Setiap perubahan amat sukar dimulakan. Namun aku bertekad untuk berubah lillahita'al. Aku akan sediakan strategi untuk aku kalahkan musuh aku. Di luar begitu banyak cabaran dan dugaan. Tapi takpe, berapa banyak pun cabaran dan dugaan. Aku pasti boleh hadapinya. Aku Ada Allah. Allah yang tak memandang masa silam. Allah yang Maha Pemurah. Allah yang Maha Penyayang. Allah yang sentiasa memberi nikmat kepada hamba. Allah yang sentiasa menunggu kepulangan hamba. Allah yang tidak pernah menutup pintu taubat dan kemaafan.
Ampunkan aku ya Allah. Berilah aku petunjuk dan rahmatMu. Kurniakanlah cahaya dalam kegelapan. Jangan Kau tinggalkan aku seorang diri. Bantulah aku. Bantulah aku. Bantulah aku. Sungguh! Hanya Engkau tempat aku bermohon dan berlindung.
YOU ARE READING
Tips Islamic
SpiritualIn shaa Allah kami akan kongsikan pelbagai tips di sini. Melalui pengalaman sendiri dan bahan bacaan. In Shaa Allah mengikut ajaran al-quran dan assunnah.