Assalamualaikum semua. Apa khabar? Harap baik-baik sahaja. Sekiranya sihat, alhamdulillah kerana Allah bagi kesihatan yang baik. Sekiranya sakit, alhamdulillah juga sebab tu ujian. Ujian tanda Allah sayang. Sebab tu kita kena bersyukur sama ada sihat mahupun sakit ok. Di sini kami akan kongsikan macam mana nak berjaya. Berjaya dalam apa? Berjaya dalam peperiksaan. In Shaa Allah. Sekiranya ada tips tambahan, boleh la share kat komen ya. Ok, kita lanjutkan. Kami akan beri tip ni dalam bentuk point supaya nampak senang untuk dibaca.
1) Benda yang paling utama adalah... JAGA SOLAT.
Macam mana nak jaga solat? Guys, untuk pengetahuan korang orang yang berjaya ada lah orang yang menjaga solat. Tak percaya ? Pergi tanya orang berjaya. Dan kebanyakkan pakar motivation pun bagitahu supaya jaga solat.
Mesti ada yang tanya "kalau dah study, mesti terlajak. Solat pun di hujung waktu". Ini lah yang salah. Yes. Memang kita kena usaha. Tapi kita jangan lupa, yang izinkan kita berjaya ada lah Allah. So, kita kena utamakan Allah dahulu. Dalam azan Allah seru kita حي على الصلاة (Mari tunaikan solat) kemudian baru حي على الفلاح (Mari menuju kejayaan). Nampak. Allah suruh kita solat dulu baru kita akan berjaya.
Untuk pengetahuan korang, lepas solat kita akan rasa lebih fresh. Jadi, lepas je dengar azan, berhenti dulu untuk solat, zikir dan baca Qur'an. Tak rugi pun kalau solat lama-lama. Sebab apa? Kami ulang balik, Allah yang bagi. Kita usaha macam mana sekali pun kalau Allah tak izin, kita akan dapat apa yang Allah izin je. Tak rugi kan kalau kita lama-lama date dengan Allah.
Masa solat ni juga, kita akan rasa lebih tenang dan tertekan. Kenapa? Ya lah. Kita stress sebab duk fikir macam mana nak jawab soalan tu. Lebih-lebih lagi matematik. Solat ni ada la kunci utama dalam mencapai ketenangan. Siapa jaga Allah, Allah jaga dia.
2) Jaga Mak Ayah
Apa maksud dia? Maksudnya awak kena taat dengan mak ayah awak. Nak tahu tak? Reda Allah terletak pada reda mak ayah. Mak awak marah, Allah pun marah. Tak nak kan? Jadi ikut je cakap mak ayah awak. Kunci syurga kita tu. Takkan tak nak jaga elok-elok. Ibarat awak ada kunci rumah, dalam masa yang sama kunci awak hilang. Macam mana nak masuk rumah? Macam tu la syurga. Reda mak ayah ni penting. First reda Allah. Second reda mak ayah. Kita kena sedar yang mak ayah korang lah jaga korang dari kecil sehingga besar. Mak ayah kita juga la yang ikut kemahuan korang. Sampai cari tengah malam semata-mata nak puas kan hati kita. Jangan jadi orang yang penting kan diri, kata mak ayah tak penting.
Mesti ada yang fikir, mak ayah aku teruk. Patut ke, aku minta reda mak ayah aku sebab diaorang jahat. Guys, baik ke jahat ke, diaorang tetap mak ayah awak. Doakan diaorang supaya Allah lembutkan hati agar berubah. Hati kita ni Allah yang pegang. Jangan berheti berdoa dan sentiasa tunjukkan yang baik. Mana tahu dengan kelakuan baik kita, diaorang lembut hati. Tu maknanya hidayah Allah dah sampai. Jadi jangan berputus asa dalam berdoa.
3) Solat Sunat Tahajud / Qiamulail
Banyak tau fadhilat solat tahajud ni. Antaranya, muka kita berseri. Doa dimakbulkan. Antara waktu Allah paling dekat dengan hambaNya ada lah pada waktu 1/3 malam pukul. Untungnya sekiranya kita dapat dekat dengan Allah. Kita lah yang kena dekat dengan Allah.
Sekiranya kita tak boleh solat atau rasa 'malas', kita boleh istighfar, berdoa, muhasabah diri dan banyak lagi kita boleh buat yang berfaedah dan ingatkan kita kepada Allah. Jangan pula bangun tengah malam untuk main game atau layan video yang tak sepatunya.
