Masanya sudah tiba, Puan Khadijah dengan gembira meletakkan lauk-pauk ke dalam bekas makanan untuk diberikan kepada anak sulungnya yang tamat pengajiannya di universiti. Malangnya, pada waktu itu, Pak Ismail suami kepada Puan Khadijah mengalami demam yang agak teruk dan tidak dapat pergi bersama. Puan Khadijah terpaksa akur dan pergi menjenguk anak sulungnya dengan Fatihah anak bongsunya.
Mereka berdua menaiki bas untuk pergi ke universiti. Semasa di dalam bas, Fatihah mendapat mesej daripada abangnya yang mengatakan jika Fatihah dan Puan Khadijah ingin melawatnya, pergi ke rumah sewanya sahaja.
Setelah sampai ke rumah sewa Aiman, Puan Khadijah terus memeluk anaknya itu. Dia terlalu rindu akan anaknya.
"Haih, mak ni apa peluk-peluk ni?" - Aiman
"Mak nak peluk anak mak takkan tak boleh?" - Puan Khadijah.
Puan Khadijah cuba memeluk Aiman tetapi ditolaknya hingga jatuh.
"Abang ni dah kenapa? Mak kan nak peluk abang sebab rindu kat abang. Takkan tu pun tak boleh?" - Fatihah
"Sudahlah tu, Tihah. Aiman, ni mak ada bawakan makanan kegemaran kamu, nak. Ayam masak cili padi." - Puan Khadijah
Puan khadijah memberi makanan tersebut kepada Aiman tetapi ditolaknya hingga jatuh.
"Abang!" - Fatihah
Pada masa yang sama, kawan kepada Aiman tiba.
"Eh, kenapa ni?" - Faiz
"Tak... Ni dia orang minta sedekah jadi aku bagilah makanan ni." - Aiman
Aiman berpura-pura mengambil bekas makanan yang jatuh tadi dengan baik lalu diberi kepada Puan Khadijah dan disuruhnya wanita itu dan Fatihah beredar dari tempat itu.
"Dengar sini ae! Kalau korang lawat aku lagi siap!" - Aiman
"Abang!" - Fatihah
"Siapa abang kau? Dah korang pergi dari sini! Pergi! Aku tak ada keluarga susah macam korang lah! " - Aiman
Betapa remuknya hati seorang ibu apabila dihalau oleh anaknya sendiri. Puan Khadijah dan Fatihah pulang dengan hati yang kecewa. Fatihah seakan tidak percaya abangnya akan berperlakuan seperti yang sedemikian.
Semasa Fatihah dan Puan Khadijah di tempat perhentian bas, Fatihah memujuk ibunya yang kelihatan sebak atas perilaku Aiman terhadapnya.
"Mak... Mak sabar, ya? Mak janganlah sedih macam ni." - Fatihah
"Tihah... Mak sedih sangat tengok abang Tihah macam tu. Mak tak sangka dia berubah sampai macam tu sekali. Mak kesal dengan dia. Penat mak susukan dia masa kecil, besarkan dia dengan hasil titik peluh mak." - Puan Khadijah
"Mak sabar, ya? Tihah pun tak sangka abang jadi macam tu." - Fatihah
Fatihah terus memeluk ibunya untuk memujuknya. Setelah bas tiba, Fatihah memimpin ibunya masuk ke dalam bas.
Pada malam itu, kawan kepada Aiman menanyakan siapa dua orang yang datang pada petang tadi. Aiman terus mengatakan bahawa mereka adalah orang susah yang meminta sedekah.
"Man?" - Faiz
"Ha?" - Aiman
"Tadi pagi siapa yang datang sebenarnya?" - Faiz
"Kan aku dah cakap dengan kau? Dia orang minta sedekah dengan aku. Lepas tu, aku bagilah dia orang makanan." - Aiman
"Ha! Tu lagi satu yang aku pelik. Kau pandai masak ke?" - Faiz
"Kau ni banyak tanya betullah!" - Aiman
"Hek eleh! Orang tanya je pun! Entah-entah mak dengan adik dia!" - Faiz
Untuk tidak membuatkan Faiz banyak tanya, Aiman terus masuk ke dalam biliknya.
Telefon pintar Aiman kedengaran menandakan ada panggilan yang masuk dan dia terus menjawab panggilan tersebut."Hello, ni siapa?" - Aiman
"Takkan kau dah lupa aku? Ni aku, Tiger." - Tiger
"Ada apa hal kau call aku malam-malam ni?" - Aiman
"Aku nak ingatkan kau, dalam masa seminggu lagi, aku nak kau settlekan baki hutang!" - Tiger
"RM 10 000 dalam masa seminggu? Kau dah gila ke apa?" - Aiman
"Kalau kau tak settlekan baki hutang, tengoklah apa aku akan buat. Aku tahu alamat rumah keluarga kau!" - Tiger
"Kau nak buat apa? Hei, kau dengar sini! Aku dah tak ada keluarga lah!" - Aiman
Tanpa berkata apa-apa, Tiger terus memutuskan panggilan.
Di rumah, Puan Khadijah dan Fatihah yang baharu sahaja tiba di rumah terus sahaja masuk dan duduk di atas lantai rumah. Pak Ismail terus menanyakan tentang Aiman.
"Macam mana dengan Aiman tadi, Jah?" - Pak Ismail
Puan Khadijah tidak menjawab pertanyaan tersebut lalu beredar masuk ke dalam biliknya.
"Aik, kenapa dengan mak tu, Tihah?" - Pak Ismail
"Ayah tak payah sebut fasal abang lagi lah. Dia dah lupa daratan." - Fatihah
"Astaghfirullahal'azim." - Pak Ismail
Fatihah terus masuk ke dalam biliknya kerana tidak mahu ayahnya terus bertanya.
Seminggu sudah berlalu, Puan Khadijah yang berseorangan di rumah sedang melipat pakaian di ruang tamu. Pak Ismail dan Fatihah pergi ke kedai untuk membeli barang.
Pada ketika itu juga, kedengaran bunyi ketukan terhasil dari pintu. Puan Khadijah lantas membuka pintu tersebut. Kelihatan dua orang lelaki berpakaian jaket hitam yang tidak dikenali berada di luar. Salah seorang dari lelaki tersebut terus menerkam Puan Khadijah.
YOU ARE READING
Cerpen: Kasih Terindah ✔
Historia CortaMengisahkan tentang Aiman yang baharu sahaja menamatkan pengajian di universiti. Malangnya, dia sudah lupa daratan. Dia menghalau ibu dan adiknya Fatihah daripada melawatnya di rumah sewa. Kematian Pak Ismail ayah kepada Aiman akibat dibunuh oleh sa...