"Cik ni siapa?" - Shazril
"Abang Ril, takkan abang tak kenal I?" - Sherry
"Sorry, tapi saya betul-betul tak ingat dan tak tahu." - Shazril
"I'm Sherry lah bang! Your cousin!" - Sherry
"Ya Allah! Sherry! Apa Sherry buat dekat sini?" - Shazril
"Sherry nak tinggal kat sini lah bang. Malas nak duduk kat Australia tu sorang-sorang." - Sherry
"Best apa dekat Australia?" - Shazril
"Best apanya. Hmm, dia orang ni siapa bang?" - Sherry
"Ha, ni isteri abang, Fatihah dan dua orang ni anak abang. Yang besar ni Diah Hadirah dan yang kecil tu Ayden Rizqy." - Shazril
"What? Abang dah kahwin? Sampai hati tak jemput Sherry." - Sherry
"Abang dah jemput, dah. Sherry yang jual mahal hari tu kata busy lah apa lah. Ha, Tihah. Kenalkan ni Sherry, cousin saya." - Shazril
Fatihah senyum ke arah Sherry dan bersalaman dengannya. Sherry memandang Fatihah dengan pandangan tajam. Semasa bersalaman, Sherry hanya sentuh sahaja tangan Fatihah. Dia tidak mahu menyentuh perempuan kampung itu kerana takut ada penyakit pula yang berjangkit nanti.
"Ha, Abang Ril. Jomlah masuk dalam. Sherry panaslah kat luar ni." - Sherry
Shazril terus mengambil kunci pintu rumahnya dan terus membuka pintu."Abang jomlah kita masuk." - Sherry
"Eh, beg-beg Sherry tu?" - Shazril
"Ala, kan Fatihah tu boleh tolong. Perempuan kampung kan? Mesti suka tolong orang." - Sherry
Lalu Sherry menarik Shazril masuk ke dalam rumah.
"Hee... Sedap mulut dia je suruh aku angkat barang lepas tu nak kata aku standard kampunglah apalah. Dia ingat dia siapa?" - Bisik hati Fatihah
"Mama, kenapa dengan dia tu?" - Diah Hadirah
"Hmm, tak ada apalah sayang. Jom, masuk." - Fatihah
Fatihah masuk ke dalam rumah dan letak Ayden Rizqy dia atas sofa terlebih dahulu sebelum mengangkat beg-beg Sherry.
Diah Hadirah pergi ke dapur untuk minum air. Pada ketika itu, Sherry sedang berada di dapur.
"Aunty, boleh buatkan air coklat tak? Diah teringin nak minum air coklatlah." - Diah Hadirah
"Eh eh eh eh. Sedapnya perintah orang. Hei budak, kau ingat aku ni kuli kau ke? Mesti mak kau manjakan kau sangat kan? Sedap je menyuruh orang! Aku lempang kang!" - Sherry
Lagi sikit Sherry ingin menampar Diah, tiba-tiba Fatihah datang.
"Diah!" - FatihahSherry terkejut apabila melihat Fatihah. Dia hanya buat-buat tidak tahu dan terus pergi dari situ dengan muka yang tidak bersalah.
"Diah nak apa sampai pergi dapur ni, sayang?" - Fatihah
"Diah nak minum air coklat. Tapi, Diah tak pandai buat." - Diah Hadirah
"Nak minum air coklat ya? Sini biar mama buatkan, ya?" - Fatihah
"Terima kasih, mama!" - Diah Hadirah
"Sama-sama sayang." - Fatihah
Fatihah senyum melihat anaknya itu. Diah juga senyum melihat ibunya buatkan air coklat untuknya.
Fatihah dan Shazril kelihatan mesra di ruang tamu. Sherry memerhatikan kemesraan mereka dari jauh. Dia kelihatan sangat cemburu melihat kemesraan antara Fatihah dan Shazril."Kau tengok nanti Fatihah. Aku akan hancurkan rumah tangga kau! Kau tak layak jadi isteri Abang Ril!" - Sherry
Tiba-tiba Diah Hadirah datang ke arah Sherry.
![](https://img.wattpad.com/cover/218552485-288-k358436.jpg)
YOU ARE READING
Cerpen: Kasih Terindah ✔
Kısa HikayeMengisahkan tentang Aiman yang baharu sahaja menamatkan pengajian di universiti. Malangnya, dia sudah lupa daratan. Dia menghalau ibu dan adiknya Fatihah daripada melawatnya di rumah sewa. Kematian Pak Ismail ayah kepada Aiman akibat dibunuh oleh sa...