Jungkook

356 36 2
                                    

Jin masuk kedalam bilik VKook. Dia meletakan sedulang bubur diatas meja lampu Jungkook. Jin memeriksa suhu badan Jungkook. Agak turun selepas makan ubat pagi tadi.

"Kookie,jom makan." Kata Jin lembut. Jungkook bangun dan berhadapan dengan Jin. Jin tersenyum lalu ingin menyuapkan Jungkook bubur itu.

"Bila Namjoon hyung nak keluar? Minggu depan kita comeback. Takkan dia..." Kata-kata Jungkook terhenti akibat Jin meletakan jari telunjuk kebibirnya.

"Shus. Kook makan okay." Kata Jin lalu tersenyum lagi. Jungkook sudah menangis lagi. Matanya sudah benkak kerana seharian menangis.

"Lepas ni kita jumpa Namjoon okay." Pujuk Jin lagi. Jungkook mengangguk. Jin menjaga Jungkook dengan lembut sekali. Dia menemani si maknea agar tidak terlalu bersedih.

Baru saja Jin hendak pergi,Jungkook memeluknya dari belakang. Jin terdengar isakan Jungkook. Dia ingin menangis juga tetapi dia bertahan.

"Hajima. Jangan tinggalkan Kook. Teman Kook." Kata Jungkook. Jin hanya mengangguk lalu memusingkan badan.

"Hyung teman Kook. Kook tido dulu. Malam nanti kita jaga Namjoon." Kata Jin lalu menemani Jungkook tido.

🐨🐨🐨🐨🐨🐨

Jungkook pov
Sudah seminggu Namjoon hyung dekat ward. Aku rindu. Rindu dia ajar aku rap. Rindu nak dengar dia speaking. Aku rindu semua tu.

Sekarang kami sedang training. Comeback minggu lepas terpaksa kami tunda. Semuanya langsung tak bersemangat. Aku tahu hyung yang lain juga rindu. Jimin hyung paling terkesan.

Dia dah tak macam dulu. Selalu termanung. Dia selalu menangis dalam diam. Hoseok hyung juga selalu cerita Jimin selalu menangis.

Dia paling rapat dengan Namjoon hyung. Aku tahu dia sedih seperti sekarang dia asik termenung saja. Aku menghampiri Jimin hyung. Aku cuba nak menenangkan dia.

"Jimin hyung?" Kataku. Jimin hyung tersenyum manis. Aku tahu hyung menipu.

"Lepas ni jumpa Namjoon hyung jom." Ajakku. Aku tahu dia rindukan Namjoon hyung. Sebab tu aku ajak dia. Jimin hyung mengangguk setuju. Aku harap aku kuat untuk semua ni.

"ARGHHHHHHHH!!!" Kitorang terkejut dengan suara orang menjerit. Kami memandang satu sama lain. Pada akhirnya kami menuju ke suatu tempat yang mendatangkan suara itu.

Apa yang kami nampak?! Min Yoongi seorang hati dingin yang seakan tiada perasaan. Sedang tertunduk lemah diatas kerusi. Mejanya berselerak penuh dengan kertas.

Lantai juga bersepah. Banyak pen yang berterabur diatas lantai. Kami memang sangat terkejut. Tolong! Jangan depression Suga hyung datang lagi. Aku mohon.

"Su...Suga hyu...hyung..." Panggilku perlahan. Suga hyung seakan tergelak sinis. Dia memandang kami sorang sorang. Dan mati kearah Jin hyung. Dia menarik nafas sementara sebelum berbicara.

"Maaf. Lagu korang belom siap." Kata Suga hyung lalu mengambil kertas kosong lagi dia menulis lirik diatas kertas itu.

"Mian..mian..mian Joon." Kata Suga hyung berulang kali.

🐨🐨🐨🐨🐨🐨

Kami melawat Namjoon hyung petang itu. Namjoon hyung sudah tersenyum manis memandang kami semua. Dia masih lagi boleh tergelak.
End Jungkook pov

Jin dan Namjoon berbual meriah di ward itu. V pula asik memeriahkan suasana agar Namjoon tidak kesepian. Mereka semua memang cuba sedaya upaya memeriahkan Namjoon.

"Kook. Sini dengan hyung." Panggil Namjoon. Jungkook hanya bergerak kearah Namjoon. Semua members sudah keluar kerana hal tersendiri.

"Hy..hyung..." Kata Jungkook. Namjoon tersenyum menampakan dimplenya.

"Kook kuatkan." Kata Namjoon.

"Kook tolong jagakan V dengan Jimin. Jangan diorang pulak jaga kau. Kook seorang yang kuat,hyung percaya." Kata Namjoon. Jungkook tertunduk menangis. Dia tidak sanggup lagi.

"Jagakan Koya sekali tau.. Kau jangan tendang dia pulak." Lawak Namjoon. Jungkook tersenyum mendengar lawak Namjoon. Namjoon mengusap rambut Jungkook lembut. Namun tiba-tiba tangan Namjoon berhenti dan terjatuh membuatkan Jungkook panik.

"HYUNG!! ANI!! DOCTOR! JEBAL HYUNG ANIYO!! HYUNG JEBAL IERONNA! HYUNG! NAMJOON HYUNG! ANIII!!" Panggil Jungkook cemas. Doctor akhirnya tiba.

🐨🐨🐨🐨🐨🐨

Sekali lagi mereka dikejutkan dengan keadaan Namjoon. Namjoon semakin lemah dan tidak berdaya. Dia akan terasa sesak nafas dan pengsan secara tiba-tiba.

Kemungkinan juga semasa dia pengasan jantungnya akan berhenti berfungsi. Semuanya menunduk menangis. Hanya Jin dan Suga saja menahan tangisan.

Dilorong untuk bilik VIP hanya didengari tangisan mereka saja. Jin dan Suga bangkit. Jin menghampiri Jungkook,Jimin dan V manakan Suga menghampiri Jhope.

Mereka berdua menenangkan adik mereka. Memamerkan senyuman pada mereka agar terus kuat walaupun hati mereka sendiri hancur berkecai.

Suga fadeup. Dia terus bangun lalu menendang dinding bisu itu membuatkan semua members terkedu dan memandang dia.

"SUDAHLAH! Namjoon tengah berperang untuk hidop! Air mata kita seakan bunuh dia dalam diam. Tolonglah! Aku mohon! Aku merayu...bantu aku. Bantu Jin hyung. Kami tak kuat juga. Aku pon nak nangis! Tapi janji aku dekat Namjoon! Akan jaga korang! Tolong!" Marah Suga.

Semuanya memeluk Suga dan Jin secara bersamaan. Mereka akhirnya menangis bersama seperti janji mereka. Akan berkongsi hidop tidak kira apapon.

"Bang..." Seru Jungkook tiba-tiba. Dia meletakan tangan di tengah. Yang lain ikut juga. Semua mata memandang Jin agar memimpin mereka untuk sekarang.

"Bang! Bang! Tan! Tan!" Kata Jin kuat.

"Bangtan!" Jerit mereka bersamaan. Semuanya tersenyum kesedihan. Namjoon yang berada didalam bilik menangis kuat.

"Bangtan Seoyeondan...! Lirih Namjoon seorang diri.

🐨🐨🐨🐨🐨🐨

NamKook

NamKook

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Bts:The Sadnes✔✔Where stories live. Discover now