Chapter 1

10 1 0
                                    

# # #

"Ah! Panasnya!" rungut Ji Hyun sambil mengipas-ngipas baju sekolahnya. Baju sekolahnya langsung tidak dibutangkan dan menampakkan baju t-shirt yang dipakai di belah dalam. Jae Ha hanya tersenyum kecil melihat perkara tersebut.

"Alah kau ni, panas sikit je pun... merungut macam apa." Tegur Hae Na sambil membaling majala fashionnya kearah Ji Hyun.

"Suka hati aku lah." Balas Ji Hyun tidak puas hati apabila ditegur begitu oleh Hae Na.

"Weh... tadi time aku dalam perjalanan nak pergi sekolah, aku ternampak ada abang handsome ni tengah bukak kedai." Kata Hae Na tiba-tiba membuatkan Ji Hyun dan Jae Ha memberi perhatian kepadanya.

"Abang Handsome? Seriouslah handsome? Kau ni bukan boleh percaya... entah-entah tak handsome langsung. Kau tengah mamai tak masa tu." Selamba sahaja Ji Hyun bersuara membuatkan Hae Na tidak puas hati.

"Hish, betul lah. Dia memang handsome. Time tu serious aku tak mamai ok!"

"Iyalah! Hah, cakap pasal lelaki handsome, hari tu aku ternampak ada sorang mamat ni... serious comel gila. Aku rasa dia budak baru dekat sini." Kata Ji Hyun. Exited pula dia tiba-tiba.

"Ah... Bae Jin Young tu ke? Weh, dia memang comel lah, handsome pulak tu. Tapi aku lagi suka Samuel, budak luar Negara tu. Diorang pindah masuk dalam waktu yang sama kan?"

"Ha ah."

"Serious, aku lagi suka Samuel daripada Jin Young..."

"Pergh... taste kau..." Jae Ha tertawa mendengar ayat Hae Na.

"Kau Jae Ha, tak ada minat sesiapa?"

"Erm... ada..." balas Jae Ha setelah agak lama dia berfikir.

"Siapa?" tanya Ji Hyun dan Hae Na serentak. Exited nak tahu.

"Tae Hyung sunbae."

"Owh... weh! Aku pun minat do dengan Tae Hyung sunbae!" kata Hae Na membuatkan Jae Ha memandangnya dengan pandangan tidak percaya.

"Kau kan dah ada Samuel! Shuh! Pergi sana!" Jae Ha menolak badan Hae Na menjauh daripadanya membuatkan Hae Na hampir sahaja terjatuh daripada kerusi.

"Samuel lain, Tae Hyung sunbae lain!"

"Kau ni... pilih sorang je lah! Tak payah nak tamak sangat boleh tak." Tegur Ji Hyun sambil tertawa.

Jae Ha hanya tertawa sahaja melihat Hae Na yang berusaha untuk menge'cop' Tae Hyung dan Samuel itu sabagai miliknya.

Sebenarnya, Tae Hyung bukan lah orang yang dia suka. Jadinya dia tidak berapa kisah sangat dengan Hae Na. Disebabkan dia tidak mahu mereka berdua tahu berkaitan dengan perasaannya yang sebenar, dia terpaksa menggunakan nama Tae Hyung.

First LoveWhere stories live. Discover now