bab 3

377 12 0
                                    

Setelah pengebumian arwah Pak Ismail selesai, Puan Khadijah, Fatihah dan Mak Cik Senah masih lagi di tanah perkuburan manakala orang kampung yang lain telah pulang.

"Mak, sekarang ni dah panas! Takkan mak tak nak balik?" - Fatihah

"Ya lah. Abang, Jah pergi dulu ya?" - Puan Khadijah

"Sabar ya, Kak Jah? Saya turut rasa apa yang Kak Jah rasa sekarang." - Mak Cik Senah

Lalu mereka bertiga pulang ke rumah. Puan Khadijah amat sedih dengan tragedi yang telah berlaku.

Pada malam beberapa hari kemudian, kedengaran bunyi salam dari luar rumah. Fatihah menjawab lalu terus membuka pintu. Pada ketika itu, Puan Khadijah berada di dalam bilik.

Apabila Fatihah membuka pintu, kelihatan Aiman di luar rumah. Aiman terus bersalaman dengan Fatihah lalu meminta maaf. Dia kesal dengan perilakunya sebelum ini.

"Adik, abang minta maaf. Abang dah buat dosa terhadap adik dengan mak. Abang minta maaf. Maafkan abang, dik?" - Aiman

Fatihah hanya mendiamkan diri sahaja. Dia tidak mampu berkata apa-apa.

"Siapa tu, Tihah?" - Puan Khadijah

"Mak..." - Aiman

Aiman terus pergi ke arah Puan Khadijah dan mencium tangannya serta memeluk kaki ibunya itu sambil meminta maaf.

"Siapa mak kau? Kau bukan tak ada mak ke? Orang tua miskin macam aku tak layak lah jadi mak kau!" - Puan Khadijah

"Mak, janganlah cakap macam tu. Man minta maaf. Mak hukumlah Man kalau tu boleh buat mak maafkan Man." - Aiman

"Kau pergi dari sini! Aku tak nak tengok muka kau! Pergi!" - Puan Khadijah

"Mak tolonglah jangan macam ni. Mak maafkanlah Man." - Aiman

Puan Khadijah tidak mempedulikan kata-kata Aiman lalu beredar dan pergi masuk ke dalam bilik. Aiman hanya terduduk menangis kerana ibunya tidak memaafkan kesalahannya. Aiman terus berjalan menuju ke luar rumah.

"Abang, abang nak pergi mana malam-malam macam ni?" - Fatihah

"Mana-mana abang boleh pergi dik. Adik, abang minta maaf dengan adik." - Aiman

"Adik maafkan abang. Tapi, abang nak pergi mana?" - Fatihah

"Adik, abang nak minta tolong dengan adik. Minta mak supaya redakan hidup abang dunia akhirat. Itu je yang abang minta." - Aiman

Fatihah terus berkata dengan ibunya dengan nada yang agak kuat.

"Mak. Mak maafkanlah abang. Mak lupa ke? Apa yang mak cakap dengan adik? Tak ada manusia yang sempurna kat dunia ni. Abang dah berubah mak." - Fatihah

Puan Khadijah yang mendengar kata-kata itu terus mengalir laju air matanya membasahi pipi. Lalu dia terus keluar dari biliknya.

"Adik, dia boleh tinggal di sini. Tapi, jangan salahkan mak kalau dia sakit hati bila tinggal kat sini." - Puan Khadijah

"Terima Kasih banyak-banyak mak." - Aiman

Aiman terus pergi menuju ke arah ibunya dalam disalam tangan ibunya. Tetapi, ibunya menarik pantas tangannya dan masuk ke dalam bilik.

"Abang, abang sabar ya? Adik tahu mak sayangkan abang." Fatihah

"Tak apa, dik. Abang faham. Abang tahu semua ni salah abang." - Aiman
Pada malam keesokan harinya, Fatihah mendapat panggilan daripada kawannya iaitu Shazril.

"Ha, okay. Terima kasih bagitahu. Assalamualaikum." - Fatihah

Fatihah terus memutuskan panggilan tersebut. Dia lantas masuk ke dalam bilik ibunya untuk memberitahu apa yang telah diberitahu oleh Shazril kepadanya.

"Mak, Tihah ada benda nak bagitahu mak. Benda ni penting sangat mak." - Fatihah

"Apa dia, Tihah?" - Puan Khadijah

Pada masa yang sama, Aiman curi-curi dengar perbualan antara Fatihah dan Puan Khadijah di luar bilik itu.

"Mak, sebenarnya yang hutang dekat along tu abang mak. Disebabkan dia tak dapat bayar, along tu tukar bayaran tu dengan nyawa ayah, mak." - Fatihah

Air mata Fatihah jatuh ke pipi apabila memberitahu ibunya perkara yang sebenar.

"Allahu Akhbar! Kenapa dia sanggup buat macam ni?" - Puan Khadijah

Aiman yang berada di luar bilik juga turut sedih mendengar kata-kata itu.

"Patutlah ayah tak ada. Dia dah pergi? Ya Allah! Ni semua salah aku!" - Aiman

Fatihah keluar dari bilik ibunya dan terserempak dengan Aiman.

"Adik?" - Aiman

Fatihah tidak mempedulikan abangnya dan lantas pergi ke dalam biliknya. Aiman cuba mendapatkan Fatihah, tetapi Fatihah lebih pantas menutup pintu biliknya.

"Adik, abang tahu adik marahkan abang. Tapi, abang mohon sangat. Esok tunjukkan abang kubur arwah ayah. Abang teringin sangat nak ziarah." - Aiman

Aiman berkata dengan nada yang sedih dan air matanya juga jatuh ke pipi. Fatihah yang mendengar kata-kata abangnya itu juga menangis tidak mampu menahan air mata yang berlumba-lumba jatuh membasahi pipi.

"Adik? Jawablah! Adik? Tolonglah!" - Aiman

Fatihah hanya tidak mempedulikan kata-kata Aiman. Aiman terpaksa akur dan terus masuk ke dalam bilik ibunya untuk meminta maaf.

"Mak? Mak, Aiman minta maaf mak. Aiman tahu Man dah buat silap paling besar dalam hidup Man. Mak tolong maafkan Man mak." - Aiman
Mak Aiman hanya tidak mempedulikan Aiman.

"Dah lah! Aku nak tidur! Kau pergi keluar! Keluar!" - Puan Khadijah

Aiman keluar dari bilik ibunya dengan perasaan sedih. Di luar bilik, Aiman terduduk kerana memikirkan apa yang telah dilakukannya.

"Ayah, Man minta maaf. Sebab Man ayah pergi." - Aiman

Aiman berkata dengan dirinya sendiri. Dia kesal dengan perbuatannya sebelum ini. Hanya kerana sifat tamaknya yang mahukan duit, nyawa ayahnya melayang begitu sahaja.

Cerpen: Kasih Terindah ✔Where stories live. Discover now