Petang esoknya, usai solat Zohor di surau library, aku cepat-cepat balik ke fakulti atas tujuan berjumpa dengan Dr Alifi. Jam menunjukkan pukul 1.50 petang. Tinggal lagi 10 minit nak pukul 2.00 petang. Tak sabar rasanya nak ambil semula Bab 5 tesis aku dan perbaiki. Sebenarnya aku rasa tertekan lah jugak sebab awal-awal hari tu tak ada masalah sangat pun tesis aku tu. Kali ni macam-macam pulak masalahnya. Ini tak lengkap, itu tak lengkap. Pening jugak kepala aku!
Tepat pukul 2.00pm, aku terus tercegat depan pintu bilik penyelia tesis aku yg cerewet tu. Cepat-cepat aku ketuk pintu bilik beliau dan bagi salam. Terdengar macam suara beliau dari dalam. Terus aku pulas tombol pintu dan masuk..
Dr Alifi seakan terkejut melihat kelibat aku.
"Yes Khatijah? Any problems?" tanyanya sambil memandang aku.
"Er..semalam Dr minta saya datang pukul 2.00pm ambik balik bab 5 tesis. Jadi, saya datang ni nak ambik balik."
"Saya minta you datang ambil balik bab 5?"
"Aah. Kan semalam Dr cakap dalam emel.."
"Are you sure? Saya tak hantar any emails pd you pun yesterday."
"Habis tu..pasal bab 5 tesis saya tu.."
"Bab 5 tesis you tu saya belum habis semak lagi."
"Eh...habis tu siapa yg hantar email tu kat saya semalam? Sy ingatkan Dr sebab emel tu dihantar guna email address Dr."
"Eh betul ke ni? you tak silap pandang ke?"
"Betul Dr..mmg dr Dr. Dalam emel tu Dr komen about bab 5 tesis sy. Dr suruh lengkapkan step nak selesaikan differential equation tu. So Dr suruh sy datang jumpa Dr hari ni untuk ambik balik bab 5 tu."
"Really? Pelik ni. Sy memang belum habis semak lagi bab 5 you. Macam mana pulak saya boleh send email pada you pulak. Hmm..it's okay lah. you balik dulu. Bila saya siap semak nanti saya inform."
"Kalau gitu takpelah Dr. Terima kasih."
Aku cepat-cepat keluar dari bilik Dr Alifi. Pelik. Memang sangat pelik. Kalau bukan Dr Alifi yg hantar emel tu kat aku. Siapa pulak yg hantar? Guna email address orang tua tu pulak tu! Sangat pelik!
Adoi! Tiba-tiba bahu aku dirempuh.
"Er sorry. I tak sengaja."
Aku segera menoleh ke arah muka si empunya suara yg meminta maaf.
"It's okay." balasku ringkas. Si empunya suara terus tersenyum.
"Macam mana tadi? Dah ambik dah?"
Macam mana tadi? Dah ambil dah? Apahal pulak mamat ni? "Err..awak cakap apa ye?"
"I mean, your Chapter 5. Dah ambil?"
"What? How did you know about my Chapter 5??"
"Sebab i baca dalam inbox papa i." ujarnya lagi sambil tersengih.
"What??!" aku terus melopong kat situ!
"Hehe..sorry. I tak sengaja terbaca. Terkomen sekali." dia masih lagi tersengih-sengih!
Pang! Dengan tak sengaja aku menampar muka mamat tu! Aku taktau kenapa tangan aku boleh naik ke muka dia. Sekelip mata je benda tu jadi. Gila..
Belum sempat dia cakap apa-apa, aku cepat-cepat angkat kaki meninggalkan dia di situ. Gila betul tindakan aku! Berani betul aku tampar anak lecturer eh? Anak penyelia tesis aku sendiri pulak tu! Memang gila! Kalau dia bagitahu bapak dia macam mana?? Ah lantak dia lah! Siapa suruh dia cari pasal dengan aku!
*******************
Petang tu aku keluar pergi pasar malam dengan Ben. Dah lama tak pergi ke pasar malam fasa 1 tu. Rindu pulak nak makan char kuey teow kegemaran aku. Ben pulak pantang diajak. Setuju aje dia. Lagi-lagi pasal bab makan macam tu. Memang dia takkan menolak punya. Suasana kat pasar malam tu agak membingitkan telinga. Bising! Orang pun dah mula ramai sebab dah pukul 6 lebih. Selalu aku pergi pukul 5.30 petang takde lah ramai sangat.
"Beb..aku tengok muka kau lain macam sikit hari ni kenapa eh?" Ben tiba-tiba bertanya ketika mata masing-masing tengah melilau mengintai makanan yg ada di gerai-gerai sebelah kiri dan kanan kami.
"Ha? Ye ke..Takde apalah. Aku orait aje."
"Yelah tu. Kau tu kadang-kadang mulut cakap lain. Hati cakap lain.."
"Hisy..pandai-pandai je kau ni."
"Ha..tengok..muka kau dah lain. hehehe. Apsal kau ni beb?"
"Kau ni kan..pandai aje nak psycho aku tau tak. Nyampah ah."
"Hehe..tau takpe."
"Nanti lah aku cerita. Sekarang jom cari kaki ayam goreng dulu. Lapar ni!"
"Baik bos."
Sedang mata aku melilau mencari kedai jual ayam goreng, tiba-tiba aku terpandang satu wajah. Wajah yang aku suka sangat tengok di suatu ketika dulu! Dan di sisi yang empunya wajah tu, jelas kelihatan seorang perempuan Cina. Siapa lagi kalau bukan amoi gila tu.
Tak guna betul. Macam mana lah boleh ternampak pulak makhluk dua ekor ni kat sini!
YOU ARE READING
Nostalgia Cinta Gila
Romance*Ini cubaan pertama aku menulis 10 tahun yang lalu. Cerita berkisarkan cinta budak universiti. Terberhenti sekejap atas sebab-sebab tertentu. Akan disambung balik sampai habis, inshaAllah. Ada beberapa istilah dan perkara atau tempat-tempat yang te...