"Park Ji Min!" kedengaran suara di padang membuatkan Jae Ha menoleh. Tempat duduknya yang terletak betul-betul di tepi tingkap itu memudahkannya untuk melihat keluar. Senyuman terukir pada wajahnya apabila dia melihat lelaki yang bernama Park Ji Min itu sedang bermain bersama-sama dengan rakan-rakannya yang lain.
Ya, Ji Min merupakan lelaki yang telah pun mencuri hatinya. Hahaha! Mereka berdua tidak pernah bercakap, ataupun berbicara sesama sendiri tetapi Jae Ha sudah jatuh hati padanya. Sejak pertama kali dia menjejakkan kaki di sekolah itu dia sudah jatuh hati pada Ji Min.
Hanya kerana Ji Min terlanggarnya sewaktu dia baru sahaja melangkah masuk kedalam perkarangan sekolah dan Ji Min meminta maaf kepadanya. Itu sahaja. Waktu itu Ji Min dalam keadaan mamai jadi rasanya Ji Min tidak ingat siapa dia. Dan dia sendiri sudah maklum dengan perkara tersebut.
Dia tidak menaruhkan harapan yang tinggi kepada Ji Min, apa yang dia harapkan hanyalah, dapat melihat wajah Ji Min. Itu sahaja.
"Eun Jae Ha!"
Jae Ha tersentak apabila dia mendengar namanya di seru dengan sangat kuat. Kelihatan cikgu Lee sedang memandangnya dengan pandangan tidak puas hati dan tangannya dicekak di pinggang.
"Saya nak kamu selesaikan masalah dekat depan tu." Arah Cikgu Lee dengan suara yang sangat nyaring. Hampir sahaja membuatkan Jae Ha menjadi pekak.
"Nde..." dengan pantas Jae Ha berjalan menuju ke papan putih dan menyelesaikan masalah mathematic yang telah di tulis di papan putih.
Tajam sahaja pandangan yang diberikan oleh Cikgu Lee membuatkan Jae Ha menyumpah seranah sewaktu menyelesaikan masalah tersebut. Seisi kelas hanya memerhati sahaja. Ada juga yang tertawa melihat nasib Jae Ha.
"Wae?" tanya Cikgu Lee apabila tangan Jae Ha tiba-tiba sahaja berhenti menulis. Dengan perlahan Jae Ha memusingkan badannya dan memandang Cikgu Lee dengan pandangan bersalah.
"Saya tak tahu macam mana nak selesaikan soalan ni." Kata Jae Ha perlahan. Cuba untuk nampak bersalah yang mungkin.
"Keurae? Saya fikir kamu dah pandai sangat sampaikan tak tumpukan perhatian dekat apa yang saya ajar tadi." Sinis sahaja suara Cikgu Lee membuatkan Jae Ha menggigit bibirnya untuk menahan dirinya daripada mencarut.
"Tangan." Cikgu Choi menggapai rotan yang dibawa bersama-samanya sewaktu memasuki kelas tadi. Dengan keterpaksaan Jae Ha menyerahkan tangan kanannya kepada Cikgu Lee dan Zzzap!
Pantas sahaja Jae Ha menarik semula tangannya dan menahan sakit yang teramat sangat.
"Lain kali, kalau saya nampak kamu tak focus dalam kelas saya, saya akan halau kamu keluar daripada kelas saya dan saya tak akan benarkan kamu masuk dalam kelas saya lagi. Faham?" pesan Cikgu Lee sebelum mengarahkan Jae Ha untuk duduk.
Hihing.Semuanya sebab Tae Hyung sunbae pergi panggil Ji Min sunbae tadi. Rungut Jae Hadi dalam hati.
YOU ARE READING
First Love
FanfictionEun Jae Ha, hanya seorang pelajar biasa yang mempunyai perasaan terhadap salah seorang pelajar lelaki di sekolah tersebut atau kata-kata yang lebih mudah adalah crush. Tetapi disebabkan dia bukanlah seorang yang berani jadi dia hanya mampu untuk mem...