Pada waktu ni juga korang boleh merayu, menaggis memohon keampunan. Sebab waktu ni takde sape pun yang bangun. Semua atas katil. Yang tinggal hanya awak dan Allah sahaja. Kita mungkin malu nak menanggis waktu siang kan? Jadi, malam la untuk kita menanggis. Doa agar awak Ada kekuatan untuk harungi onak dan duri. Cuba la daripada sekarang dan lakukan selama 40 hari. In Shaa Allah, awak akan rasa something wrong apabila awak tak buat. Selamat mencuba.
4) Solat Sunat Dhuha
Fadhilat solat dhuha ni pun sangat lah banyak. Antaranya, Allah akan luaskan rezeki kita dan lain-lain. Solat sunat dhuha ni pada 28 minit lepas syuruk. Kita boleh target dalam pukul 8 macam tu la. Paling tepat, apabila waktu matahari naik sehingga 10 minit sebelum zohor.
Solat sunat dhuha ni juga awak boleh buat selama 40 hari juga dan awak akan rasa macam pengalaman qiamulail tadi. Keep up. You can do it. Just believe it.
5) Sedekah
Sedekah ni ada lah perkara yang dituntut. Dalam rezeki kita, ada rezeki orang. Sebab tu kita sedekah. Dengan sedekah ni kita boleh tolong ramai orang. Bukti? Cuba tengok ustaz Ebit Lew. Dia tolong orang, dia dakwah orang dengan kasih sayang kan? Apa yang Allah bagi kat dia? Ramai yang komen kesihatan yang baik untuk dia dan lain-lain. Nampak tak? Tak rugi kan sedekah.
Jangan salah faham pula. Sedekah sebab nak orang salute kita. Tu dah salah faham. Kita kena SEDEKAH DENGAN HATI IKHLAS. Ikhlas ni kita niat sedekah kerana Allah. Balasan tu biar Allah je yang bagi. Jangan buat sebab manusia. Nak tahu sebab apa? Sebab tak semua manusia suka apa yang kita buat walaupun kebaikan. Tu la manusia. Bila kita sedekah, cakap kita riya' la. Bila tak sedekah cakap kedekut sedangkan kita sedekah senyap-senyap. Apa-apa pun sahabat, buat lah kebaikan dengan niat kerana Allah. In Shaa Allah , Allah pandang kita. Kita nak kasih sayang Allah. Abaikan komen negatif orang dan teruskan nilai murni.
Mungkin akan ada yang cakap "kau bukan tahu apa yang aku rasa. Kehilangan kawan. Lebih-lebih lagi sahabat aku". Kawan, walaupun sahabat telah tinggalkan kita sebab perubahan kita, percaya la itu bukan sahabat yang baik. Sahabat yang baik, dia akan tegur kita di kala kita buat silap dan terima kita sedanya serta ada susah senang. Tu baru nama sahabat. Mafhum hadith, bersahabatlah dengan penjual minyak wangi kamu akan dapat minyak wangi paling kurang dapat keharuman minyak wangi. Manakala tukang besi akan terbau asap. Baca la hadith sohih, awak akan jumpa hadith ni dengan version yang lebih baik. Kita tak boleh nak bedal je. Sebab tu saya guna MAFHUM. Kalau saya guna SABDA RASULULLAH LEPASTU SAMBUNG DENGAN HADITH TU, TAKUT BERCANGGAH. Faham?
6) Banyakkan Baca Al-Qura'n
Kenapa kena baca Qur'an? Allah ada berfirman dalam surah Al baqarah : 2 maksudnya, kitab (al-quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa. Setiap masalah pasti ada penyelesaian. Dalam kita ingin menuju kejayaan, kita cari ketenangan. Al-Qura'n ada lah sahabat kita. Al-Qura'n ni akan jadi cahaya dalam kubur kita.
Sampai sini je tip untuk berjaya. Semoga bermanfaat kepada awak yang membaca. Yang baik datang daripada Allah, yang buruk datang dari diri yang kerdil ini. Sekiranya daripada penulisan kami ini terdapat kesalahan, kami mohon tegurlah kami. Jangan biarkan kami tersesat sebab kami nak jadi alu sunnah waljamaah. Kami tak nak jadi syia'h Dan seangkatan dengan nya. Kami mohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi. Jumpa di next chapter. Assalamualaikum
![](https://img.wattpad.com/cover/204874998-288-k108639.jpg)
YOU ARE READING
Tips Islamic
SpiritualIn shaa Allah kami akan kongsikan pelbagai tips di sini. Melalui pengalaman sendiri dan bahan bacaan. In Shaa Allah mengikut ajaran al-quran dan assunnah.