1.

404 5 0
                                    

"Akhirnya boleh santai-santai kan sayang"kata Afiq

"Betul..Sayang cuba check betul ke location dia ni"kata Syakinah,mengulum lolipop

"Betul la ni..Saiful kan nak buat reunion ni lain dari biasa sebab tu la dekat tempat jin bertandang ni"kata Afiq.

 Afiq sebernanya agak frust dengan pemilihan Saiful.Dia menyangkakan yang dia akan pergi naik cruise ship atau berjemuran dipantai tapi lain pulak yang timbul.

**

Sejam berlalu,menurut waze lagi 1km untuk tiba ke lokasi.Afiq membuka tingkap untuk smoke.Dia melihat cermin sisinya dan terlihat Khad sedang mengikut rapat belakangnya.Dia memandu Tesla Model S.Cermin kereta Khad diturunkan Khad kemudiannya menunjukkan jari hantu kepada Afiq.Afiq hanya tertawa dan mengelengkan kepalanya.

"Khad..Benda siot"tegur Husna.

"What..It just a middle finger"

Husna hanya mengeluh dan menarik muka.Husna penat untuk berleter pada Khad atas perangainya.

Jun yang duduk dibelakang hanya termenung menikmati panorama indah hutan.Jun ini seorang yang suka mengamalkan sikap 'who cares'.Jika kawan-kawannya bergaduh dia hanya membiarkan sahaja.Sebab itulah single.

"Hoi..Jauh temenung!"kata Sofea.

Jun menoleh ke sebelah dan melihat Sofea sedang memuncungkan mulutnya dan membuat pis;acah-acah comel katanya.

Tapi Sofea memang seorang perempuan yang comel berkulit putih gebu,agak pendek dan bermata light brown.Jadi gaya cute tu agak kena dengannya.Tak de la sampai nak simbah asid ke muka dia.

"Kau nak apa?"soal Jun

"Nak attention..Bosan ahh"

"Mintak Baim aku tak de masa nak layan kau"kata Jun

"Alaa..Baim tido"kata Sofea lagi

"Lantakkau la"kata Jun 

Sofea menarik muka dan kembali duduk diam.Dia mengeluarkan snikers dari poketnya dan makan sendirian tanpa layanan Jun.Sebernanya Sofea ada crush dekat Jun cuma Jun je la yang buta.

**

"Sayang call pul jap"kata Afiq.

"Kejap.."kata Syakinah sambil meraba-raba pouch begnya,mengeluarkan telefon bimbitnya.

"Hello"

"Pul..Lepas dari singboard ni amik kanan kan?soal Afiq

"Haah..Awalla berjangut dah ni"kata Saiful

"Ha..kemon la this is Afiq the greatest driver"

"Ha..ye ye cepat sikit"talian diputuskan.

Afiq ni seorang yang suka sangat memuji diri sendiri.Maklumlah kurang dapat pujian dari orang.Syakinah pun agak menyampah dengan perangai Afiq.

"Letak macam tu je..Bodoh Saiful"carutnya sendiri."Ahh..Sakit aduh aduh"kesakitan dipeha kanan mula terasa akibat dari cubitan Syakinah.

ReunionWhere stories live. Discover now