"Nampaknya tak sia-sia aku bagi tahu dia pasal perasaan Jae Ha.." kata Tae Hyung sambil memerhatikan Jae Ha dan Ji Min yang sedang bercumbuan itu dengan menggunakan binocular. Senyuman nakal terukir di wajahnya membuatkan Hae Na memandangnya dengan pandangan jijik.
Pantas sahaja Hae Na menarik binocular tersebut daripada Tae Hyung membuatkan Tae Hyung memandangnya dengan wajah blur.
"Ok... sekarang mission dah selesai. Sepanjang seminggu kita berikan keyakinan dekat Ji Min sunbae dan aku sangat penat!" kata Ji Hyun sambil merenggangkan badannya.
"Dan aku masih lagi tak puas hati sebab dia dah tipu kita." Rungut Hae Na.
"Dia buat macam tu sebab dia tahu korang macam mana. Korang ni tak boleh dipercayai. Cuba tengok macam aku. Dia percayakan aku dan ceritakan dekat aku semuanya. Walaupun aku lah orang yang sepatutnya yang dia tak percaya." Kata Tae Hyung dengan penuh bangga. Dan akhirnya dia ditendang pada kakinya oleh dua orang perempuan.
"Okay, sekarang ni... kita nak pergi mana?" tanya Jeong Kook meleraikan pergaduhan yang bakal bermula tersebut.
"Makan!!!" jerit Tae Hyung sambil merangkul leher Hae Na tetapi ditolak oleh Hae Na. Dan Tae Hyung langsung tidak ambil hati dengan perkara tersebut. Malahan dia terus menerus merangkul leher Hae Na.
Jeong Kook dan Ji Hyun menggeleng perlahan melihat gelagat mereka berdua itu.
-THE END-
_________________________
Its took me one night untuk buat cerita ni. Sorry if the story line dia macam tak berapa nak bagus cause its just idea yang muncul secara tiba-tiba without any particular reasons so... Dapat Idea ni lepas baca manga banyak sangat tu yang ada courage untuk buat cerita cinta macam ni. Hahahahaha
YOU ARE READING
First Love
FanfictionEun Jae Ha, hanya seorang pelajar biasa yang mempunyai perasaan terhadap salah seorang pelajar lelaki di sekolah tersebut atau kata-kata yang lebih mudah adalah crush. Tetapi disebabkan dia bukanlah seorang yang berani jadi dia hanya mampu untuk mem...