ingat aku terhegeh-hegeh sangat ke nakkan Stephen tu? Aku tak hingin lah! Sedap mulut aje cakap aku ganggu dia. Padahal kau tu sebenarnya yang bodoh! Kau tu yang rosakkan hubungan aku dengan dia!
"Hello beb.." panggilan dari Ben mematikan lamunan aku.
"Hello.." ringkas aku menjawab.
"Kau okay ke ni? Kenapa dari semalam kau macam mengelak je dari aku?"
"Mana ada aku mengelak. Aku busy lah." jawabku, cuba berdalih. Memang aku sengaja menjauhkan diri dari Ben sejak semalam. Kepala aku serabut! Aku dah taknak libatkan Ben dalam masalah aku. Aku dah selalu sangatkan susahkan dia.
"Kau toksah nak kelentong aku lah. Ni mesti pasal Stephen kan? Dia kacau kau lagi ke?"
"Eh takdelah. Mana ada.. Aku okay aje ni. Cuma aku busy sikit aje. Sorry lah kalau kau rasa aku macam mengelak dari kau." aku terus berbohong.
"Yelah tu..Kalau kau tak mengelak dari aku, jom teman aku makan. Dah dua hari tak keluar makan sama. Rindu pulak nak makan dengan kau. hehe."
"Cehh...kau tu bukannya rindu nak makan dengan aku. Kau rindu nak aku belanja kau kan??"
"Ha...pandai pun kau. Ingat tak faham-faham tadi! Hahaha"
Aku tergelak mendengar kata-kata Ben. Sengal!
*****************
Sedang aku dan Ben berjalan menghampiri mapley, tiba-tiba tersengar suatu suara memanggil aku..
"Kate.." aku tersentak mendengar suara itu. Serentak aku dan Ben menoleh. Stephen!"You nak apa lagi ni Steve?" tanyaku perlahan.
"I have something to discuss with you."
"Mana you tau i ada kat sini?"
"I follow you tadi."
Jantungku bagai tersentap mendengar jawapan itu! Sejak bila pulak lah mamat ni pandai jadi stalker?
"Beb..aku masuk dulu la. Aku orderkan kau macam biasa eh?" Ben tiba-tiba mencelah. Aku hanya mengangguk. Ben kemudiannya berlalu memasuki mapley meninggalkan aku dan Stephen yang masih di situ. Aku hanya memandang kelibat Ben berlalu. Pandanganku kemudiannya teralih ke arah Stephen.
"So, you nak discuss apa lagi?" tanyaku ringkas. Dalam hati, hanya Allah yang tahu betapa meluatnya aku memandang wajah itu!
"About us. Where do we go from here.." jawabnya perlahan.
"About us? Are you kidding me?? Kan i dah jelaskan aritu. I dah taknak ada apa-apa hubungan lagi dengan you!" kataku tegas.
"Kate, please..give me one more chance. I janji i takkan buat benda tu lagi dengan Sally..or with any other girls. I promise..please?" dia cuba merayu.
"You ni kenapa susah sangat nak faham eh? I'm done with you! Dahlah, I nak pergi makan lah! You pergi baliklah!" aku terus berjalan laju meninggalkan dia di situ.
"Kate...wait!"
Aku tidak menghiraukan panggilan dia. Langsung aku tak menoleh ke arah dia. Dengan harapan dia akan segera pergi dari situ!
Aku segera mendapatkan Ben dan melabuhkan punggung di kerusi makan. Terus aku menyedut milo ais yang dipesan oleh Ben untukku.
"Apahal lagi mamat tu?" Ben bertanya.
"Entah lah dia tu. Tak faham bahasa! Dah aku taknak tu dahlah. Tak habis-habis nak pujuk aku lagi. Pergilah cari amoi gedik tu! Pergi lah tidur dengan dia!"
"Hah?? Woi beb..apa cerita ni?? Apasal aku macam taktau je?" buntang mata Ben mendengar aku merungut.
"Aku saja malas nak cerita kat kau.."
"La...apa cerita sebenarnya ni? Cuba kau story betul-betul.."
"Dia kata perempuan Cina aritu tu bukan awek dia. Dia keluar dengan perempuan tu sebab nafsu aje. Kira macam skandal je."
"Bila dia cerita kat kau?"
"Aritu masa yang aku keluar dengan dia lepas kita lunch kat bakeri tu la. Yang kau tanya aku pergi mana dengan dia tu..Masa tu lah dia cerita."
"Dia bawak kau pergi mana masa tu?"
"Dia nak bawak aku jumpa kakak dia kat Shah Alam. Kononnya nak buktikan yang dia betul-betul serius dengan aku. Masa tu jugak lah dia explain everything tentang dia dengan amoi tu.."
"Cis. Macam tu punya jantan pun ada. Habis tu apa kau cakap? Kau pergi lah jumpa akak dia?"
"Tak. Aku suruh dia hantar aku balik hostel balik. Malaslah aku. Dia ingat aku ni apa. Nak bercinta dengan aku, tapi sesukahati je nak tidur dengan perempuan tu. Sakit hati aku ni!"
"Biasalah tu beb..dia Cina. Sedangkan jantan Melayu pun banyak yang tak boleh pakai sangat zaman skang ni..apatah lagi yang bukan. Dia tau dia tak dapat dengan kau..dia pergi lah cari perempuan lain untuk tu."
"Hmm..tu lah pasal."
"Sabar jelah beb..tu lah risiko bercinta dengan bangsa asing ni..Dahlah..tak payah fikir lagi. Tabahkan hati tu. Tu lah, sapa suruh kau kapel dengan mamat cina. Kan bagus kalau kapel dengan aku aje. hehehe"
Terus aku tergelak!
"Ha...gelak pun. hehehe. Dahlah tu beb. Tak payah fikir lagilah pasal mamat tu. Bukan mati pun kalau takde dia."
Aku hanya tersenyum. Niat untuk bercerita tentang panggilan dari Sally terhenti tiba-tiba. Betul kata Ben..tak payah fikir dah pasal benda tu..
YOU ARE READING
Nostalgia Cinta Gila
Romance*Ini cubaan pertama aku menulis 10 tahun yang lalu. Cerita berkisarkan cinta budak universiti. Terberhenti sekejap atas sebab-sebab tertentu. Akan disambung balik sampai habis, inshaAllah. Ada beberapa istilah dan perkara atau tempat-tempat yang te...