Nak Move On

27 4 1
                                    

    Sebagai manusia kita akan pernah merasai perasaan suka, duka, benci dan sebagainya. "Aku sayang gila kat dia. Aku dah serah segala-galanya. Apa lagi yang tak cukup? Aku benci perasaan ni". Kawan! Jangan bencikan perasaan cinta. Perasaan tu tak salah. Kita yang salah sebab kita tak pandai uruskan perasaan tu. Cinta tu datang dengan izin Allah. Ia juga sebagai ujian. Macam mana kita uruskan perasaan tu.  Adakah dengan cara yang baik atau sebaliknya? Allah dah larang kita supaya menjauhi zina.

       "Aku dengan dia bukan pegang pun. Tak buat benda yang lebih berat. Just mesej biasa-biasa". Yes. Memang tak pegang. Tak buat apa-apa. Tapi tanpa kita sedar walau hanya bermesejan, kita dah hampir dengan zina. Liciknya syaitan, takkan dia menghasut manusia dengan secara terus. Sedikit demi sedikit. Mungkin awak pun dah tahu 7 jalan zina. Kami akan ulang balik jalan ni :

7 JALAN ZINA

Assalamualaikum WBT, sebelum kita memulakan usrah kita pada malam ini, marilah kita sama-sama membaca ummul kitab Al-Fatihah dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
الرحمن الرحيم
مالك يوم الدين 
إياك نعبد وإياك نستعين
إهدن الصراط المستقيم
صراط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضآلين

Allahumma solli a'la sayyidina Muhammad.

Zina adalah satu dosa besar dan setiap perkara yang membawa kepada zina hukumnya adalah haram. Dalam Al-Quran Allah SWT tidak menyebut "Janganlah kamu berzina" tetapi Allah SWT menyebut "Janganlah kamu hamipiri zina". Maksudnya dekat sini, setiap perkara yang membawa kepada zina ni kalau kita cuma niat je dah dosa apalagi kalau dekat @ buat?

1) PANDANG-PANDANG
.
Kawan, sejak bila pulak syarat nak jadi haram tu kena naik syahwat? Tak nak syahwat pun haram jugaklah brader. Nabi, bila jalan dengan sahabat, bila Nampak wanita, nabi tolak muka sahabat tu ke tepi supaya sahabat tu tak pandang.
.
Nampak tak permainan dia?
.
Tapi hari ni, kita dengan rileks boleh friend, follow kat twitter dan instagram dengan berlainan jantina yang bukan mahram, yang mana kita pun tahu akan timbul kat news feed. Pastu, boleh pulak LIKE dan favourite gambar tu! Bapak ahhh
.
Hatta, kalau nak berurusan antara lelaki dan wanita pun (pada perkara-perkara yang dibenarkan), kena jaga pandangan dan tak boleh bertentang mata pada waktu yang lama. Haishh kalau pandang-pandang dah zina mata tu.

2) SENYUM
.
Dah usha-usha, apa lagi. Senyum menyenyumlah jawabnya. Dan startlah jatuh hati. Tak jatuh hati pun takpe, saja-saja senyum bajet macho, bajet cantik. Takdelah cantik sangat sebenarnya. Mulalah start letak smiley-smiley dan emoticon pelik-pelik. Malu nak start conversation. Try test letak smiley dulu. Pastu kita pun balas smiley.
.
Senyum kat alam realiti satu hal. Senyum kat alam maya satu hal lagi. Emoticon sekarang pelik-pelik. Konon-kononnya letak smiley sebab takut tak nak conversation tu nampak macam 'krik krik', or tak nak orang lable kita sombong. Eleh Konon je tu.

3) MEMBERI SALAM
.
Selepas dah senyum-senyum, letak emoticon bagai. So, mula lah step ketiga setan nak hancurkan kita iaitu kita mula memberi salam. Hye, intro, dan sama waktu dengannya. Time ni still malu-malu, nak try test market. Sekali bila si laki text, WhatsApp si perempuan dan si perempuan balas, ataupun sebaliknya. Ha lama-lama tak dapat nak kawal diri mulalah saat kehancuran. SubhanAllahh ��
.
pernah tak pergi tempat asuhan budak-budak terlanjur? Cuba tanya diorang, macam mana mereka boleh terjebak dengan zina. Ada sorang tu bila tanya dia, dia jawab :
.

"SEMUANYA BERMULA DENGAN MESEJ DI FACEBOOK, SEMUANYA BERMULA "hye" YANG PERTAMA"
.
.
Sebab itulah, Ulama mengharamkan IKHTILAT. Masih tak nampak permainan setan?
.
"INTRO PLEASE, HEHE. nama saya Samdul, umur 20, tinggal kat tanjung rambutan. Awak pulak? Salam taaruf. Moga ukhwah kita berkekalan. Huhu....
.
"HYE SAMDUL. Nama saya Siti Mustautin Binti Mughallazoh. Umur kita sama! Hehe...Salam taaruf, jangan sombong okay? Saya tinggal dekat Shah Alam. Nice to meet you :)"
.
Setan ni licik sister sekalian. Ada je benda yang dia dia buat untuk hancurkan umat islam. Benda macam ni lah, permulaan pada kehancuran. Nampak tak permainan dia?

Tips IslamicWhere stories live. Discover now