bab 10

345 10 0
                                    

Datuk Hamdan pelik melihat isterinya pulang dengan riak wajah yang sangat ceria.

"Hai, awak ni dah kenapa? Senyum boleh cakap sampai ke telinga." - Datuk Hamdan

"Apalah abang ni. Sebenarnya..." - Datin Suraya

Semasa di kedai makan Pak Harun tadi, Fatihah terima cincin yang diberikan oleh Datin Suraya kepadanya.

"Terima kasih, Fatihah. Saya yakin, Fatihah dapat buat Shazril bahagia." - Datin Suraya

Fatihah hanya tersenyum sedikit. Dia tenung sahaja ke arah cincin itu.
Sekarang baru Datuk Hamdan faham mengapa isterinya senyum apabila pulang ke rumah.

"Alhamdulillah lah kalau macam tu. Syukur sangat. Harap Fatihah dapat buat Shazril happy macam dulu." - Datuk Hamdan

"Saya yakin, bang. Fatihah dengan anak dia boleh buat Shazril happy. Saya tahu, kebahagiaan Shazril terletak pada Fatihah dan Diah Hadirah." - Datin Suraya

Datuk Hamdan hanya tersenyum. Datuk Hamdan dan Datin Suraya kelihatan tidak sabar melihat Shazril gembira seperti dulu.

Di rumah Puan Khadijah, Fatihah tenung sahaja ke arah cincin yang diberikan oleh Datin Suraya. Dia terus memandang ke arah Diah Hadirah yang sedang lena tidur dan berkata kepadanya.

"Diah, tak lama lagi kita akan hidup dengan papa Diah. Mama tak tahu pilihan mama ni betul ke tak. Tapi, mama kesian dekat papa Diah. Dia sakit sebab mama. Mama tak nak orang lain susah sebab mama." - Fatihah

Puan Khadijah yang berada di luar bilik mengintai Fatihah yang sedang bercakap dengan anaknya. Dia juga terlihat Fatihah memegang kotak cincin berwarna merah. Dia terus masuk ke dalam bilik untuk bertanya kepada Fatihah.

"Tihah... Kotak tu kotak cincin kan?" - Puan Khadijah

"Ya, mak." - Fatihah

"Siapa yang lamar Tihah? Kenapa mak tahu pun?" - Puan Khadijah

"Mak tahu. Datin Suraya yang lamar Tihah untuk Shazril." - Fatihah
"Jadi, Fatihah terimalah ni?" - Puan Khadijah

"Ya, mak." - Fatihah

"Alhamdulillah..." - Puan Khadijah

"Tihah sebenarnya kesian dekat Shazril. Datin kata dia sekarang kusut sangat. Tihah tak nak dia kusut sebab Tihah." - Fatihah

"Tihah, dengar cakap mak ni. Walau apa yang terjadi, mak yakin ni pilihan yang terbaik. Mak yakin Shazril boleh bahagiakan Tihah." - Puan Khadijah

"Mak doakan Tihah ya, mak?" - Fatihah

"Mak sentiasa doakan anak mak." - Puan Khadijah

Fatihah tersenyum dan melihat ke arah anaknya. Puan Khadijah gembira anaknya dapat terima Shazril kembali.

Pada pagi esoknya, Datin Suraya masuk ke dalam bilik Shazril untuk memberitahu khabar gembira.

"Ril, ada benda yang mama nak cakap dengan Ril." - Datin Suraya

"Apa dia, ma." - Shazril

"Fatihah terima lamaran mama untuk Ril." - Datin Suraya

"Betul ke, ma?" - Shazril

Kelihatan senyuman terukir pada wajah Shazril.

"Ya... Dalam 2 minggu lagi, Ril akan nikah dengan dia. Kita buat kecil-kecilan je." - Datin Suraya

"Thank you, ma!" - Shazril

Shazril terus memeluk ibunya dengan rasa yang sangat gembira. Datin Suraya senyum gembira melihat anaknya gembira.

Cerpen: Kasih Terindah ✔Where stories live. Discover now