Chapter 6

5 0 0
                                    

~ ~ ~

Jae Ha melihat nombor contact Tae Hyung yang di simpan sejak blind date itu dengan keluhan. Dia masih ingat lagi kata-kata Tae Hyung sewaktu Tae Hyung menghantarnya pulang.

"Ini nombor aku dan aku dah pun simpan nombor kau. Jadinya, kalau kau nak tahu apa-apa berkaitan dengan Ji Min, tanya je dekat aku. Dan kalau aku call kau, pastikan kau jawab. Kalau kau tak jawab, kau akan menyesal." Tae Hyung mengangkat sebelah keningnya dengan senyuman sinis sebelum dia berlalu begitu sahaja meninggalkan Jae Ha seorang diri di hadapan rumah itu.

Dan sampai sekarang Jae Ha masih lagi tidak menghubungi Tae Hyung kerana dia takut Tae Hyung akan memberitahu Ji Min berkaitan dengan perasaannya pada Ji Min. Sudah seminggu lebih sejak blind date tersebut.

Sepanjang blind date itu, Tae Hyung memaksanya untuk membuka mulut berkaitan dengan perasaannya terhadap JiMin. Jadi nak tak nak, dia terpaksa menceritakan segalanya kepada Tae Hyung. Dasar itu anak!

Keluhan lemah keluar sekali lagi dari mulut Jae Ha.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Tertera nama Tae Hyung di situ membuatkan Jae Ha terkejut. Dia teragak-agak untuk menjawab panggilan tersebut.

"Yeobeosaeyo?"

"Jae Ha-ya... aku nak kau datang dekat taman xxx sekarang..."

"Nde? Taman xxx? Itu bukan taman yang dekat dengan rumah aku ke?" tanya Jae Ha hairan.

"Eo... aku ada benda nak bagi dekat kau." Dahi Jae Ha berekerut. Apa benda yang dia merepek ni?

"Err... kalau macam tu, aku datang sekarang..." balas Jae Ha sebelum dia menamatkan panggilan.

Telefonnya di letakkan di atas katil sambil memberikan pandangan pelik pada telefonnya sebelum dia mahu bersiap-siap untuk keluar.

Pakaianyang ringkas sahaja sudah memuaskan. Baju t-shirt lengan pendek dan dipadankan dengan seluar jeans. Rambutnya yanghanya separas bahu di ikat. Disebabkan sekarang musim panas, jadinya stylebegini lebih selesa.

First LoveWhere stories live. Discover now