Pada pagi keesokan harinya, Aiman pergi ke tanah perkuburan ayahnya. Dia menanyakan tukang penjaga kubur Pak Hassan di mana terletaknya kubur arwah ayah.
"Pak Hassan, mana kubur ayah saya?" - Aiman
"Dekat hujung sana tu." - Pak Hassan
"Terima kasih." - Aiman
"Aiman, betul ke ayah kamu mati kena bunuh samseng?" - Pak Hassan
Aiman hanya tidak mempedulikan kata-kata Pak Hassan itu. Dia terus pergi ke kubur ayahnya.
"Ayah, Man ni. Ayah, Man minta maaf sangat-sangat. Semua ni berlaku puncanya daripada Man. Man kesal sangat, ayah." - Aiman
Aiman menangis di samping kubur arwah ayahnya. Dia membaca Surah Yasin untuk disedekahkan kepada arwah ayahnya.
Setelah selesai menziarahi kubur arwah ayahnya, dia pulang mengikut satu jalan. Semasa dia berjalan, dia ternampak Fatihah yang sedang bermanja-manja dengan Shazril.
"Fatihah!" - Aiman
Aiman memanggil Fatihah dan terus menarik tangan Fatihah untuk dibawa pulang. Fatihah menepis tarikan Aiman.
"Abang ni dah kenapa? Buang terbiat ke apa?" - Fatihah
"Abang tak nak adik berkawan dengan orang tak guna ni! Abang tak nak adik susah nanti!" - Aiman
"Abang tu yang tak guna! Abang dah bunuh ayah! Shazril tak pernah susahkan adik lah! Dia selalu bagi apa yang adik nak! Dia orang kaya lah bang!" - Fatihah
Setelah itu, Shazril pula mencelah. Dia mengingatkan Aiman tentang satu benda.
"Bro, kau dah tak ingat apa yang berlaku dulu? Cuba kau ingat balik." - Shazril
Aiman teringat akan perkara yang lalu. Sebenarnya, Shazril yang mencadangkan supaya Aiman berhutang dengan Tiger. Pada ketika itu juga, Aiman memang perlukan wang. Dia bersetuju dengan cadangan Shazril tersebut. Tetapi, dengan apa yang dia buat, segala kebahagiaan musnah kerana perkara itu.
"Adik, abang tahu abang salah. Tapi, abang tak nak adik berkawan dengan dia ni! Dia ni orang tak guna dik! Adik tolonglah percaya cakap abang." - Aiman
"Sudahlah, bang! Abang tu yang tak guna! Baik abang balik, buat baik dengan mak supaya mak tu dapat maafkan salah abang yang besar tu!" - Fatihah
Aiman tak sangka Fatihah bersikap kasar seperti itu. Aiman terus pulang dengan rasa kecewa. Sesungguhnya, Aiman kenal Shazril tu jenis macam mana.
Aiman mengambil ubat ibunya dan segelas air masak dan diletakkan di atas dulang untuk diberikan kepada ibunya.
"Mak, ni ubat mak. Aiman letak kat atas meja ya, mak?" - Aiman
Puan Khadijah hanya terdiam. Aiman hanya mampu senyum sahaja lalu diletakkan ubat itu di atas meja."Mak, mak jangan lupa makan ubat, tau? Nanti kalau mak dah sihat, macam-macam mak boleh buat. Aiman teringin sangat nak makan ayam masak cili padi yang mak masak tu." - Aiman
Puan Khadijah berasa sebak dengan kata-kata Aiman dan terus mengelap matanya supaya air mata tidak jatuh. Aiman terus keluar dari bilik. Aiman pergi ke bilik Fatihah dan kelihatan Fatihah tiada di dalam biliknya.
"Adik... Manalah adik pergi. Dah sebulan adik tak pulang. Adik tak rindu mak ke?" - Aiman
Tiba-tiba telefon pintar Aiman berdering menandakan ada panggilan yang masuk."Eh, Wahida telefon?" - Aiman
Aiman terus menjawab panggilan Wahida.
"Assalamualaikum, Wahida." - Aiman
YOU ARE READING
Cerpen: Kasih Terindah ✔
Historia CortaMengisahkan tentang Aiman yang baharu sahaja menamatkan pengajian di universiti. Malangnya, dia sudah lupa daratan. Dia menghalau ibu dan adiknya Fatihah daripada melawatnya di rumah sewa. Kematian Pak Ismail ayah kepada Aiman akibat dibunuh oleh sa...