Solat Awal Waktu

31 4 1
                                    

      Dekat bab sebelum ni saya ulas macam mana nak berjaya kan? Perkara yang paling perdana la saya tulis ada la jaga solat. Kenapa solat ni penting ek? Solat ada la perkara utama yang akan disoal dahulu. Solat itu ada lah tiang agama. Ibarat nak buat rumah. Buat rumah, benda asas dia apa? Tiang kan? Kalau takde tiang, macam mana nak ada bumbung? Takkan nak letak bumbung terus. Mesti jatuh kan? Macam tu la solat. Solat ibarat tiang. Bumbung, syiling dan lain-lain adalah ibadat-ibadat kita yang lain. Kita jahat mana pun, solat. In Shaa Allah dengan solat, ia akan menjadikan seorang muslim atau muslimah yang hebat. Solat juga mampu mencegah kita daripada melakukan perkara mungkar. Apa buktinya? Dalam Qur'an surah Al 'Ankabut : 45, "Bacalah kitab (Al Qur'an) yang telah diwahyukan kepadamu(Muhammad) dan laksanakanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah daripada (petbuatan) keji dan mungkar. Dan (ketahuilah) mengingati Allah (solat) itu lebih besar (keutamaanya daripada ibadah yang lain). Allah mengetahui apa yang kamu lakukan.

1) Niat

     Niat ni memang penting la. Kalau korang nak buat apa-apa ibadah pun mesti kena niat dulu. Kalau tak niat, macam mana perbuatan tu nak dijalankan. Betul tak? Nak makan kena niat, nak mandi wajib kena niat, nak belajar pun kena niat. Nak buat apa-apa sekalipun kena niat.  Kena apa? "Niat". Pandai. Jangan pula nak buat jahat niat "sahaja aku mencuri ni kerana Allah". Salah tu. Benda yang salah tetap salah dan dosa. Jangan niat kerana Allah, kita fikir dapat pahala. Yang melakukan perkara dosa tetap dikira dosa walaupun niat kerana Allah. Lain la kalau awak niat nak buat jahat, tapi awak belum lakukan pun perkara tersebut, Allah tak catat ia sebagai dosa selagi awak tak lakukan. Kalau awak dah buat baru ia dikira sebagai satu dosa. Sekiranya awak niat nak buat baik, Allah dah catat sebagai satu pahala. Apatah lagi awak buat kebaikan tersebut berlipat kali ganda awak dapat. Kami buat persamaan la untuk nampak mudah.

Niat 1 kejahatan = 0

Buat 1 kejahatan diniat= 1 dosa

Niat 1 kebaikan = 1 pahala

Buat kebaikan yang diniat= berlipat kali ganda boleh dapat.

2) Set alarm

     Setiap orang pasti ada phone kan? Ini lah kebaikan phone. Kita boleh set alarm. Nak guna lagu apa-apa pun boleh kan. Even ada phone nokia tekan-tekan pun, boleh set alarm. Jangan nak bagi alasan "kami mana ada phone mahal-mahal". No excuse. Sekiranya takde phone sekali pun, mak kita kan boleh kejutkan kita. Nak tahu tak mak kita lah 'alarm' terbaik kita. Boleh kita cakap "mak! Esok kejut along subuh awal tau". Kalau tak nak mak. Suruh ayah ke, abang ke, adik ke atau siapa-siapa yang kita selesa.

3) Lakukan selama 40 hari
  
     Mungkin kami ada cakap sebelum ni yang kita kena lakukan sesuatu selama 40 hari kan? Jadi, kami ulang benda yang sama. Semua yang awak nak buat mesti istiqamah selama 40 hari. "Kalau tak berjaya?" Ulang sampai berjaya. Jangan risau, awak boleh buat. Kena yakin dengan diri dan tekad untuk berubah. Yang penting Ada usaha. Jangan mengalah. Nak ubah diri tak boleh mengalah.   (إن الله مع الصابرين)(sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang sabar). "Apa kaitan dengan sabar? Kaitan dia yang kita kena sabar dalam perubahan diri yang kita nak lakukan.

  4) Doa

       Doa itu senjata orang mukmin. Teruskan berdoa supaya Allah bantu kita dalam perubahan ini. Istighfar sebanyak-banyaknya. Ya Allah kau bantu lah aku dalam setiap hijrah yang aku ingin lakukan. Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba Mu yang terawal untuk bertemu dengan kau ya Allah. Ampuni segala dosaku seandainya setiap dosa yang aku lakukan adalah penyebab terhalang nya untuk aku lakukan ibadah. Aku ingin nak merasai kemanisannya ibadah seperti hamba-hambaMu yang soleh dan solehah.

Semoga bermanfaat. Assalamualaikum.

Tips IslamicWhere stories live. Discover now