Berlalu pergi engkau seorang,
Masih tetap aku setia menanti,
Di waktu malam daku terkenang,
Akan dirimu tidak lagi kembali.Duhai engkau yang seorang,
Jikalau masih punya rasa kasih,
Aku disini menanti masih,
Jikalau tidak lagi mahu berkasih,
Tuturkan segera agar tidak aku menanti masih.Duhai engkau yang seorang,
Seperti sinarnya bintang di langit yang tinggi,
Entah mengapa engkau seorang yang aku ternanti,
Hendaknya daku turut membawa diri,
Namun tidak langkah ini berlalu pergi.Duhai diri yang masih menanti,
Seperti angin yang tidak dilihat namun masih terasa,
Pujuklah hati agar tidak lagi untuk setia.
Bukan sahaja bayang, jasadnya juga tiada lagi ada,
Cubalah cuba untuk tidak lagi setia pada dia yang sungguh hilang ada.Walau payah menahan rasa,
Ingatlah diri;
Hakikat akan pelangi tidak pernah muncul selepas bahagia.//f.a
YOU ARE READING
Bertemu Dalam Rasa.
PoetryYang mungkin aku, dia dan kamu punya satu rasa yang sama. Walau bukan cinta, tapi mungkin tentang apa yang berkaitan rasa. Selamat membaca!