Untuk move on version dua ni, bukan untuk putus cinta. Tapi nak move on daripada kisah silam. Ya! Mungkin ada dikalangan kita yang mempunyai kisah silam yang tak mampu dilupakan. Mungkin lebih tragis. Saya pun akui yang saya ada kisah silam yang saya sendiri tak dapat nak lupakan. Kita sebagai manusia kena belajar untuk menerima dan mengikhlaskan apa yang terjadi dalam kehidupan kita. Setiap yang berlaku adalah merupakan ibrah atau pengajaran buat diri. Yang paling penting, hikmah yang kita sendiri tak tahu, tapi... Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk kita. Saya akan kongsikan beberapa tips di bawah :
1) Reda & Mengikhlaskan
Kita kena reda dengan setiap ujian yang kita dapat. Percayalah! Sekiranya kita reda dan terima, hati kita akan tenang. Sebab kita dah tak fikir dah pasal tu. Saya pernah alami. Dan ia sangat berkesan. Belajar menerima dan reda.2) Maafkan kesilapan orang
Guys, ini sangat penting sebab ini faktor ni melibatkan hati dan perasaan. Orang yang suka memaafkan ni sangat rare dalam diri. Ada orang bila dah buat sesuatu sampai kita benci gila dekat orang tu. And the end kita nak balas balik apa yang dia buat. Tak salah kita nak balas balik sebab dia aniaya kita dan kita berhak dapat hak kita untuk balas semua kejahatan dia. Sekiranya saya cakap contohi akhlak Rasulullah yang suka maafkan umat dia. Sedangkan kesakitan yang Rasulullah terima amat-amat pedih. Rasulullah memilih untuk memaafkan kerana Rasulullah amat menyangi umatnya. Akan ada yang berkata "Rasulullah tu Nabi. Kau tak payah cakap la cakap. Sembang je". Memang Rasulullah tu Nabi. Tidakkah sepatunya kita kena contohi akhlak Rasulullah? Sebab Allah utuskan Nabi Muhammad untuk dijadikan ikutan. Rasulullah adalah QUDWAH HASANNAH (IKUTAN YANG BAIK). Semoga kita dapat maafkan orang sekeliling. Di kesempatan ini, kami menyusun 10 jari memohon kemaafan atas segala kesalahan kami. Kami minta maaf sekiranya ada tersalah Bahasa, tersalah kata dan menyentap hati.

ANDA SEDANG MEMBACA
Tips Islamic
SpiritualIn shaa Allah kami akan kongsikan pelbagai tips di sini. Melalui pengalaman sendiri dan bahan bacaan. In Shaa Allah mengikut ajaran al-quran dan assunnah.